Dah boleh goyang kaki...

Salam....

Minta maaflah ye.. mood nak type panjang ni sepi je.. datang pun macam angin lalu je. lebih malas dari biasa. Macam biasa layan saja gambar dibawah. Kalau aku rajin aku letaklah caption seperti biasa..

gambar last week kot. Sebelum uzrei buat aktiviti ni dia nak makan nasi.. asiklah menjerit nak nasi.. nak nasi.. padahal baru 1 jam lepas makan.. Tapi tetap nak makan nasi jugak.
Masa aku tengah layan TV tetiba aku rasa senyap je kat dapur. Sekali aku tinjau kat dapur uzrei tengah buat keje nilah. Kononnya basuh pingan tapi yang benarnya main sabun. Bayangkan dekat 1/2 jam dia doklah basuh pinggan yang dah bersih tu. pehtu masuk pulak bilik air kononnya bilas tangan.. Padahal kat sinki tu pun boleh basuh tangan. 

Terkial-kial nak basuh pinggan.. Maaf mutu gambar tak berapa clear.. Sebab amik dari jarak jauh..


 Uzrei ni kalau aku biarkan. Mau melambung bill air aku elok2 bayar rm 20 je sebulan mau kena RM 100 sebulan.

Psst : yess... esok cuti.. best mau masak cekodoklah esok pagi. lalalalalala

14 comments:

  1. apa benda yang censored tu? ~hahaha

    ReplyDelete
  2. kikikiki.....tu nak main air jek lebih tu kak....tapi kire ok le tu, dah nampak ciri2 kerajinan sok ni kalo ade bini...bleh harap tolong bini cuci pinggan kat dapur...

    erm...boleh cop jadi menantu tak kak ekekeekekek...

    ReplyDelete
  3. Akak ko nak masak cekodok pepagi jgn kul 8.. kul 7 ar masak.. pagi aku nak keje boleh aku bawak sikit heheh...

    ReplyDelete
  4. Budak2 memang suka main sabun..ngan air..mmg kegemaran tuh.. Geram tgk badan uzerai yang chubby tuh.. :)

    ReplyDelete
  5. Dah ada tanda-tanad suka membantu RK. Montel je nampak dari belakang:)

    ReplyDelete
  6. rajinnyaaa anak teruna ni... ;)

    apalah agaknya yg dicensored tu ek..hee

    ReplyDelete
  7. Budak2 biasalah - suka sangat main air. :)

    Tahniah kerana telah punya 500 pengikut. :)

    ReplyDelete
  8. boy dah besar...bagus diasuh dari kecil..

    ReplyDelete
  9. wah best jom masak cokodok pisang

    ReplyDelete
  10. rajin beno la anak teruna ni... hehe... sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  11. heheh..basuh pinggan kononnnnn yer si budak Uzrei...lain agenda rupanya...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...