bvlgarigirl... mih... mih...

 Salam...

Hangat kisah bvlgarigirl sekarang ni. Aku ingatkan diorang citer pasal beg burberry...


 Bila nak dapat bag ni ye.. hehehe..

Rupanya citer blogger menipu ye.. adoilah.. ketinggalan jauh teman...

ok.. sekian..

babai...


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Melayan

Salam...

Semalam melayan budak demam, dedar dan mengada-ngada lebih... Letih mak nak melayan dorang ni. 

sorang request nak makan megilah... sorang request nak makan roti canailah... nasiblah en. suami yang melayan dorang semalam.. sebabnya aku kalau balik keje memang melepak dengan darwisy dululah. Darwisy ni macam dah set dalam memori dia. dia dengar je suara aku jam 6 petang. mulalah dia hok.. hek... hok.. hek... tandanya dia nak nenen lah tu.. tak usahlah aku nak bergerak kemana-mana.

Uzrei yang demam... muntah-muntah kat sekolah... sampai cikgu pesan.. kalau demam lagi tak yah datang sekolah... memang hari ni tak sekolahlah.. sebab badan dia panas lagi... 
Tu yang melepek je baring.. cuba kalau sihat... takdernyer aksi macam ni. ultraman, superman semua keluar.... ni aku amik gambar dia pun malas nak layan aku...

Ni Uzair pulak yang mengada-ngada... 
tapi puncanya pun dari aku gaklah... 
masa dia tengah syok tiup-tiup belon.. aku terperasan ada nyamuk kat tepi dia.. sebabkan geram kat nyamuk tu.. aku terus tepu nyamuk tu kat pipi dia. pehtu dia dok kat hujung sofa lak tu.. tak pasal-pasal dia terjatuh dari sofa. dah lah sakit kene tepuk ngan aku.. pehtu tambah lak sakit jatuh dari sofa... kesian dia... terus aku minta maaf kat dia.

Usyair pun dah mula dedar-dedar badan dia semalam... aku letak cool fever dan bagi ubat demam malam tadi. Pagi ni alhamdulillah dah reda sikit demam dia. 
Tapi dalam demam2 tu tetap gak tersengih manis... 
owh... rindulah pulak......

Permintaan anak2... nasib en. suami yang tunaikan...
ada megilah... tapi roti canai gak yang diorang layan...
abaikan meja yang caca marba tu ye..

Sebenarnya roti canai segera je... Tapi en. suami letak telur mata sebiji macam kat mamak2 buat...
pergh.. memang terbaiklah... cicah lak dengan sardin.. memang kenalah... Bukan anak2 je layan aku pun layan gak...

 Ni roti canai aku... dah separuh aku bedal... 
memang terbaiklah... rasa nak request roti canai lagi lak malam ni...


Oklah... tu jelah citer melayan anak2 aku... anak korang caner lak?

sekian.

Babai...





Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Overboard...........

Salam...

Tajuk takder kaitan dengan citer.. aku main letak je.. sedap lak sebut Overboard tu.. hehehe... ada ke orang search guna keyword Overboard.. Kot-kotlah boleh naikkan ranking blog aku.. aku pun nak glamer gak.. hahaha.. poyokan.. nak glamer je.. padahal pergi blog orang baca je.. Nak tinggalkan komen kemain malas nak menaip.. Tapi takperlah sekurang-kurangnya aku bacakan.. Daripada tak baca tapi tinggalkan komen ntah apa-apa ntah.. cuma nak orang tu masuk balik blog kita je...

Sabtu lepas.. dok ngemas sikit-sikit sebelum buat aktiviti tanpa henti belah petangnya.. aku pening kerongsang asyiklah hilang.. padahal dah letak dalam bekas elok-elok.. tapi sebab lepas pakai letak dulu kat tempat lain sementara.. bila teringat baru nak letak balik dalam bekas dia.. tu yang jadi hilang arah keronsang aku...

Jadinya daripada asyiklah beli kerongsang jekan.. Hari tu aku dapat satu idea bila terpandangkan polyfoam... Polyfoam ni hasil daripada gift yang aku dapat untuk Usyair Darwisy masa dalam pantang lepas... gift-gift hadiah baju tu.. yang dorang letak pin berpuluh-puluh tu... tu pun aku nak explainkan...

 Senget benget tampalan polyfoam aku ni... 

Gambar dekat... kerongsang murah je.. RM1.20 kat GM Klang...
lepas ni kalau hilang jugak tak taulah nak buat macam mana...
sebab dah depan matakan.. sebelah cermin mekap lagi...
tak sempat lak aku nak snap cermin mekap...

oklah... kotlah idea aku ni korang boleh guna pakai ke kan...

Sekian tu je citer aku..

Babai.

Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...