Matahari tengelam..

Salam 

Ahad (21/4/12) yang lepas aku ikut en. suami pergi Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sebab ada buat cerapan hilal (Tengok anak bulan) untuk pengakhiran Jamadil Awal dan masuknya Jamadil Akhir . Sambil en. suami buat cerapan hilal.. Bolehlah aku bawa dua hero tu jenjalan sambil tengok lotong. 

Layan jelah gambar2 yang ada kat bawah.. tak banyak pun gambarnya.. Gambar banyak dalam facebook je.. Gambar yang dalam ni pun yang ada kat dalam henpon aku je.. Jadilah buat kenangan kan.

 Adik aku yang berposing dengan di depan rumah api.. Sambil minum air.. rasa macam bersantai kat tepi rumah sendiri pulak ye..

 Dah lepak santai-santai.. perut pun dah rasa penuh terisi dengan makanan.. Boleh bawak hero2 tu pusing bukit melawati.. Ni uzrei tengah berusaha nak bagi lontong makan kacang panjang.. Kalau korang nak gi sini.. Baiklah stanby bawa kacang panjang siap2.. Sebab kat sini seikat kacang panjang yang dah siap dipotong2 tak sampai sejengkal harganya seringit.. Jual kacang panjang je kat bukit melawati ni pun dah banyak untung..

 Lotong ni.. mula-mula aku ingatkan tak boleh nak berjalan.. rupanya tu taktik dia je.. dia malas nak gerak jauh-jauh.. Tapi dia buat2 macam dia lumpuh. Jadinya orang tumpu kat dia jelah nak bagi makanan..

 Nampak tak kuatnya kasih sayang.. dialog lotong ni... " Ko ingat ko sorang je nak bergambar.. aku pun nak jugaklah.. Dapat masuk tangan pun jadilah" hehehehe

Yang kuning tu anak dia.. comei jekan..

 Masa ni dah dekat nak gelap.. Tetiba lotong ni datang kat belakang aku.. sambil dia tepuk bahu aku.. klu tepuk bahu tu dia nak minta makananlah.. Tapi kalau kita cakap dah habis... nanti terus dia pergi.. Kiranya ni macam lotong yang bersekolahlah.. dia faham apa kita cakap..
erk... mata aku ngan lotong tu macam sama pulakkan.

 Masa ni matahari dah tengelam pun.. tak sempat amik gambarnya... dapat tengok kemerahan langit pun cantik jugakkan...

Rumah api yang dah bercahaya..

 Kat atas ni diorang tengah setting alat untuk tengok anak bulan..

 ntah apa bacaan diorang.. tak faham aku.. 

 En. suami tengah nak amik gambar anak bulan... tapi tak berjaya..

 Sebenarnya.. masa ni boleh tengok dengan mata kasar anak bulan tu.. tapi kena pandang tepat2 ke sasaran tu.. sebab anak bulan tu dia punya garis adalah sehalus benang.. halus sangat.. 

 Keadaan kat tempat tengok anak bulan masa tu.. masa ni kitorang dah boleh naik tengok.. nilah 1st time aku tengok anak bulan dengan mata sendiri.. selalu tengok gambar.. memang rasa sangat Bersyukur..Disebalik tenangnya jiwa tengok matahari tengelam.. tengok anak bulan pun rasa macam.. wah.. bertuahnya...

Ps : Gambar anak bulan takdo.. camera henpon tak canggih... Malas nak upload dari camera godang...

ok.. babai

11 comments:

  1. sakan lontong tu posing!

    suker tengok masa matahari nak terbenam
    keindahan yg tak dapat di gambarkan...

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar2nya. Lotong itu pun cantik.

    Teringat monyet kat Taman TAR, Ampang. Selamba je duduk tengah jalan sambil makan biskut. Dia pandang dan buat tak peduli je pada kereta yang nak lalu...

    ReplyDelete
  3. wahhhh baru tau, suami akak org kuat rupenye dlm tgk2 anak bulan ni.....kagum sekejap kak....

    kak, lieya ngeri tgk lotong tu...sah le lieya tak dok dekat situ....hahaahahahaahah....bile bace die tepuk bahu akak tu pun dah buat lieya takut huhuhuhu....dasar penakot lieya niey!

    ReplyDelete
  4. suami awak kerja Jabatan agama ke? so kalau nak tentukan anak bulan puasa/raya, pun dia terlibat juga?

    ReplyDelete
  5. pengalaman tak dpt diambik kat mana-mana dpt tgk ank bulan!

    pernah naik kt area situ bergambar dgn lotong..pemandangan kt situ mmg owsem!cantik sgt :)

    ReplyDelete
  6. comel la anak lotong tu blonde...hahahaha

    ReplyDelete
  7. boleh bawak balik tak lotong tu?

    ReplyDelete
  8. ingatkan lontong makan tu kak...
    hahahahha


    seb baikbukan jenis ygganas gitu kan..
    kalautak dicepuk2nya kita..uiishh...ngerii

    ReplyDelete
  9. bessnye view kat sini....comel lak tengok lotong tu...baek & manja...

    ReplyDelete
  10. aaa takut je dengan lotong
    sebab mana tau tiba2 datang angin dia ke tiba2 gigit orang. takuit

    ReplyDelete
  11. amboi..lotong pon pandai main trick..ingtkan die posing gitu

    cantikla pemandangan kat sane

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...