Salam... 

Lambat pulak bersiaran hari ni.. Dahlah hari sabtu dan ahad pun tak bersiaran.. Biasalah kalau kat rumah nak sentuh komputer pun payah.. Ada je benda nak buat. kalau tak dok rumah pulak ada je aktiviti kat luar pulak. Kenduri kawenlah, Sunatlah, tunanglah... macam-macam lagilah.. Lelagi dah masuk cuti sekolah ni.. Nasiblah sekarang cuti sekolah dah dipendekkan.. kalau tak mau setiap minggu gantung kuali jelahkan. 

oklah dah melalut citer pasal cuti sekolah pulakkan. Aku tak terasa sangat pun sebab tahun depan baru anak aku nak mula sekolah. Lainlah pada yang anaknya dah bersekolah. Mesti ringan sikit kerja korangkan. yelah anak2 dok rumah bolehlah bantu apa yang patut.. kotlah lipat kain, basuh pingan ke macam-macam lagilah..
Teringat aku masa cuti sekolah dedulu.. cuti je macam-macam benda nak buat. Setiap pagi mesti kena bangun awal jugak walaupun masa tu cuti sekolah. Pepagi mak aku dah suruh buat serapan, basuh kain, kemas rumah dan sebagainya. 

Dedulu masa kecik dan dok kampung, Jadinya untuk cari duit lebih selain uruskan bendang. Mak aku ada jual sayur2 kampung ni untuk dijual kat peraih. Pergh... korang jangan pandang sebelah mata dengan jual sayur kampung ni tau.. Sebab mak aku ni tak amik duit hari-hari tau.. Mak aku ni amik duit tu sebulan sekali. Tapi bukan 2-3 ratus je dapat bila dah dikumpulkan.. Kekadang dekat RM 1000 jugak.. Masa dapat duit tu.. hahaha.. apalagi aku yang melonjak gembiralah. Yelah nanti nak buka sekolah aku boleh dapat baju baru.. Bermakna adalah baju tambahan untuk buka sekolah nanti.. ok.. ni citer dedulu ye.. Sekarang mak aku dah tak buat keje tu pun.. Dah tak larat dah.. lagi-lagi dengan keadaan kesihatan dia sekarang ni. Nak masak sendiri pun tak larat dah.

Aku ni kalau dapat citer dedulu memang takkan habisnya.. Memacam kenangan yang ada. Ni citer hari jumaat tadi. Aku ni termengidam nak sangat makan popia. Balik dari keje tu aku masak kentang dengan daging buat macam inti karipap tu. Tapi nak digulungkan dengan kulit popia. Jadilah popia inti karipap hahaha.. 2 in 1 kan.

Kulit popia dan daging kisar ramli..

Inti yang dah siap dimasak... 

dah siap gulung.. tak cantik takper tak penting pun.. sebab nak makan sendiri. ni pun aku buat jam 10 malam.. Sebabnya si uzrei asyik merengek nak makan karipap.. Tapi salah aku jugak bila dia tanya " mama masak apa? " aku jawab masak karipap.. padan muka aku..

Dah siap goreng... ada gemuk.. ada kurus.. ada pecah.. macam-macamlahkan rupa bentuk.. 

Tapi yang bestnyer aku dapat pujian dari uzrei.. Ikhlas, jujur dan amanah hahahaha...
Uzrei diap puji.. " mama... inilah makanan yang terbaik dimalaysia" Siap angkat ibu jari lagi.. pergh.. terus senyum lebar aku dibuatnya.... Esok pepagi lagi dia suruh aku goreng lagi balance popia tu... sedap kot kat tekak uzrei tu..

Si uzair tu biasalah.. dia kalau kat rumah memang payah sikit nak pakai baju.. suka belenging.. kekadang aku pakaikan baju siap boleh nangis macam aku pukul dia pulak.. Geram....

18 comments:

  1. Kalau dah si comel tu kata tersedap di M'sia huh... tak payah kita yg pecah ke yg gemuk/kurus mesti semuanya masuk mulut.

    Tengoklah gaya hero 2 tu... siapa tak geram kan. Satu muncung satu ternganga...:)

    ReplyDelete
  2. Rindunya nak makan sayur2 kampung seperti pucuk paku dan pucuk ubi yang dikutip sendiri kemudian dibuat masak lemak ataupun dibuat pecal. :(

    ReplyDelete
  3. uzrei punya ayat terbaek la kak. mesti rasa berbunga2 dlm hati sbb anak puji air tgn kita.. =) tp mmg nmpk sodap pun tu!

    ReplyDelete
  4. amboi sedapnya makan..krup, krup gitu..

    ReplyDelete
  5. Best tu!! Popia daging...hahaha...boleh tiru ni

    ReplyDelete
  6. kalau beli kat kedai, konfem inti sikit, tapi buat sendiri inti kita haruslah melimpah ruah kan.. bestnya...

    ReplyDelete
  7. konpem lah sedap banget tu...
    dapat pujian terbaik di malaysia!

    uzair seksi wehhhh!~ kekekekeke

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    YANG PENTING, RASA SEDAP. RUPA KURANG SIKIT TAK APA. TAPI JANGAN KURANG BANYAK. NANTI TAK SELERA NAK MAKAN !

    ReplyDelete
  9. semalam pun try wat popia crab stik tu campur cheese... x jadi..huhu... cheese keluar abis.... kulit popia da lagi nnt nak try inti lain lak... hehe...kali ni mesti menjadi punya...haha

    ReplyDelete
  10. eheheh pandai uzrei amik hati mama dia..sejuk je dengar kan.semangat pun berkobar2.tp mmg ble feel sdp pun sbb tgk gabungan kulit popia ngan inti karipap...

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaa.. popia tuh..tak cantik tak per..yg penting sedap dan anak2 suka.. :)

    ReplyDelete
  12. Dahler ujan ni tengok popiah tu teruja...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...