Ramadhan 34567 hari ni masih kosong.

Salam...

ni lah padah bila dah tak tau nak letak tajuk apa untuk entry. blasah jelah tajuk yang ada kan.. asal ado.. hehehe.. ni pun entry nak adaptasi kenangan untuk ramdhan tahun nikan.. jadinya aku rimpunkan dari puasa day 3 ke day 7.. tu yang jadi Ramadhan 34567..

Masa ni aku nak amik anak2 kat rumah pengasuh. sampai-sampai je aku kat rumah pengasuh.. aku tengok uzrei tengah tido terbaring kat atas lantai rumah kakak aku. erm.. aku tak derlah paksa dia puasa pun. tapi hari tu dia kuat pulak. aku tanya kakak aku samada uzrei ada minta nak buka puasa tak. tapi dia tak minta pulak. mungkin lemah tu yang terbaring kat simen. kot dapat sejukkan badan yang lesu. teringat masa aku zaman budak-budak dulu.. macam ni jugaklah caranya bila rasa dah tak larat sangat.. memang baring kat lantailah jawabnya..

Petang tu terus masak tomyam puteh. faberet si uzrei danial. bagi dia happy sikit.. 

goreng beberepa ketul ayam..

dessert magga paling sedap kot aku rasa.
sebab aku ni bukanlah peminat mangga ni..
tapi mangga ni bos anak buah aku bagi. asal dari pakistan.. memang sedaplah
setiap tahun bos anak buah aku memang bagi semua pekerja dia mangga ni.
disebabkan suami-isteri kerja tempat yang sama. diorang dapatlah dua kotak.
memang sedap.

 
kek butter  ni pun ada..
baking school kat opis yang bagi.. satu bagi kakak aku.
rezeki kan jangan ditolak..

ni masa hujung minggu..
berbuka dengan family kat kampung.
masak lemak daging.
pindang ikan kembung
dan kuih muih..
masak sikit je.. takut membazir.

ni pulak menu hari isnin..
aku buat roti lapis bakar...
sebab memang teringin.. hehehe.. nafsu puasa asyik kata teringin je kan..
semuanya nak teringin...

rupa lepas di pangang mengunakan pemangang ajaib..

Hasilnya... x sempat nak letak dalam piring..

Sebab dah asyik masak roti lapis bakar.
menu simple je aku buat untuk makan dengan nasi.
sardin tumis dan daging burger goreng..
daging masak lemak tu aku perhangatkan lauk hari ahad kat rumah mak aku.

dan ini menu semalam...
aku buat nasi ayam simple je...

ok.. dah habis..

sekian entry sekali hadap aku... mintak maaf semuanya pasal makanan ye.. tapi takper awal lagikan... kalau terliur cecepat istigfar...

psst : petang ni nak masak sambal bilis petai pulaklah... 

babai..





Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

9 comments:

  1. waduhhh...makanan-makanan...hihihi

    ReplyDelete
  2. kesian uzrei kak...bagus semangat die...kagum tgk...lieya dulu pun suke baring kat lantai sbb nak dpt kesejukan lantai tu heheehheh

    menarik sungguh menu akak kak...

    ReplyDelete
  3. Bagus uzrei..semangat nk posa tuh..pssttt...tepung dh sampai lom?

    ReplyDelete
  4. kak nk resipi roti lapis bakar tu!

    ReplyDelete
  5. kesian uzrei sampai tertidur kat simen tu...tp bagus lah dia kebaya...tahan berpuasa....Beb roti lapis tu sedappp jer nmpknya..kasi resepi sikit..

    ReplyDelete
  6. Sejak puasa tak sempat lagi nak ambik gambo menu2 berbuka kat rumah.

    ReplyDelete
  7. penat posa memang macam tuh...dapat tido bestnya..

    sedapnya roti lapis bakar tuh...tak sempat letak dalam pinggan...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...