Anak-anak

Assalamualaikum

Dah lama menyepi ni kan.. citer pasal anak-anak dah membesar pun aku dah kurang cerita kat blog.
lama jugak tak ceritakan pasal diorang.
rugi pulak rasanya bila tengok balik entry-entry lama..
pasal anak dara aku lagilah aku kurang nak cerita dalam ni.

4 beradik ni. masa cuti merdeka 31 august 2019
Uzrei danial dah 12 tahun umurnya
Uzair Danish dah 10 tahun
Usyair Darwisy dah 7 tahun
Ulfah Delisha 5 tahun

 citer pasal anak dara ni..
budak ni sekarang pergh kaki suka makan.
bila kite cakap dia gemuk.
dia pulang balik
"mama pun gemuk:
hahaha
kalau lawan cakap dengan dia memang kalahlah.
ada je jawapan dia

 kat pra sekolah
ni aku amik gambar dia masa amik report card.
aku panggil2 suruh pandang camera buat tak tahu je
macam tak kenal mama dia.
kalau anak orang lain kemain excited bila mak bapa datang
dia boleh keras je tunduk pandang meja.
geram...

tapi ulfah ni
kalau abang-abang demam
dia punya prihatin over gile..
maybe sebab dia sorang je perempuan
takder member nak ajak main bila abang2 demam.
yang paling geram 

Usyair Darwisy.
terpaling keding dalam family.
tapi kuat makan
tak banyak ragam.
tapi beranilah usik barang dia.
memang dia cuba dapatkan sampai dapat.

Paling suka sukan sekolah
kalau boleh semua acara dia nak join.

Uzair danish
dia ni menguji kesabaran sikit
macam-macam ragam.
ada jelah yang dibuatnyer
paling geram pernah jatuh dalam longkang sedang orang solat jumaat.
padahal masa tu dia dah pakai baju untuk kesekolah agama.
orang solat dia terjun longkang.
tak gamak nak marah.
sebab habis selut air longkang tu melekat satu badan
pakat gelak jelah
nasib baik takder benda bahaya kat dalam tu.

tapi dalam senyap kat sekolah masuk pertandingan nyanyian.
ni aku pelik.
sebab kat rumah kaki menyanyi abang dia je si uzrei danial
tak sangka pulak danish ni diam2 nak join nyanyian ni..

Uzrei danial.
tahun depan dah masuk form 1
ni paling kuat merajuk.
jangan salah cakap sikit
mesti meleleh airmata.
kekadang kesian kat dia..
yelah buat masa sekarang dia banyak tolong
aku buat keje rumah. 
takderlah berat2
setakat mop lantai,
sidai kain
basuh pinggan.
tu jelah... 
tapi sejak nak exam UPSR
aku dah kurangkan sikit keje tu semua.

Tapi uzrei ni lah selalu jadi tukang rasa masakan aku.
apa yang aku masak dialah orang pertama yang jadi tester..
hahah.. sebab dia suka makan
lagi-lagi kalau ada letak cheese.
kesukaan sangat tu..





Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...