I-city Shah Alam

Assalamualaikum..

No words
Just picture




















Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Anak-anak

Assalamualaikum

Dah lama menyepi ni kan.. citer pasal anak-anak dah membesar pun aku dah kurang cerita kat blog.
lama jugak tak ceritakan pasal diorang.
rugi pulak rasanya bila tengok balik entry-entry lama..
pasal anak dara aku lagilah aku kurang nak cerita dalam ni.

4 beradik ni. masa cuti merdeka 31 august 2019
Uzrei danial dah 12 tahun umurnya
Uzair Danish dah 10 tahun
Usyair Darwisy dah 7 tahun
Ulfah Delisha 5 tahun

 citer pasal anak dara ni..
budak ni sekarang pergh kaki suka makan.
bila kite cakap dia gemuk.
dia pulang balik
"mama pun gemuk:
hahaha
kalau lawan cakap dengan dia memang kalahlah.
ada je jawapan dia

 kat pra sekolah
ni aku amik gambar dia masa amik report card.
aku panggil2 suruh pandang camera buat tak tahu je
macam tak kenal mama dia.
kalau anak orang lain kemain excited bila mak bapa datang
dia boleh keras je tunduk pandang meja.
geram...

tapi ulfah ni
kalau abang-abang demam
dia punya prihatin over gile..
maybe sebab dia sorang je perempuan
takder member nak ajak main bila abang2 demam.
yang paling geram 

Usyair Darwisy.
terpaling keding dalam family.
tapi kuat makan
tak banyak ragam.
tapi beranilah usik barang dia.
memang dia cuba dapatkan sampai dapat.

Paling suka sukan sekolah
kalau boleh semua acara dia nak join.

Uzair danish
dia ni menguji kesabaran sikit
macam-macam ragam.
ada jelah yang dibuatnyer
paling geram pernah jatuh dalam longkang sedang orang solat jumaat.
padahal masa tu dia dah pakai baju untuk kesekolah agama.
orang solat dia terjun longkang.
tak gamak nak marah.
sebab habis selut air longkang tu melekat satu badan
pakat gelak jelah
nasib baik takder benda bahaya kat dalam tu.

tapi dalam senyap kat sekolah masuk pertandingan nyanyian.
ni aku pelik.
sebab kat rumah kaki menyanyi abang dia je si uzrei danial
tak sangka pulak danish ni diam2 nak join nyanyian ni..

Uzrei danial.
tahun depan dah masuk form 1
ni paling kuat merajuk.
jangan salah cakap sikit
mesti meleleh airmata.
kekadang kesian kat dia..
yelah buat masa sekarang dia banyak tolong
aku buat keje rumah. 
takderlah berat2
setakat mop lantai,
sidai kain
basuh pinggan.
tu jelah... 
tapi sejak nak exam UPSR
aku dah kurangkan sikit keje tu semua.

Tapi uzrei ni lah selalu jadi tukang rasa masakan aku.
apa yang aku masak dialah orang pertama yang jadi tester..
hahah.. sebab dia suka makan
lagi-lagi kalau ada letak cheese.
kesukaan sangat tu..





Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

UPSR

Assalamualaikum

Dah 2 hari Uzrei Danial exam UPSR kelmarin paper Bahasa melayu dan semalam Bahasa English.
Aku tengok anak aku tu relaks dia lain macam. Aku pulak yang berdebar-debar sampai rasa sebak.
Sebab tak sangka anak sulong ni dah UPSR. Tu sebab mamanya ingat dia muda lagi.. HAHA..

Tapi aku berdoa semoga uzrei dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang.
Apa yang dia belajar disekolah tu semua ada dalam ingatan untuk dijawab semasa exam.
Walauapapun uzrei dah buat yang terbaik. Insha Allah.






Lepas dah habis exam UPSR ni nak kene menghadapi exam PSRA pula.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Last minit plan BBQ.

Assalamualaikum

Last week cuti sempena 31 August 2019 dan juga cuti Awal muharram.
Kami adik beradik tak semualah yang ada tetiba plan last minit nak buat BBQ.
Dalam nak berBBQ tu dalam hati macam-macam benda nak masak.
Tapi semuanya nak korean style je.
Sebab kakak dan abang ipar tak pernah makan lagi makanan korea.
Barang-barang pun memang dah sedia ada kat rumah.
Apalagikan kite buatlah untuk diorang.
Sesekali melepak berBBQ ni walaupun sekejap rasa happening sangat walaupun tak semua ada.


Setelah lama aku menyepi selepas menjaga Arwah abah. (tu nanti aku ceritakan.)
last update pun masa raya puasa yang lepas.

Kite layan gambar-gambar kat bawah ni. Kotlah ada yang rindu dengan aku boleh lah korang melepaskan rindu dengan entry-entry ni. walaupun dah tak ramai member-member blogger kite yang update blog. maklumlah semuanya sekarang mengunakan socmed yang lebih mudah dan pantas.

Masa BBQ tu, kitorang buat Teokbokki, Bibimbap dan ayam bakar dan daging bakar.
Puas sungguh makan beramai-ramai macam ni.


 Teokbokki

Bibimbap

 Daging bakar.

 Daging bakar

 En. suami dan adik ipar tengah membakar ayam.

 Preparation untuk bibimbap.
walaupun tak cukup bahan tetap sedap.







Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Akhirnya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya boleh buka dah blog ni. setelah sekian lama.

ok.. sebelum terlambat..

aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.









Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...