Daging masak kicap..

Salam... 

dan salam tengahari. Dah lunch ke korang? 

Just nak tepek resepi daging masak kicap aku ni. Sebenarnya niat asal nak buat beef steak. Daging pun dah siap perap. Bayangkan dari hari isnin aku perap. Malam tadi baru aku masak, Tapi bukan masak beef steak. Lain yang dirancang lain yang aku buat. Tu yang terjadi Daging masak kicap versi dah berperap dengan segala jenis herba..
Nilah daging masak kicap aku.. Padat dengan lada hitam. Kalau dalam pantang ni elok jugak makan dengan menu ni... mesti sedap je badan angin pun laju je keluar.

Tanpa kita berlengah lagi.. (wahahaha... ayat macam nak bagi speech untuk AIM malam karang je.. poyo) aku nak bagi resepi kat korang.. Budget masak macam bagus jekan siap nak share resepi ngan korang.. Salin tau.. Tak salin aku babab kang.. Kalau malas salin korang print je.. hahaha

Untuk perapan..

Bahan-bahannya
  1. 1 @ 1/2 kilo Daging (tak kesahlah batang pinang ke, tetel ke yang penting daging.. nak tukar ayam pun boleh.. ikut apa korang naklahkan)
  2. 5 biji bawang putih dicincang halus
  3. 1/2 sudu italian herb
  4. 1/2 sudu serbuk paprika
  5. 1/2 sudu rosemary
  6. 1 sudu jintan manis
  7. 1 sudu jintan putih
  8. 1 sudu serbuk ketumbar
  9. 1 sudu minyak zaitun (Tak letak pun takper, Tapi masa perap hari tu aku dah letakkan.. jadinya adalah dalam resepi ni)
  10. 1 kiub ayam ( tu pun aku saje je letak)
  11. Garam, gula & ajinomoto secukup rasa (pandai2lah korang budget gula tu.. kalau aku, aku rasa sikit untuk tahu rasanya kena atau tak)

* Semua bahan diatas korang gaulkan sekali ye. Dah siap gaul bolehlah diperap selama 2 jam atau ikut kerajinan koranglah.. Kalau tak sabar time tu pun boleh je masak.. 

(aiks... ni dah macam nak bagi resepi untuk steak pulakkan.. Herm... takperlah kira kategori resepi 2/1.. senang gitu)

ok kat bawah ni pulak. resepi untuk daging masak kicap. 

Bahan-bahannya
  • 1 @ 1/2 kilo daging yang diperap tadi
  • 3 ulas Bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • Sedikit bunga lawang, cengkih, kayu manis
  • lada hitam (Kalau nak letak cili api pun boleh, Tapi sebab aku kata masakan ni sesuai untuk org dalam pantang. Jadinya aku tak letak cili api.)
  • 3 sudu besar kicap manis (kalau kurang sila tambah)
  • Garam @ ajinomoto secukup rasa
Cara-caranya.
  • Tumbuk/kisar/hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Panaskan sedikit minyak.
  • Masukkan kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkn bawang2 dan halia yang telah di tumbuk/kisar/hiris. Tumis sehingga layu.
  • masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih (tumis sehingga sebati)
  • Masukkan daging yang telah di diperap
  • Masukkan kicap 
  • Masak sehingga daging betul2 lembut
  • Tambahkn ajinomot & garam secukup rasa. Jangan terlalu banyak sebab kicap dah masin.
  • Sedia untuk di hidangkan.
Ok.. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Babai...

15 comments:

  1. mak saya 2 hari berturut2 masak daging
    kelmarin daging kicap black pepper
    pastu daging kicap pedas plak
    aiyoooooooo

    ReplyDelete
  2. makan dgn nasi panas sedappppppppp...
    mak mertua lalu pun dah tak nampak *ihiks*

    ReplyDelete
  3. sebulan ni menu semua daging je la....

    ReplyDelete
  4. ni mesti kes nak perabih daging korban...ngeee.

    ReplyDelete
  5. tergerak pulak hari ni masak daging dengan kicap...berselera bila makan

    ReplyDelete
  6. duk makan dagingla kite sebulan ni kak :p

    ReplyDelete
  7. omak aiii, sodappppppnya ni haaaaaa.. terkecur air liuq ni haaaaaaaa.. adoiyai... lapar2...

    ReplyDelete
  8. nak mai ghumah hang nih... ada lagi tak???

    ReplyDelete
  9. Favourite Ate daging masak kicap ala-ala stew. Panas jer tekak mkn lada hitam tapi itu yg bagi 'kick'.

    ReplyDelete
  10. will be my menu hujung minggu nanti...
    thanks ye RK!

    ReplyDelete
  11. timakasih la tepekkan resepi sekali..daging korban ri tu masih byk dlm esbok akk...

    ReplyDelete
  12. apa saja yang berkicap mmg sayer suka....

    ReplyDelete
  13. makan dengan nasi panas..adalah superbb sedap...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...