Zone Empat.

Salam...

Hari jumaat lepas bermulalah pula kawasan perumahan tempat aku tinggal mengalami catuan air berselang dua hari. Memang dah prepare awal-awal simpan air dalam tong dan segala bekas yang selama ni simpan dalam cabinet dikeluarkan. Selagi boleh isi.. kita isi..

Jumaat tu masih relaks lagilah.. sebab siang semua orang takder kat rumah dan masing-masing tengah bekerjakan. jadi air paip masih ada stock dan air tangki memang tak terusiklah...

Hari sabtu pula... kitorang keluar.. tapi air tangki memang dah susutlah.. bebudak ni kalau tak dipantau, Memang sesuka hatilah diorang mandi. Walaupun dah pesan jangan mandi lama-lama nanti air takder..

Bila keluar ni.. memang makan kat luarlah... Petang balik keluar tu.. jalankan rutin macam biasalah.. Bermulalah jam 10 malam.. tetiba en. suami cerry berry pulak.. Kesan makan makanan kat luar kot... Dari kesan tu.. Air yang ditadah pun habis digunakan.. Sehingga petang tu aku ada tadah air hujan.. tu pun digunakan.. Penangan cerry berry dan muntah-muntah en. suami.. Kesian.. sampai jam 10 pagi dia masih cerry berry..

Sehingga aku pergi kedai beli air mineral pun kat kedai dah habis. Inisiatif terakhir.. Terpaksa berangkut tong-tong air kerumah kakak aku. Nasib baik jugaklah... kawasan kakak aku tak kene catuan air lagi. Alhamdulillah..

Melepak lah kitorang semalam kat rumah aku sampai jam 4.30 petang. Sebab takut nak balik rumah. risau air masih takder lagi... Balik rumah sampai dalam jam 5 petang.. air paip dah mula ada. tapi tak lah besar mana... Air pun takleh sampai kat tangki... kenalah berangkut air kedalam rumah... Kesian kat en. suamilah.. Sampai jam 2 pagi malam tadi berangkut air untuk minum dan mandi.. Lepas tu sambung pulak basuh kain lagi...

Nanti sok pagi mula balik takder air... Kesian pada orang yang jaga baby, pada orang yang dok rumah tinggi... Yelahkan baby nikan memacam ragam.. Termasuklah kakak aku yang menjaga anak aku sekarang ni.. Harap jangan berpanjanganlah catuan air ni..

Tiga beradik ni... Mana faham mama diorang cakap air tak cukup.. hish... geramnyer...













Sekian..

Babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

4 comments:

  1. Memang siksa kalau air kena catu. Hero-hero itu manalah faham Sya.. yg penting pada dia nak mandi dan minum...

    ReplyDelete
  2. mmg perit kalau xdek air nie..
    bertambah perit kalau ada 3 hero tu kak..
    hehe..
    nampak gaya mak dia ler kena mandikan sorg2 pasni.

    ReplyDelete
  3. Semoga tak berpanjangan..hujan pun dah mula turun sana sini. tapi utk penuhkan empangan pun ambik masa juga kan. Memang tengok muka budak comel bertiga tu, suka main air ha ha

    ReplyDelete
  4. kena catu gak..... adeyyy.... dah mcm ape rumah penuh dgn tong

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...