Kuih Lapis

Salam....

Kesukaan anak-anak... Kuih lapis ni bukan saja kesukaan anak-anak.. tapi mamanya anak-anak pun suka.. bila aku makan aku suka kopek selai-selai kuih ni... ntahlah rasa macam nikmat bila buat macam tu.. korang ada tak yang berperangai macam aku ni... tapi tulah aku....

masa ni sebenarnya baru lepas masak... tak sempat nak sejuk bebudak dah minta nak makan...
hasilnya dapatlah separuh je gambar kat sini... 

Resepi kuih lapis.

Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
 Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.




bila anak-anak happy...
aku dan en. suami pun happy...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Jadi ulat

Salam..

Dialog aku dengan Usyair Darwisy...

Dulu
mama - adik jom gosok gigi..
awis - tak nak....
mama - habis tu kalau adik taknak gosok gigi adik nak jadi ulat ke?
awish - diam - tak faham apa-apa.

Sekarang 
mama - adik jom gosok gigi..
awis - tak nak
mama - habis tu adik tak nak gosok gigi nak jadi apa...
awish - adik nak jadi ulat lah..
mama - erk... tak terkata apa2

Boleh dia ingat ayat aku yang dah lama dulu tu.. kenelah guna kuasa veto masa nak gosok gigi dia.. huhuhu... gewam je.. tapi sayang.... 






Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Graduasi Uzair Danish

Salam...

14/11/2015 yang lepas majlis graduasi prasekolah Uzair Danish di Sekolah kebangsaan Pulau Indah II. Sebelum majlis penyampaian bermula ada beberapa persembahan yang Uzair danish serta. Salah satunya buat persembahan untuk tarian dengan lagu temanya Kun Anta. Aku tak sangka yang danish ada serta persembahan ni.. Sebab dari rumah dia berjubah putih untuk buat persembahan nasyid.. Bila kat stage aku pun tak amik tahu sangatlah persembahan Kun anta ni.. Sekali anak sulong aku kata ada Danish kat stage.. barulah aku terhegeh-hegeh nak rakam video.. tapi tu pun dah separuh jalan.. huhuhu.. kesian dia... bila ulang balik tengok video dia.. pendek je...

sikit je aku dapat rakam..

Ni pun gambar selepas habis persembahan... memang aku tak cam langsung muka dia kat stage.. lain sangat.. dengan cikgu dah sapu bedak kat muka dia.. hailah anak...  Gambar pun gegar2 masa ni.

Yang ni pula persembahan nasyid.. aku tak ingat pula lagi apa masa ni.

 masa ni untuk amik sijil tamat graduasi dan pinggat cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam...
Alhamdulillah..

Tersenyum simpul je dia waktu ni...




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...