Memenuhi keinginan..

Salam...

Last week balik kampung sebab malam minggu tu nak buat kenduri sikit untuk arwah mak. Jadinya siang tu makcik-makcik saudara aku dah berkumpullah untuk prepare apa yang patut. Jadinya ada seorang makcik aku ni teringin nak makan kuih serabai/sabai.. Tapi makcik aku tak pandai nak buat. Dulu masa arwah masih ada dan sihat arwah mak yang bancuh semuanya.  Sekarabg yang tahu bancuh kakak sulong aku jelah. hehehe.. aku tak berapa pandai. tapi kalau bahan-bahanya aku taulah... 

Jadi bagi memenuhi permintaan makcik aku ni. kakak aku pun buatlah serabai/sabai ni. Sepatutnya sos serabai/sabai ni yang macam kaya tapi letak kulit kayu manis. tapi ramai yang tak suka daripada suka. Kitorang menderhaka sikit. kitorang buat serawa durian.. hehehe... yang lebihnya semua tekak demand kan.. nak yang sedap meletops je... gigihlah aku beli durian kat pekan tanjong karang tu. Nasib ada durian.. Kalau takder makanlah apa yang ada ye... jangan nak mengada-ngada.

Para makcik yang kepingin nak makan serabai/sabai hehehe...
nasib anak-anak buah kamu mahu menunaikan kehendak kamu... 
lepas ni sila sayang lebih dekat kami ye.. hehehe.. anak buah teroverkan..
~ abaikan persekitaran~

antara yang dah siap dimasak...

dah siap dicurah dengan serawa durian...

Pinggan kedua aku.. pergh..  memang balas dendamlah..
agak lama aku tak makan serabai/sabai ni. 
dekat 10 tahun... Yelah arwah mak pun sakit dah lama. lebih 7/8 tahun mak dah tak larat nak masak semua.

kat bawa aku bagi resepi serabai/sabai ni ye.
4 cawan Tepung beras
1 sudu kecil Yis/mauripan
1 Pack ENO (ni memang petua dari arwah mak)
3 cawan santan
garam secukup rasa

Caranya.
Gaulkan semua bahan. dan perap dalam 2/3 jam. lepas tu bolehlah dimasak dalam kuali..

~ serawa durian semua dah pandai buatkan, jadi takyah resepi ye.. hehehe~

Selamat mencuba.

Tarikh - 28/9/13 Sabtu
Tempat - Tanjong karang, Sel



Untuk Arwah mak 

الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~
 

3 comments:

  1. kat tempat saya ni senang je dapat serabai. kat pasar malam pon ada jual. 3 keping seringgit. ktrg mmg selalu mkn dengan serawa durian je. tak pon kuah gula melaka

    ReplyDelete
  2. sib baik anak buah rajin and nak melayan ek sis hehehehehe...

    serawa durian paberet i...
    tapi i suka makan dgn roti serawa durian ni...

    serabai lak i suka dgn kuah dia tu...
    sedapppp....

    ooooo letak eno ek...
    makan serabai byk tak pe ler kalo gitu...
    tak der nak senak perut bagai hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  3. x pernah rasa lagi ...mesti sedap ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...