Salam..
Roti Puff
Salam petang... Terlebih rajin lak hari ni rasa nak buat dua entry pulakkan. Tulah Kalau mood rajin datang bertandang macam nilah jadinya.. Citer tak leh nak non stop... laju je ta... ta... ta... macam ketapi... (erk.. macam tu ke bunyi ketapi)
Sabtu lepaskan adalah buat mini gather diantara blogger.. Tupun mini gather yang asyiklah terpostpone je. Nasib akhirnya jadi jugak.. Kalau tak memang takderlah berjumpa ada je halangan dan rintangan.. wah........ dah macam jalan cerita dalam novel pulak ye.. pelbagai rintangan yang melanda.. hahahaha...
Masa kat entry gather tadi tak der pulak aku nak melalut panjang-panjangkan.. kat sini pulak aku nak bercerita panjang lebar.. Maklumlah pagi tadi macam terasa monday blues pulak.. padahal dah selasakan.. tak sedar diri cuti panjang tiga hari pun masih rasa tak cukup lagikan.. nak cuti panjang benti keje dok umah.. cutilah panjanglah namanya tu.. tu pun tak cuti banyak keje yang kene buat kat rumah.. Tak basuh kain, buang sawang, lipat kain yang pastinya non stop jugak macam ketapi jugaklah.
Dah banyak aku membebel kot.. Ntah ada orang nak baca ke tidakkan. baiklah aku berhenti membebel.. Moh amik resepi kat bawah. Resepi Roti Massimo berinti kendang dan isi ayam.. hahahaha tetap nak promote roti massimokan. Dengar khabar roti massimo dah sampai ke penang.. Pada orang penang harus try roti ni tau.
aku bagi resepi dulu ye.. nanti baru tengok gambar dia tau...
Roti Puff
Bahan-bahan :-
1 Bungkus roti Massimo (kalau takder roti lain pun boleh.. jangan korang nak hazab mencari massimo lak)
1 biji telur untuk dijadikan gam
3 sudu tepung (untuk dicelupkan roti semasa mengoreng)
Bahan tumisan
- 10 biji kentang (dipotong dadu)
- sekeping dada ayam dipotong kecil
- 3 sudu rempah kari (jangan banyak sangat nanti pekat sangat rasa kari)
- 10 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 kiub ayam
- garam secukup rasa
1st)
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air dan tumis sampai naik minyak.
Bila dah naik minyak, masukkan ketang yang dipotong dadu dan tambah sedikit air supaya kentang lembut.
Bila dah agak2 lembut masukkan isi ayam dan tunggu sehingga kuah menjadi kering.
2nd)
Leperkan roti dengan pengelek, Buangkan kulit tepi roti dan masukkan inti yang sejuk, lipat dan gamkan dengan telur.
3rd (final)
Bila dah siap step kat atas. Bolehlah digoreng dengan minyak yang sederhana panas. Sebelum digoreng celupkan bahagian yang mudah terbuka dengan tepung gandum supaya semasa mengoreng isi roti tu tak keluar. Goreng sehingga kekuningan.
dan bolehlah dihidangkan untuk minum petang.
Roti yang menanti digoreng.. dah siap dilipat dan tepinya di tekan dengan garfu.
Dah siap digoreng.. dan diletakkan diatas tisu supaya minyaknya diserap.
Dan inilah adalah hasil yang akan dibawa ke mini gather yang lepas.
Tq izan.. coz bagi nama roti ni dengan nama Roti Puff...
masih nak selitkan menu ghater yang lepas... nampak tak roti ku yang terselit di tepi sana...
Tq izan.. coz bagi nama roti ni dengan nama Roti Puff...
masih nak selitkan menu ghater yang lepas... nampak tak roti ku yang terselit di tepi sana...
Ok.selamat mencuba resepi ni ye...
Oh... bujal hari tu ada tanya resepi popia daging tu kan. boleh je ikut resepi roti ni.. cuma roti ni tukarkan dengan popia.