Cerita MC 3 Hari

Salam..

Korang apa kaba? lama tak jenguk kengkawan.. blogwalking memang taklahkan.. inikan pula nak update blog.. Keadaan tak mengizinkan aku nak update blog. Mengalami sakit pinggang yang melampau. Sampai jejari kaki aku dah pucat lesi. sedikit merah pun takder. Sejuk tu tak yah cakaplah... memang mengigil tahap gaban.

Padahal badan rasa sihat sangat.. cuma dari bahagian pinggang sampai kekaki kalau gerak sikit memang boleh menitiskan airmata. bukan memang dah.. memang dah mengalir pun airmata. Kalau orang tolong aku untuk berdiri pun aku tak bagi. Biarlah aku sorang je yang usaha untuk berdiri sendiri. sebab aku rasa lagi orang tolong, lagi kuat sakit yang aku tanggung.

Sebenarnya sakit pinggang ni aku dah alami hari isnin lagi. Tapi sakit lite-lite jelah. Balik keje petang tu. aku rasa aku dah tak leh nak drive pun. tapi aku gagahkan jugak drive sampai ke rumah. Alhamdulillah sampai gak ke rumah. Sampai rumah aku buat keje rumah macam biasalah.. bila  dah uruskan anak2 dan sewaktu denganya aku pun masuk tidolah.

Esoknya bangun nak pergi keje. aku dah rasa kuat sangat dah sakit pinggang ni. tapi hati nekad tetap nak pergi keje jugak. Bersiap nak sarung baju pun aku terpaksa duduk. tapi rasa macam boleh lagi pergi keje.. padahal dah siap cantik-cantik dah ni.. hehhehe...

Tapi bila je masuk kete.. masa tu aku dah mintak en. suami hantarkan keje. sebab memang aku rasa aku tak leh drive pun. bila je aku duduk kat seat kete. terus aku rasa pinggang aku tak leh nak kekiri dan kekanan.. masa tu tawakal jugaklah nak keje.. pehtu cakap kat en. suami tak yahlah keje. ajak dia ke klinik. tapi sebabkan bila terlangar lopak-lopak kecik aku rasa makin sakit pingang aku. aku suruh en. suami patah balik rumah. Baring dulu kat rumah dan kebetulan anak buah aku ada terbaca status aku kat FB yang aku sakit pinggang melampau. Terus dia call kakak aku yang tengah kerja. soh datang rumah aku.

Masa kakak aku datang tu. aku dah tak peduli apa pun. memang sakit teramat sangat. Kakak aku terus sapu minyak. urut-urut sikit belakang aku. lepas tu dia tanya dah ok ke. aku kata kurang sikit. terus dia ajak pergi klinik. kitorang pun pergilah klinik.

Sampai kat klinik doctor pun terkejut. sebab kenapa aku datang ke klinik dalam keadaan dah tak boleh nak jalan ni. Sepatutnya aku kene pergi hospital terus. Doc pun bagi aku surat untuk refer ke hospital. Sampai hopital masuk zone kuning. Terus kena x-ray. nasib baik pinggang takder apa2. sebab doctor takut slip disc. Tapi doctor kata kemungkinan otot aku yang bengkak. Doc just bagi ubat tahan sakit dan cream sapu je. doc nak tahan dok ward. tapi aku minta baliklah... kat ward bukan boleh tido nyenyak pun.. kang kejap2 datang amik blood presure lah.. apalah... baik aku rehat kat rumah je. Tu yang dapat MC 3 hari..

Muka orang tahan sakit
kengkonon mekap cecantik nak pergi kejelah.. sekali dah penuh dengan airmata kat muka...

pergi hospital terus masuk zone kuning.. 
dapat MC tiga hari.

Semalam lapar..
konon nak makan nasi..
tapi sikit je.. 
tak lalu.. terus masak megi lak.
megi je yang lalu masuk tekak..
makan pun dok atas toto..
orang sakit feeling permaisuri..
dapat layanan 1st class.

pagi ni masuk je keje dari mc 3 hari
dapat kuih cincin dan keychain dari sabah
supplier bagi. hehehe.. Alhamdulillah

Oklah tu je citer mc 3 hari..
kalau diberi pilihan aku lebih rela sakit bersalin dari sakit pingang ni.

Sekian

Babai..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

jiwa meronta-ronta..

Salam...

jiwa kacau hari ni... badan kat tempat keje. hati kat hospital. Malam tadi mak masuk hospital sebab demam dah dua hari. badan-badan pun lemah. Bila kat emergency doctor lak kata mak kena stroke dan kena tahan masuk ward.. huish... tak leh tido malam aku dibuatnya. 

Malam tadi kakak sulong aku jagakan kat ward. Pagi ni adik bongsu aku pulak jagakan. kalau tak keluar lagi. esok kakak sulong aku pulak jagakan dan hari rabu maybe aku pulak amik turn untuk jaga mak aku. 

Baru kejap tadi aku call adik aku. tanya apa progress.. adik aku cakap mak takder kene stroke pun. just demam biasa je. doctor kat emergency tu je kata macam tu. Harap mak cepat sembuh. Huh... tak sabar nak balik petang ni nak tengok mak kat spital. cepatlah jam 5.45 petang ni.

Korang semua tolong doakan mak aku cepat sembuh ye. 

Sambil tu moh layan gambar anak-anak aku... gambar yang sama je dalam percubaan nak dapat angle yang cantik.. hehehe

 Abaikan bedak Uzair danish bersapuk tu ye.. hehehe.. 

tak jadi... ada je tak kenakan..

Tak dok diam Usyair Darwisy ni... gewam....

Abang-abang dah cantik dah.. Usyair lak tak pandang... herm...

 Ini jelah hasil yang terbaik... 

Oklah...
nak tipon adik aku lagi... tanya perkembangan mak aku.

sekian 
babai..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Bersopanlah.....

Salam...

tajuk kemain lagi "Bersopanlah" sekali kat bawah citer lain lak ye... Selit-selit sikitkan.. hehehe

campur aduk je ye.... sibuk sikit hari ni... 


Apa nama bubur ni yea..... aku kelupaan... 
sebab teringin walaupun baru makan minggu lepas.. rasa nak lagi.. hahaha..

Cake pandan Layer...
ni aku tau nama dia.
sebab budak Food Tech Bakery School ni bagi.
Shedap.. hehehe... sebab shedap adalah..
Fresh form oven.. 

Ok.. sekian

Babai.

Psst : aku tak faham dengan sesetengah orang ni. Nak mintak tolong dengan kita. Tapi nada suara nak minta tolong tu. macam nak paksa, marah, tension, tertekan, stress. erk... bukan semua sama yang aku senaraikan tu lebih kurang sama je ke. Cubalah cakap sopan-sopan... orang yang nak beri pertologan pun taklah tercengang-cengang nak tolong.. nak mula dari mana pun tak tau.. sebab macam kepala otak tu dah tepu bila dengar nada suara yang macam tu... Haish.. Tension ngan orang lain.. tapi lepaskan kat orang lain pulak... Hadooiii.... Tolonglah beristighfar sebelum minta bantuan ye. sekian...



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...