Memenuhi keinginan..

Salam...

Last week balik kampung sebab malam minggu tu nak buat kenduri sikit untuk arwah mak. Jadinya siang tu makcik-makcik saudara aku dah berkumpullah untuk prepare apa yang patut. Jadinya ada seorang makcik aku ni teringin nak makan kuih serabai/sabai.. Tapi makcik aku tak pandai nak buat. Dulu masa arwah masih ada dan sihat arwah mak yang bancuh semuanya.  Sekarabg yang tahu bancuh kakak sulong aku jelah. hehehe.. aku tak berapa pandai. tapi kalau bahan-bahanya aku taulah... 

Jadi bagi memenuhi permintaan makcik aku ni. kakak aku pun buatlah serabai/sabai ni. Sepatutnya sos serabai/sabai ni yang macam kaya tapi letak kulit kayu manis. tapi ramai yang tak suka daripada suka. Kitorang menderhaka sikit. kitorang buat serawa durian.. hehehe... yang lebihnya semua tekak demand kan.. nak yang sedap meletops je... gigihlah aku beli durian kat pekan tanjong karang tu. Nasib ada durian.. Kalau takder makanlah apa yang ada ye... jangan nak mengada-ngada.

Para makcik yang kepingin nak makan serabai/sabai hehehe...
nasib anak-anak buah kamu mahu menunaikan kehendak kamu... 
lepas ni sila sayang lebih dekat kami ye.. hehehe.. anak buah teroverkan..
~ abaikan persekitaran~

antara yang dah siap dimasak...

dah siap dicurah dengan serawa durian...

Pinggan kedua aku.. pergh..  memang balas dendamlah..
agak lama aku tak makan serabai/sabai ni. 
dekat 10 tahun... Yelah arwah mak pun sakit dah lama. lebih 7/8 tahun mak dah tak larat nak masak semua.

kat bawa aku bagi resepi serabai/sabai ni ye.
4 cawan Tepung beras
1 sudu kecil Yis/mauripan
1 Pack ENO (ni memang petua dari arwah mak)
3 cawan santan
garam secukup rasa

Caranya.
Gaulkan semua bahan. dan perap dalam 2/3 jam. lepas tu bolehlah dimasak dalam kuali..

~ serawa durian semua dah pandai buatkan, jadi takyah resepi ye.. hehehe~

Selamat mencuba.

Tarikh - 28/9/13 Sabtu
Tempat - Tanjong karang, Sel



Untuk Arwah mak 

الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~
 

kehilangannya..

Salam...

Dah lama menyepi dari dunia blog ni... perasaan masih suram lagi.. salah satu dah lama tak update blog. sebab hari-hari berulang alik dari rumah kakak aku dan juga hospital. Sampai dalam kepala tak terfikirkan tentang blog ni. Sehinggalah hari ni, barulah ada kekuatan nak mengupdate blog sepi ni..

Lebih sebulan kami adik beradik memang berkumpul kat rumah kakak sulung aku. Boleh dikatakan hari-hari kesana. Sebab kesihatan Mak yang memang tak menentu. Bila keadaan bertambah tak stabil bawa mak ke Hospital. Sampai je hospital kena tahan ward. Kaadaan mak makin tambah teruk pada 14/9/2013. Kakak aku memula bawa ke klinik biasa sebab mak taknak ke hospital. Tapi klinik tak nak terima dan suruh bawa ke hospital.

Petang tu lepas je balik dari keje aku terus on the way ke hospital. Sampai je kat ward tengok keadaan mak. tengok mak asyik minta nak balik rumah je. tengok mak yang asyik tercungap-cungap sebab sesak nafas. Sampai aku rasa nak amik sakit mak tu. biar aku yang rasa sakit tu. Bila anak buah aku datang je.. tetiba mak aku bersuara... "mat... bawa andung(nenek) balik.. mana kete sorong(wheelchair) andung... andung nak balik" adoii... ayat ni aku memang tak boleh nak lupalah... memang mak nak balik sangat. tapi kitorang pun nak ikhtiar jugak. kalau biar je mak terbaring kat rumah.. tengok je mak sesak nafas. tak boleh nak buat apa. tak sangup nak pandang je mak kat rumah. tu yang kami nak jugak mak ke hospital. sekurang-kurangnya ada alat bantuan pernafasan untuk mak.

Sepanjang mak kat hospital. memang waktu melawat kami penuh kat katil mak. hari kedua tu memang nampak respond yang baik dari mak. Tapi tetap tak sampai hati tengok mak terbaring kat hospital. Try tanya doctor nak bawa mak balik. Tapi doctor tak benarkan sebab sebelum ni mak pernah minta balik. jadi kali kedua memang tak boleh. Lagi pula paru-paru mak dah penuh kuman. Jadinya kami adik beradik decide teruskan jelah dengan hospital sampai 9 hari seperti yang doctor janjikan. Sebab antibiotik tu doctor kata nak kene masukkan selama 9 hari.

Hari ketiga jatuh pada cuti 1 malaysia. Niat hati aku nak pergi tengok mak kat hospital masa waktu melawat tengah hari. sebab belah petang konon nak prepare baju sekolah uzrei. bila waktu melawat tengahari tu. doctor pakar ada melawat kat katil mak aku. Doctor suruh mak aku sebut nama dan akan tangan. Alhamdulillah mak aku sebut dengan jelas nama dia. angkat tangan pun kuat. lega sikit hati aku. Tapi hati aku ni berat mengatakan yang petang tu aku tetap kene pergi tengok mak jugak. Tak boleh jadi tidak. Petang tu aku tinggalkan anak2 dengan en. suami. aku pergi dengan adik aku. petang tu keadaan mak nampak teruk sikit. nafas kembali tercungap-cungap. masa tu aku tengah minum air kotak teh bunga. aku sudukan sikit dalam mulut dia. tak sampai hati tengok dia pandang je aku minum.

Tapi petang tu kakak sulung aku memang dah tak sedap hati. lepas je kakak aku balik rumah dalam jam 8 malam dari hospital. dia terus mandi dan salin baju kakak aku soh anak dia hantar dia balik kat hospital. walaupun kat hospital ada anak buah aku yang jaga mak aku. Tapi dia tetap nak pergi jugak jaga mak kat hospital.

Bila malam tu kat hospital dalam jam 11-12 malam macam tu. kitorang dapat pangilan dari anak buah aku yang jaga mak kat hospital. mula2 dia kata mak sesak nafas je. tapi tak sampai 1/2 jam terima balik call. yang kata mak dah pergi menghadap Ilahi. Ya Allah masa ni tak tahu perasaan aku. Selain adik beradik aku.. maklah tempat aku mencurah rasa hati.

Nasib baik aku ikut kata kakak aku supaya stanby baju semua dalam bag. Takut sebarang kemungkinan. memang terjadi pun kemungkinan tu. Terus aku masuk bag dalam kereta. En. suami angkat sorang2 anak masuk dalam kereta. sebab masa ni aku dah tak leh nak fikir apa. memang mujur aku dengar cakap kakak aku. lepas settle anak2 dah masuk dalam kereta. Kitorang pun terus on the way ke Tanjong Karang. Sebab arwah memang minta dikebumikan kat sana. masa on the way kat traffic light Taman perepat indah. anak buah aku hon.. rupanya dia follow Van Jenazah yang bawa Arwah Mak. Kitorang pun terus belok dan follow van jenazah tu.

Masa follow van jenazah tu. perasaan tuhan je yang tau. sebab sebelum ni mak naik kereta anak2 dia. tapi hari tu. tak naik. mmg airmata tak dapat nak ditahanlah.

Sampai kampung dalam jam 4.30 pagi. aku tidokan Darwisy. lepas je tido amik wudhu aku baca je yasin.
Pengkebumian dijalankan dalam jam 10.30 pagi.  Alhamdulillah. Semua anak2 mak masa tu tak berengang dengan mak. Keadaan pun berjalan dengan lancar.
Mandikan mak pun semuanya anak, cucu dan menantu mak. Alhamdulillah. Sehingga angkat mak keliang lahad pun anak2 menantu mak ada sekali. Syukur pada mu Ya Allah.

Mak sebelum masuk ke hospital. masa ni dalam musim Syawal lagi.
masa ni nak otw ke hospital. Masa ni perut mak dah mula sakit. dan mak asyik muntah2 je.


Al-Fatihah untuk Mak
Semoga Mak ditempatkan bersama-sama para solehah.
Amin

Date : 17/9/2013 Selasa (Sariah binti lanu)

Sekadar kenangan untuk aku dan anak2 nanti. 


Nor Aishah
http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/
 

hapy... wee... wee...

Salam..

Ada makan dengan telur masin....
hehehe..

kebosanan..

babai

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Masa hujan...

Salam..

Hujan-hujan ni makan lontong pepanas memang syoook.... sangatlah... rasa tak terkata... tambah pula dengan teh tarik.. memang tak pelawa en. suami yang dok kat sebelah...

tapikan... sebelum singgah makan lontong ni.. aku dah mentekedarah cekodok kat dalam kereta.. tu tapau dari rumah kakak aku.... pergh... memang tak kuruslah nampak gaya aku ni.. makan je kejenyer kan...

Buruk pangaikan ..
kepada kak ina dodocheng minta maaflah.. cekodok takder extra.. ada beberapa ketul je pun tadi..

sekian..

babai.

Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Ragam manusia...

Salam....

tak taulah tajuk post aku ni ada kaitan dengan entry kali ni.. kalau takder kaitan tu.. korang pepaham jelah ye.. 

Kali ni nak buat entry luahan rasa... takder kaitan dengan sesiapa pun.. tapi kalau ada yang terasa tu aku minta maaf awal-awallah... tapi nak buat canerkan.. korang yang terasa sendiri.. hehehe... dah tak yah nak terasa sangatlah... korang baca je luahan rasa aku ni.. kalau rasa merepek sangat korang pangkah je kat X tu... terus sayonarakan...

Aku bukan apa.. kita ni kalau nak meniaga atau apa pun mestilah jujur.. kalau tak jujur sekali orang boleh terima lagi.. kotlah terlupa atau terlepas pandangkan.. Tetapi kalau dah lebih empat, lima dan enam kali. tu bukan terlupa dah tu.. tu dah namanya x jujur dan amanah dah namanyer... Kang kalau orang minta bukti ke apa. kata orang tak percaya kat dia. meroyan kat fb tulis.. "saya bukan buat keje ni fulltime. sila faham". Ater sekali ko tengah buat keje tu ko tak leh nak siapkan terus ke? ada pulak asing-asing buat keje ke? ke memang buat keje berkali-kali untuk satu kerja tu. 

ok.. tak kesahlah awak memang tak buat keje tu fulltime. Tapi takkan dah closing date pun. tak masuk pun sale tu dalam sistem.. tak ke pelik disitu.. mana perginyer sale bulan tu.. atau dah masuk dalam sale awak sendiri.. aduhai... tu namanyer tak jujur dek... berkat ke dek meniaga macam tu.. jangan satu hari dengar kedai tu tutup je. yelah orang dah tak percaya ngan awak dah.. kalau sorang dua terkena takper lagi. ni kalau dah empat lima orang kene... tak ke boleh gulung tikar dibuatnyer... mulut orang bukan boleh tutup dek.. takut disampai-sampai kat telingga orang.. nanti orang yang baru pun tak percaya dengan awak... susah dek... jangan sampai bisnes yang awak buat dan keuntungan yang awak dapat tu tak berkat... nanti berkat ke nak bagi kat keluarga. herm.. yelah berkat tak berkat tu pun bukan akak nak nilaikan.. tapi sendiri boleh fikirkan... 

Lagi satu kalau berjanji tu sila berjanji betul-betul.. jangan orang dah sampai.. tetiba ayat lain pulak yang keluar dari mulut awak.. awak ingat orang lain free je nak ke tempat awak tu. banyak benda yang orang lain nak fikirkan.. bukan semata-mata bisnes je. orang lain ada anak, suami, isteri, mak ayah, dan orang lain pun bukan buat bisnes ni fulltime.. awak nak orang lain faham awak.. dan orang lain pun nak awak faham jugak. give n take lah.. 

Bila orang join benda lain jangan nak bertempik dalam FB pulak.. Tu kan rezeki memasing.. kot yang lagi satu tu lebih memberikan rezeki yang lebih baik.. mungkin rezeki awak kat situ je.. orang lain ada sesuatu yang lain yang Allah s.w.t sediakan...

Sekian... 

babai..



Nor Aishah http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...