Nasi ayam...

Salam.....


Pergh.. lama jugaklah kali ni aku tak update blog. Malas giler nak bercerita kat dalam blog ni.. Padahal hari2 buka dan jalan-jalan ke blog kawan2. cuma tak tinggalkan jejak je. Nak tinggalkan jejak pun malas. Dah mula type nak mengomen. alih-alih terus delete balik.. herm... entahlah.. mungkin dah tak semeriah dulu kot.

Nak seru semula kerajinan yang macam mula-mula berblog dulu dah tak kot. penat dah nak seru tak mau dia datang. dia tau tuannya dah memang malas.. hahaha.. padahal banyak je benda terbengkalai nak citer.. tapi tulah.. buka tutup je draft.. tapi takder hati nak menaip cerita

Alhamdulillah.. sebab kesian tengok blog ni bersawang.. mailah aku cerita-ceriti sesikit ye dak.. ni alkisahnya balik kampung dua minggu lepas. Sempena cuti thaipusam yang panjang. mohlah balik kampung dah lama tak mengemas rumah mak.. ada cuti panjang ni.. tu lah masa yang sesuai untuk mengemas apa yang patut.

 Ni on the way nak balik rumah mak aku. padahal masa ni siang.. tapi si Uzrei dah setting apa ntah kat henphone aku.. jadilah gelap gelita macam dah senjakala jadinya. 
walaupun ntah apa benda yang uzrei setting.. tapi cantik pulak gambar matahari ni.. macam betul2 masa matahari tengah tengelam pulakkan


 Usyair Darwisy yang bebas bergerak kesana kemari.. Yelah kalau kat umah sendiri tak dapat bebas macam ni.. ruang terhad. Kat kampung jelah peluang yang ada.
Belenging je kan.. sebab panas sangat... kejap-kejap nak kene mandikan.. sudahnya belenginglah kamu disitu.

Dah penat-penat mengemas.. cari benda yang senang je untuk dimasak.. tak daya dah nak masak macam-macam. paling senang masak nasi ayam je.


 Sup ayam... yang tengah mengelegak...

 Ayam yang dah siap direbus... menanti untuk digaringkan kulitnya...

Ayam yang sedang digaringkan kulitnya... nyum.. nyum.. sedapnya kulit yang garing ni...

 Nasi ayam dah siap dimasak... memang terbaiklah.. 
kenyang perut hari tu... 
Dah penat keluarkan kalori beribu-ribu... pastu tambah balik kalori puluh ribu..
hahaha... macam mana nak kecut.. makin kembang adalah..

Perasan tak.. semua gambar dalam kualilah, periuklah... dasar pemalaskan.. sebab makan pun tak berhidang.. layanlah diri sendiri kalau nak makan.. cedoklah sendiri dalam periuk tu.. dah makan pepandailah basuh pinggan sendiri ye..  memasing penat dah.

Ok.. sekian cerita nasi ayam yang ntah apa2 ntah... dasar orang pemalas nak bercerita.. cerita pun ntah apa2.

babai..





Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Mood : seDey...

Salam..

Mood adalah kelaut. Sedey semuanya bercampur aduk... Sakit tekak, sakit kepala, sakit badan, suara hilang dan sakit hati...

sape nak hiburkan hati aku sila komen kat sini.. hahaha..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Makan... Makananlah...

Salam.....

Selamat petang dan sejahtera kepada semua pengunjung Blog Ratu Kebaya. Hari ini saya ingin mengumumkan. Bahasanya perut saya kenyang.. kih... kih.. kih... Poyokan... mengumumkan dan ayat skema semacam.. cuma nak cakap perut kenyang je kan..

berbalik kepada diri aku yang asal. aku ni malas nak citer banyak.. sebab perut kenyangkan.. jadinya korang tatap jelah gambar aku ni. Ni pun berkisarkan pada kekenyang aku gak. tapi kejadiannya dah lama pun. Baru hari ni ada hati nak kongsi bersama tuan-tuan dan puan-puan.

ok.. let me speaks.. aik... silap listen.. oh.. bukan jugak.. biar gambar yang bercerita.. senangkan..  takyah aku merepek bagai nak citerkan.. lagipun malas..

Salad
Ni ntah bilalah.. aku rasa sebulan lepas kot.. konon nak diet.. makanlah salad ni..

 Durian Crepe
Orang dah berketul-ketul makan.. aku baru nak merasa.. tu pun musim durian nak sampai ke penghujung barulah aku dapat merasa.. apakan daya duduk kat tempat jin bertendang ni.. ginilah nasibnya... selalu kelambatan... silalah kesiankan...

 Model untuk hari kejadian... 
memasing menikmati kenikmatan yang telah diperkatakan.
Alhamdulillah semua mengangguk setuju dengan kehebatannya.. kekuranggan nya takyahlah diperbesarkan...
ayat... nak pawer jekan... macam ustajah....


 cekolateeee hershey's
dah seminggu ke sebulan dok dalam laci.. barulah tuan badan memuliakan diri menyedekahkan coklat ni kat kami...(kami tu tambak rerakan kat atas tu ye)

 Ni semalam.. jam 11 pagi aku dah mengigil kelaparan.. pergi dapur opis takder benda nak makan dah.. stock2 untuk orang kelaparan aku takder... Buka peti es... milo je ada.. bedal jelah.. asal lapik perut... lapik ke?

 Kejadian makan hari ahad..
bangun pagi perut lapar.. Uzrei pepagi dah mintak lempeng.. maklumlah tekak orang kampung macam mak dia... Roti salut telur tu.. untuk en. suami makan jelah dengan sos..
Lempeng aku cicah dengan sambal ikan bilis pergh.. memang susah nak benti makan...

 Ni lak lauk malam tadi...
sayur apatah.. lupa namanya.. tu pun en. suami dapat masa pergi ukur tanah kat tanjong karang... 
tambaj sambal sardin + telur dadar dan ikan kerapu masak apa ntah.. main bedal je.. janji leh makan...

herm... macam mana badan nak susut.. makan je kejenyer.. takder keje lainkan.... 
ingat nak pergi gymlah... ada gym baru buka kat pulau indah ni.. bolehlah layan..
biar berketul2 sikit badan aku ni.... 

oklah.. ngantuk ni.. kang mulalah ayat merapu aku ni...
silalah aku berentikan kemerepekkan aku sekarang kan...

ok.. sekian

babai...


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...