Minum petang..

Salam..

Sabtu dan ahad takder pergi mana-mana pun... Nilah minggu yang betul-betul memberi rehat selepas berbulan-bulan ada je hal yang berlaku. Tapi bila dapat berehat, kesihatan aku pulak yang terganggu. Dua hari aku melepek je kat rumah terbaring lesu. Tiba-tiba pulak aku sakit perut dah muntah-muntah. Tak tahu mana puncanya. Nak kata makanan aku sorang je pun yang kene. En. suami ngan anak-anak takder pulak. Mungkin daya ketahanan tu dah kurang kot. Tu yang macam-macam sakit senang je nak dekat.

Tapi bagi memenuhi kehendak anak-anak dan en. suami.. aku gagahkan jugalah diri memasak. hehe.. memasak yang senang je.. padahal tengah hari tu aku beli je lauk kat kedai. tak larat nak masak. Tu yang kena balas balik masak untuk minum petangkan... Hajat nak je ajak cari goreng pisang or cendol kat luar. tapi malas pulak nak keluarkan... 

En. Suami request soh buat cekodok je pun.. Tapi sebab tetap nak ikut tekak aku jugak.. tetap jugak kene ikut tekak akukan.. selera orang sakit ni kan melampau. nak makan yang lain dari yang lain jekan... Akhirnya aku sendiri pilih nak buat Pancake.. hahaha.. melampaukan orang sakit.. nak makan yang best-best je.. padahal dalam kepala aku tu.. berbelah bagi jugak.. cekodok pun rasa nak buat jugak.. hehehe.. dasar tamak halobakan..



Bancuhan pancake... 
tetap nak masuk jugak..
sebab 1st time aku buat pancake ni..
ni kira amaturelahkan....



Dalam magic pan..
wah.. tetapkan guna magic pan.. 
all in onelah katakan...
ni aku letak coklat.. bagi bebudak suka makan..



Ni yang kosong.. untuk mak budak dan bapak budak punya...


Tetap nak tunjuk lapisan belakang...
kira jadilah tukan.. walaupun tak berapa cantik.. 
asal boleh makan dan anak-anak suka.. Alhamdulillah

Tengok...
memang sukalah si uzrei ni.
siap makan dengan madu lagi..
bertambah semangatlah anak ku ni...

Resepi Pancake.
1 cwn tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
1cwn susu segar
1 biji telur (putih & kuning telur diasingkan)
4 sudu gula
garam secukup rasa.

Cara-caranya.
  1. mula-mula asingkan kuning telur dan putih telur.
  2. Pukul putih telur sampai kembang dan putih
  3. Sebabkan aku guna tepung naik sendiri. aku terus masukkan telur kuning, gula dan susu. Kacau hingga sebati. Pastu masukkan tepung tadi. Kacau sehingga tepung betul2 larut. kalau taknak ada ketulan tepung dan korang rajin bolehlah korang tapis.. tapi aku malas.. sebab nak cepat.
  4. lepas dah betul2 larut. masukkan telur putih tadi.
  5. dan bolehlah dimasak diatas magic pan or non stick pan..
  6. last sekali bolehlah dihidang untuk seisi keluarga.
Selamat mencuba..

Sekian 

babai.






Untuk Arwah mak 
الفاتح 
~ Sariah binti Lanu~

 

10 comments:

  1. Best!... kakak suka pancake tak bubuh gula Sya... Lepas tu makan macam makan lempeng cecah dgn sambal sardin sedap!

    ReplyDelete
  2. saya kalau teringin nak mkn pancake, beli tepung yang readymix tu. hahaha punya pemalas

    ReplyDelete
  3. waa best ni...nak try la buat nanti...

    ReplyDelete
  4. rajin ko sis...dlm tak sihat tu...gagah juga buat pancake...

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. senang pulak nak buat.. nanti nak cuba.. tq

    ReplyDelete
  6. Tabur gula aje pun sedap ni...

    ReplyDelete
  7. wah kak..siap boh coklat urai tu...mmg suke laa budak2 mkn kan....

    lieya dah salin resepi ...nanti nak cube la kak...

    ReplyDelete
  8. saya macam dah terbau bau dah kak bila tengok resepinya..haihh!

    ReplyDelete
  9. kalau ana buat pancake, campur je semua adunan dlm blender, blend kan sekaligus..senang...:)

    ReplyDelete
  10. nampak sedap lak, dah la perut den tengah lapar nih

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...