Khamis.. esok jumaat...

Salam.... 

Petang baru nak menampakkan kewujudan blog aku nikan.. Apakan daya tuntutan batin kerja lebih memerlukaan kewujudan aku kat opis ni... Kang boss tak tahu aku wujud tak memasal hujung tahun kena potong pulak.. 

Macam biasa kalau mood kerajinan tu dah ada apa lagi yang akan aku isi kat dalam blog ni.. Mestilah pasal makan jekan... Tapi malam ni niat aku nak gantung periuk.. Malas nak kecah2kan rumah sebab esok dah nak balik kampung.. Dasar pemalas nak mengemaskan.. Malam ni dah planning nak makan kat rumah anak buah aku.. hehehe... makcik yang bijakkan.. 

Aku ni kalau kat rumah sendiri aura nak makan tu kurang bila time berbadan dua ni.. Tapi kalau kat rumah orang hailah sampai boleh bertambah2 nasi.. Tapi ikut jugaklah.. kalau kena dengan tekak memang boleh tambahlah.. kalau tak kena akan ku pandang sepi je semua makanan tu.. 

Orang lain kalau pregnant aku tengok macam2 diorang mengidam.. sampai aku dengar kat hotFM ada yang mengidam nak makan surat khabarlah, mengidam nak makan rojak yang mamak tu jual naik beskallah.. Kesian kat suami dorangkan nak cari memacam benda yang isteri diorang tu idamkan.. kalau surat khabar tu tak kesahlah.. senang je nak cari.. Ni mamak jual rojak naik beskal mana dah nak jumpa.. Satu dalam seribu memang payah.. Tapi kalau dah rezki dia.. mesti jumpa jugaklah.. tapi makan masalah.. Alhamdulillah aku tak dapat penyakit mengidam macam-macam masa pregnant ni.. Cuma awal2 je tak boleh nak bau apa yang orang masak.. Sendiri masak apatah lagi... Ni je baru nak normal balik aura rajin ke dapur aku ni.. 

Walaupun pregnant perut suami kena jaga jugak.. kang asiklah makan makanan beli.. Silap hari bulan boleh lain jadinya... Biarpun apa yang kita masak tu simple.. Yang penting en. suami makan bertambah-tambahkan.. Macam semalam aku masak nasi lebih sikitlah siap untuk nak bawa bekal pergi kerja hari ni.. Sekali buka periuk tak nasi yang tinggal tak sampai sepinggan pun.. Tu tanda aku masak sedap sangat ke atau en. suami memang dah lapar sangat.. tapi aku rasa dia lapar sangatlah kot.. hehehe...

Panjang dah aku bercerita ni.. meh aku sulamkan dengan gambar apa yang aku masak semalam.. hehehe.. korang pun dah biasa tengok kat blog aku ni.. biasalah masakan ulang tayang.. tapi tetap nak tayang jugak.

Macam biasa tetap ada tempe.. padahal dulu masa aku budak-budak.. kemain payah nak makan tempe.. sekarang dah jadi mak budak.. tempelah yang paling aku suke... ke masa pregnant ni je aku suka.. yelah pantang aku singgah kedai beli barang, nampak je tempe terus rembat.. aku rasalah jodoh anak dalam perut aku ni nanti mesti dapat orang jawa... Sapa orang jawa sila isi borang nak jadikan anak korang menantu aku.. kalau lelaki.. janganlah letak tinggi2 sangat.. hehehe.. Kalau perempuan... nanti aku bagi diskaun sikit.. hehehe... sesuka hati aku jekan..

Ikan masak kicap... berenang je ikan tu dalam mangkuk air nikan.. mesti suka senang nak bernafas.. hahaha

Hari tu lya colour tanya.. akak tak masak ikan goreng ke? ni akak ada goreng ikan.. tapi tak usik pun.. untuk anak2 je pun.. sekarang ni akak makan tumbuhan hijau ngan tempe je.. tu je yang boleh masuk... 

sotong goreng kunyit kot.. ntahlah... asal dah siap masak dan boleh makan... 

Bayam masak sayur air... ni request dari adik aku.. katanya nak diet.. 

Last sekali.. Uzair yang belenging.. Lepas je makan dia terus mintak susu.. dan ajak naik atas untuk tido... 


Ha.. amik sekala masak macam-macam pulakkan...

ok.. bai.

13 comments:

  1. [b]berenang je ikan tu dalam mangkuk air nikan.. mesti suka senang nak bernafas.. [/b]

    kah kah kah....
    masih bernafas ke nokk ikan tu???
    adehhhhhhhhhhh!~ tergelak iols tawwww!

    beb - masa iols pregnant dulu - tak de ngidam apa2 pun...
    hanya first pregnant - suker makan kentang goreng ngan buah anggur - pagi petang siang malam - makan mende tu aje...
    kali kedua - upgrade skit - kemaruk nak makan sushi ngan tempura... giler betul!

    ReplyDelete
  2. Kakcik juga rasanya jenis tak mengidam masa mengandung. Masa tak mengandung je selalu mengidam! :)

    ReplyDelete
  3. hah dah nampak ikan goreng. hihi
    saya pon suka makan tempe
    hari tu buat stok sambal tempe kentang goreng, ingat tahan la 2-3 hari
    hoih, sehari je tahan.huhuhu

    ReplyDelete
  4. hari tu ada dengar gak topik hotfm tu mmg mcm2 ragam org peknan nih kan..

    sy cuma mabuk melampau tp nak ngidam pelik2 tu mmg takde :)

    ReplyDelete
  5. eh aishah pregnant ye, banyak pulak org tgh pregnant.. ni yg nak pregnant balik ni, ececec..

    ReplyDelete
  6. Air tangan isteri mesti laa sedap..kan.. :)

    ReplyDelete
  7. Hahahah! Komen Abang Gedek tu kan...memane pegi blog, mst jumpe komen die yg lawak tu! Kuikuikui...

    ReplyDelete
  8. KC kan, lagi suka makan camni. yg simple2 shja. Tmbh sambal belacan, 2, 3 pinggan tak sedar ku tambah. hihihi.

    ReplyDelete
  9. hahaha ada gak dgr kat hot fm tu..erm nak buat camana kan bila dah ngidam..laki pun terpaksa korek gak celah mana pun nak penuhi hasrat isteri =)

    ReplyDelete
  10. ikan goreng paling menarik hati =p

    ReplyDelete
  11. Banyaknye akak masak....huh..lapa terus..cepatla lunch timeeeeee

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...