Salam..
Lagi dua hari nak sambut Aildiladha.. ada yang dah siap baju raya ke? ada yang dah buat kuih raya ke? atau ada yang tak buat apa-apa pun. Aku herm.. tiap-tiap tahun hanya masak nasi impit dengan rendang je. Lagipun dah 5 tahun raya haji mesti tak balik kampung sebab cuti sehari jekan. Alhamdulillah tahun raya Aidiladha jatuh hari ahad dapatlah balik kampung walaupun cuma tiga hari saja. Berbahagilah dengan rumah Mak mertua dengan rumah mak akukan.. Setiap rumah amik satu hari setengah jekan. barulah adilkan. Nasib rumah mak dengan mertua satu jalan je.. kalau satu ke utara satu keselatan memang tak balik jugaklah gamaknyakan.. hehehe...
Ni pulak cerita ceriti malam tadi. Kitorang lepak kat restoran Soto sungai serdang, Kapar. Bukan di Serdang ye kawan-kawan. Aku selalu dengar dan baca-baca kat blog orang je. Walaupun tempat tu selalu jadi tempat lalu lalang je bagi aku. Tapi tak pernah nak singgah. Tapi malam tadi dah tak boleh tahan telinga ni asyiklah dengar dan baca apa orang cakap. Tu yang tak boleh tahan terus berdesup ke Restoran Soto ni..
Sebelum tiba aku bayangkan soto ni biasa je macam soto-soto yang sebelum ni pernah aku makan. Tapi bila dah sampai atas meja.. Terus mulut ni ternganga.. Waaaahh.. besarnya ayam ni.. takper aku tak payah citer banyaklah korang tengok sendirilah soto ni.. Memang teruja beb..
1st... Mestilah air dulukan... aiks.. sedih je mengacau air... nape tu?
Pergh.. Soto dah tiba atas meja.. Ni aku amik yang mangkuk besar punya.. Ayam goreng adalah besar tau. tu bahagian peha ayam...Memang terbaik, satu mangkuk aku makan pun tak cukup tau.. Dalam hati nak order lagi semangkuk atau nak tapau.. Tapi takder rezeki malam tu.. Sebab meja kitoranglah meja terakhir yang dapat makan soto ni. Tu pun soto last beb... Memang malam ni nak OTW balik Tanjong karang akan aku singgah balik kat Restoran ni. Sekarang ni pun masih terasa lagi kesedapan soto ni..
Walaupun nampak berminyak tapi tu hanyalah effect dari Soon yang digoreng tu...
Korang tengok suami-suami kat dalam ni.. Tak pandang kiri kanan dah.. Pandang setempat je.. kusyuk benar makan soto ni..
Ni aku fokus tang harga dia.. korang nampakkan harga untuk soto kecil dan besar.. Harga tu memang berbaloi dengan portion yang ada kat dalam mangkuk tu. Takkan rasa kecewa percayalah..
Yang berbaju belang tu adalah tuan empunya restoran ni. Memang peramah dan dengar citer Restoran ni pernah masuk Paper.. Paper apa aku tak tahulah.. Jangan pulak korang kata masuk dalam A4 paper.. hehehe..
Nilah gambar luar restoran tu... aku amik kat blog TayarGolek
Ok.. Dikesempatan ini aku nak ucap Selamt Hari Raya AidilAdha..
Kepada yang pulang kekampung tu berhati-hati dijalanraya.
gerai dia da baru da~~dulu takde camtu ~
ReplyDelete*ada masa cuba makcik try soto sungai buloh kat jeram~
cer google~~
ucu pernah makan kt situ 3thn lepas..perrgghhh..berpeluh dibuatnya, siap berasap2 lagi soto tu....
ReplyDeletejgnlah goda ucu lagi ye..dah tak tahan ni...
suka soto !
ReplyDeletenyamamamamamammammm
Selamat hari raya Aidiladha...
ReplyDeletemmg nampak mengiurkan..
ReplyDeletetrus jadi lapar..
mmg nampak mengiurkan soto tu..plus dgn ayam yg besar hadoii terasa mahu terbang ke sana duduk dan mkn ;)
ReplyDeletelain skit ek sotonya....
ReplyDeletetapi i mmg suka makan soto...
Salam Aidil Adha juga. :)
ReplyDeleteBesar ayam dia, berbaloi dengan harga.
shedapnya nak carilaaa
ReplyDeletefuh!!! kejam ko kak...tak pasal aku meleleh depan skrin ni hah tgk soto ayam tergolek tu tau...mmg bikin kecur laaaa.....adoi laaaaa......keriak keriuk terus hah perut ni dibuatnye huhuhu
ReplyDelete** selamat hari raya aidiladha buat akak sekeluarga....
tedapnya soto, kalau time lunch dapat makan soto ni, alangkah bahagianya.
ReplyDeletewah besar nya ayam dia..puas hati klau gini...
ReplyDeletekat belah mana Kapar tu? tak pernah perasan pulak. Bagi landmark pls..
ReplyDeletetime hujan2 dapat makan soto panas2 mcm ni..heaven....
ReplyDeleteTgk pun tau sedap Soto tuh..
ReplyDeleteSalam Aidil Adha utk RK sekeluarga.. :)
Aishah, selamat hari raya aidiladha...
ReplyDeleteboleh cuba
ReplyDelete