Kerana kau aku masih disini... huhuhu

Salam... 

Apa citer hari ni.. Mesti banyak citer menarik yang korang nak kongsikan kat blog memasingkan. Aku pernah nak citer kat korang bila kita nak tinggalkan anak kat pengasuh dalam 1 minggu hari sabtu dan ahad je kiter amik.  

aku ni ada dua citer nak kongsi dengan korang.Kalau rasa bosan boleh terus tekan X kat atas tu ye..

Situasi satu

Ni citer pasal pengasuh sebenarnya. aku kan hantar anak aku kat rumah orang,  pengasuh tu ada jugak jaga seorang lagi budak dalam umur 7 bulan. Mak budak ni pun tinggalkan sekali walker untuk anak dia. Dan dalam masa yang sama biasalah anak aku ni, Walaupun dah merasa naik walker tetap jugak teruja bila ada walker kat rumah pengasuh tu. bila dah teruja campur pulak dengan perebutan kecil yang menjadi besar. Patahlah walker tu, pengasuh tu jujurlah beritahu kepada mak budak ni yang walker tu patah anak aku buat. 

Tetapi reaksi yang pengasuh tu dapat adalah berbunyi macam ni " Yelak kak.... bukan baby yang naik, tapi budak besar yang naik.. tu yang patah" terus terkedu pengasuh tu. kononnya pengasuh tu salahlah sebab tak kawal budak2 besar dari naik walker tu. Herm... Kalau aku walker patah pun memanglah aku marah. Tapi benda nak jadi nak buat macam manakan. kes tu dah settle sebabkan aku dah gantikan dengan walker yang baru. Aku pun taknaklah benda ni berpanjangan kan tak elok pulak nanti bermasam muka. 

Tapi aku ingatkan sampai tahap tu je. Rupanya ada lagi kejadian yang lain, Sejak kes walker tu patah. Dua hari mak budak ni balik awal. Tetapi dia tak terus terjah masuk rumah. Kononnya dia perhatikan dari jauh dulu apa yang berlaku dalam rumah tu.Kiranya ni kes dah hilang kepercayaanlah. Mungkin dari walker patah kotlah anak dia boleh cedera kot.

Dan semalam tengah pengasuh ni dok lepak2 tengok TV tetiba mak budak ni balik tapi dari jauh pengasuh ni dah nampak macam terhendap-hendap je. sebab nak dari cermin dalam rumah. Bila mak budak ni masuk je dan nampak sedikit merah kat pipi anak dia. Mungkin terkena kuku kot terus dia tanya dalam nada yang tinggi " Kak... Nape pipi anak saya calar" pengasuh tu pun jawablah mungkin terkena kuku kot. sebab masa mandi tadi takder pulak. Tapi reaksi yang diberikan tu macamlah pengasuh tu dera anak dia pulak. anak aku ni dah 4 tahun diasuh oleh pengasuh tu. Memang pun ada calar-calar kat muka tapi tu sebab aku lupa potongkan kuku anak aku. atau anak aku ni lasak budak kan mana reti duduk diam. memang akan  calarlah. Kalau kita jaga sabtu ahad pun ada jugak jatuh-jatuh.

Dan selama 4 tahun pengasuh tu jaga anak aku. Setiap kali anak aku jatuh atau apa-apa yang berlaku kat anak aku. Tak pernah pulak pengasuh tu sorok dari aku. Tu kalau dia perasanlah.. Kalau dia terlepas pandang tu lainlahkan. dia pun ada jugak kerja yang nak dibuat kat rumah. Takkan 10 jam tu nak kelek anak kiter pulakkan.. 

Kita kalau dah suruh orang jaga kenalah bagi kepercayaan. Sebab tak bagi kepercayaan tulah yang berlaku benda yang tak sepatutnya. Orang nak jaga anak kita pun macam tak happy je. Bila tak happy banyaklah benda yang ada kat fikiran.

Situasi dua

Sebenarnya aku ni tak leh dengar citer kalau orang tu tinggalkan anak dia tanpa ada alasan yang munasabah. Alasan rumah pengasuh jauh sangat sebab tu kena amik seminggu sekali. Ko takleh ke cari pengasuh yang dekat sikit nak suruh asuh anak tu. Ni tidak dahlah tinggalkan seminggu sekali pehtu ko janji nak bagi sekian2 tapi tiba masai ko bagi kurang dari sekian2.
Kalau dapat pengasuh yang boleh lebih kurang dan tak berkira takperlah. mungkin pengasuh tu faham situasi macam manakan.. Kotlah duit tak cukup atau apa ke. Tapi macam mana pulak dapat pengasuh yang berkira. Yang kesiannya nanti budak tu, Dahlah tak tau apa-apa tapi diherdik macam2. Macamlah budak tu faham apa yang pengasuh tu marahkan.

Sebab apa aku nak luahkan kat sini. Sebab benda ni berlaku kat depan mata aku. Sebabkan mak budak ni bagi kurang dari sekian-sekian yang dijanjikan. Dari yang sekian-sekian tulah nak beli susu, pampers dan makan minum. Dan pengasuh tu mungkin rasa tak puas hati dan rasa tak berbaloi tapi yang terima akibatnya budak kecik yang tak tau apa-apa. Kesian tau budak kecik yang hanya tau menangis bila lapar dan ketawa bila gembira. Yang paling aku marah bila tang makan pun nak berkira dengan budak tu. Apalah sangat nasi sepingan untuk budak kecik yang berusia bawah tiga tahun.. Segengam beras pun tak sampai.

Mungkin kat depan ibubapa bebudak ni takkanlah pengasuh tu nak herdik  atau maki pulakkan. Mestilah layan budak tu dengan baik. Tapi kalau aku jadi pengasuh tu dan dalam hati ada rasa tak puas hati aku akan cakap kat  mak budak tu atau aku akan berhenti dari jaga budak tu. Yelah dari aku dok herdik, siang malam maki budak yang tak tau apa2 tu. Aku pun akan dapat dosa baiklah pulang je balik kat mak bapak dia.

kes kedua ni pulak macam mak bapak lepas tangan je. Susu, pampers makan minum anak2 boleh dikategorikan 100% pengasuh nak jaga. Tak bolehlah macam tu, Kena tanya apa yang tak cukup walaupun kekadang kita pun tak cukup nak bagi. Tapi kita kena utamakan benda yang penting dulu baru untuk diri sendiri. Barulah orang nak jaga anak kita dengan rasa gembirakan.

Note : Pengasuh situasi 1 dan situasi 2 adalah orang yang berbeza ye... 

amboi Uzair siap bersilang kaki ye... 

Apalah yang budak ni tahu pasal kehidupan ni. yang dia tau makan, minum dan main..
E.. eh.. Uzair dah pandai kalau aku kata aku sakit perut, Cecepat dia amik minyak dan sapu kat perut aku. Walaupun urutan dia tu taklah kuat, Tapi boleh jugak mengurangkan kesakitan kat perut aku tu.. Yelah anak akukan.. hehehe..

Panjang pulak bebelan aku hari ni...

21 comments:

  1. boleh ek tinggal anak ambik seminggu sekali...x bley diterima betul la...sungguh

    pengasuh pun manusia, kalau takat calar tu biasa la...anak pizet pun lasak...penah jugak calar2 ni luka pun penah gak time rumah pengasuh...adat la budak melasak

    ReplyDelete
  2. situasi 1 : tak puas hati btol la ngan org tu kak....ala...akak dah ganti pun..buat pe nak bersyak wasangka bagai? kalau tak caya ambik anak tu jaga sendiri jolah ....lagipun budak kecik biasa la tu....kalau kita jaga sendiri pun ade gak calar balarnyaa.....

    Sitiasi 2 : ade ke orang yang hantar babysitter ambik anak seminggu skali? first time dengar nih.... haish ...amboi...senangnya main lepas tangan .........

    ReplyDelete
  3. Macam Arwah Tompel kata 'beranak je yang pandai!'. Agak2lah kalau nak tinggal anak sampai seminggu tu. Nanti bila anak dah tak sayang, pandai pulak nak ungkit2. :(

    ReplyDelete
  4. pelik parents yg sanggup tinggalkan anak die kt pengasuh seminggu tak beramek...tak sayang n rindu kt anak ke??

    ReplyDelete
  5. eh ada ek tinggalkan ngan pengasuh smpai seminggu

    hehehhe najlaa dulu dok dgn nenek...tiap minggu balik bt pahat pasal mama kije kat kl, papa lak kat mlka.lastly benti kija jaga anak

    ReplyDelete
  6. kes 1..
    biasanya parents yg selalu suka cari kesalahan pengasuh sebenarnya seorg yg belagak, tak boleh bertolak ansur...serius ni..macamlah dia ibu yang terbaik..lebih baik ddk rmh kalau mcm tu..ha jaga anak 24hr depan mata..ada sanggup!!

    Kes 2...
    ini lagi tak guna..dua2 tak boleh pakai baik pengasuh@mak bapak budak tu...kesian budak tu..

    Kes 3..
    ucu lebih suka antar anak kat Taska..senang nak komplen n sedia dikomplen oleh cikgu2 yg pengasuh anak ucu..

    Alamak terlebih kes lah pulak...
    ucu memang menyampah@pantang betul bila ada situasi mcm ni (kes 1 n kes 2..kes 3 terkecuali ye..)
    ni yg angin naik ke kepala ni..sabor cu..sabor...

    ReplyDelete
  7. situasi 1 tu terlebih prihatin...
    situasi ke 2 tu yg xbest didengar tuh...xkan la xpk ke anak tu...sabar je la...

    ReplyDelete
  8. Kes 1 & 2 RK kalau ada pembantu rumah pun kakak rasa akan lari. Kakak tak rasa hantar anak ke mana-mana sebab ada pembantu, tapi toleransi kena ada baru sama-sama senang hati...

    Uzair minum hisap susu pun ada style hih...

    ReplyDelete
  9. nasib baik lah setakat ni munna dpt pengasuh anak yg baik....

    tak sanggup rasanya nak tinggalkan anak dgn pengasuh sampai seminggu sekali je baru ambil....

    ReplyDelete
  10. itu adalah perkara2 yang biasa kita semua lalui bila anta anak kat pengasuh...

    biasalah sapa yang penat jaga budak, tak dapat nak jaga 100%, setakat calar sikit tak payah nak komplen...

    kita sebagai ibu bapa kena fikir secara rasional, mulut sentiasa nak manis, sikap bertolak ansur penting...

    kalau payah sangat jaga anak sendiri..

    anak hantar nurseri, syukur dpt pengasuh yg penyayang..

    ReplyDelete
  11. dah jadik tempat kebajikan masyarakatlah plak...

    ReplyDelete
  12. kita ni pun kena gak fikir anak kita tu adakala nakal jugak..maybe le kena kutil sket kan ngan pengasuh tu..pengasuh tu menyumbang gak kpd perilaku anak kita..kot dia biar je..mau jd samseng kang

    ReplyDelete
  13. mmg risau kalau tinggalkan anak dgn orang lain

    ReplyDelete
  14. ambik anak seminggu sekali jer?
    mak bapak jenis apa tu???
    kita kalau boleh taknak anta anak rumah pengasuh. kalau anta pun, nak ambik cepat2. kalau bole bior 24 jam depan mata.

    ReplyDelete
  15. case 1 : pttnyer bersyukurla org nk jg ank kita elok2..kalo dpt yg x elok baru tau

    case 2 : ehh..ade gak mcm tu..x ptt

    ReplyDelete
  16. salam singgah...
    apa masalah mak bdk tu xpsl2 tggal anak smggu ngan pengasuh..
    kalau mslah mcm sy yg kerja jauh blk jmpaa ank smggu skali ni blh dterima akal jg lh kan... rindu kt anak lh plak...

    ReplyDelete
  17. dlm hal2 cmni ratu beruntung skit kan RK sbb dr kecik dedua anak mak jaga tak pernah hantar org jaga.tp kalau mak jauh pun mgkin ratu takde pilihan lain.mak ratu pun pernah jaga budak ni.mmg cmtu ragamnye.suka salahlah anak org lain dr anak sndiri.ble jd gaduh.tp ttp tak stuju kalau ade yg trus tngglkan anak smpai smnggu tu.iskk tak rase sian ke kat anak..

    ReplyDelete
  18. Ada plak ibubapa yg sampai hati tinggalkan anak dengan pengasuh dan ambil cuma hujung minggu saja..mmg tak patut betul laa pas tuh berkira sgt plak tuh.. Nak lepas tangan aje..plak..

    ReplyDelete
  19. penah gak lah dengar2 citer yg lebuh kurang macam ni...

    sokmo yg selalu letak anak ambik hujung minggu ni bangsa lain -
    sebab a friend of mine - mak dia jaga gak dua orang budak - parents bebudak ni ambik petang jumaat dan hantar balik pagi isnin...
    tengok ok aje lah mak my fren tu jaga

    ReplyDelete
  20. Seminggu sekali bau ambil? ish melampau!!

    ReplyDelete
  21. gitu le asam garam kalo anta anak tuk pengasuh jage kan kak...lain plak cite kalo anta ke nursery....lieya penah rase anta nursery dan anta ke pengasuh....lieya mmg tak serasi dengan pengasuh kak...nasib lieya kot dpt pengasuh yg kaki tipu.....

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...