jangan berpinar sudah...

Salam... 

Entry kali ni akan dipenuhi gambar di persisiran kolam mandi.. hehehe... Gambar sekitar percutian keluarga belah en. suami. Sebagai adik ipar yang patuh.. chewah.. haruslah turut serta. 

Percutian balik hari je.. Maklumlah raya cina kalau tak cepat2 booking memang melepaslah. Jadi kepetusan terakhir kitorang menghala ke Marina Cove Theme Park, Lumut. Tempat boleh tahan menariklah cuma ada sesetengah tempat yang kurang memuaskan hatilah... Harap pihak Marina Cove Theme Park tu akan amik tindakan diatas kekurangan yang adalah.. 

Jom kita layan gambar ye.. sambil tu aku selitkan cerita sikit.. 
Pinjam dari google..
nilah keadaan them park ni.. boleh tahan besar jugaklah..

aku yang rupa macam baru bangun tido.. eh.. tapi mmg baru bangun tido pun.. hehehe... sepanjang perjalanan keje aku tido je.. sampai tau lak aku buka mata... 
Yang tudung maroon tu kak ipar aku yang sulong.. kurus lagi dari aku.. malu ai tau...

Uzrei sesampai je terus terjunlah.. dengan tak buka bajunya... haish.. makan pun tak ingat kalau dapat main..

Kemain bula lagi aku tengok uzrei ni... ikut baka aku kot.. hahaha

Macam-macam aksilah yang uzrei buat... sampai merah-merah mata dia berendam kat dalam kolam tu...

Berenang pulak.

Turn Uzair pulak.. takder mood nak turun lagi...

pehtu en.suami bawa uzair celup-celup kaki.

Dah panas sikit baru lah dia nak masuk dalam tu.. kalau tak.. jangan haraplah.. aku pun jadi harapan jelah nak masuk.. hehehe... maknya yang lebih nak berkubang pun...

Takut aku tinggalkan dialah tu...

Bersiar-siar dalam kolam..

Dengan abang pulak... 

Bila dah rasa keseronokannya taknak naik atas pulak... haish.. geram aku..

yang tudung grey tu kak ipar aku (no 2), yang tudung putih tu adik ipar aku (bongsu) dan yang tudung coklat tu adik ipar aku jugak masih single tapi available tu aku tak tahulah.. Kalau ada yang terbekenan sila email aku ye.. hehehe...

Oklah tu je citer CNY yang lepas... Lepas puas berendam terus berdesup balik klang...

iklan.. oh.. iklan..

Salam...

Ni bukan nak panggil nuffnang bagi iklan.. tapi aku kecewa dengan pengiklan yang sesuka hati je letak iklan yang merapu kat shoutbox aku.

macam biskutkan.. kejap ada kejap takder..mood macam lalang... sekejap kekanan sekejap kekiri. ntah apa2lah..

Alkisah sebenarnya aku baru je pasang shoutbox baru.. kengkonon yang lama tu kena bayar baru boleh keluar balik shoutbox tu. Herm.. tapi biasalahkan nak yang free jekan.. selagi ada selagi tu kena manfaatkan.

Berbalik dengan shoutbox baru ni.. Aku tak kisah nak letak iklan ke apa.. Tapi kalau boleh janganlah letak iklan yang berunsur 18sxyz... i malu tau.. bila buka je terpandang Title yang besar Pembesar Z+kar... Aduhai.. sebab nak hilangkan iklan tu.. aku keluarkan icon naik kudalah, icon kena hantuk kepala dan macam2 lagi.. Tup2 tak lama lepas tu keluar lagi iklan lain pulak... Product 18sxyz yang lain pulak.. yang ni untuk kepuasan suami isteri pulak.. 

susah betullah... nak marah dia dah letakpun kat shourbox aku tu.. Ni kira kalau pengiklan-pengiklan ni ada baca anggaplah ini sebagai pemberitahuan kepada korang.. Yang kat sini bukan tempat korang melontarkan iklan yang berunsur 18sxyz ye... Harap diorang fahamlah..
ni yang pertama... 

Pehtu aku hilangkan dengan cara masukkan smiley icon bebanyak.. sebab aku cari butang delete takder..

aku keluarkan icon ni.. memacam icon aku masukkan... ntah macam apa lah...

baru je dua minit aku keluarkan smiley icon tu.. dah datang pulak iklan baru... huhuhu.. apalah nasibkan.

Kepada pengiklan.. harap korang fahamlah luahan hati ku ini..

Spagheti Tomyam putih..

Salam..

 Spaghetti tomyam putih aku...

Petang semalam masak tomyam putih. Nak makan dengan nasi tekak tak leh terima pulak.. Buka peti ais kot2 lah ada bihun tapi takder pulak. Sekali nampak sepeket pasta. Herm.. terus rebus pasta tu.. Jadilah Spaghetti tomyam putih.. Sedap untuk tekak aku.

tu je.. babai

lengang...

Salam... 

Lengang je jalan hari ni.. Mungkin ramai yang sambung cuti lagi kot. Aku... herm.. dah ada kat meje opis sekarang ni. Toleh kiri takder orang.. toleh kanan takder orang.. huhuhu.. nampak gayanya aku sorang jelah kat opis hari ni.. Adoi... mati kutulah tak der kawan nak nyembang kosong dengan aku. 

Harapan hari ni banyaklah blog yang berupdate untuk mengubat jiwa lara yang kosong di opis hari ni.. hehehe..

Kepada yang bekerja selamat bekerja dan sesamalah kita berjiwalara di opis hari ni.. Kepada yang masih bercuti... Selamat bercuti esok kalau masuk keje jangan lupe bawa ole-ole dari destinasi percutian korang.. Wahaha... siap pesan tu kan..

Oklah... nak tengok kat opis atas pulak.. Kot-kotlah kosong jugak macam kat opis bawah ni.

ok bai...


lama giler tersadai...

Salam... 

Dah lama aku peram kat dalam draft gambar-gambar kat bawah ni semua.. hari ni barulah ada mood nak keluarkan. Bila buka draft dah nampak dah ada benda yang belum publish. Tapi tangan tetap laju tekan icon new untuk buat entry lain. Sudahnya simpan jelah gambar ni menjadi pekasam.. dan busuk baru nak keluarkan.. hehehe..

Sebenarnya gambar ni semua dari bulan 12 lagi. Tapi macam2 perkara terjadi diantara bulan 12 hingga tengah bulan satu.. tu yang kesempatan tu makin lama makin pudar di telan masa... Chewah.. ditelan masalah sangatkan. Kata jelah malas kan senang citer..

Masa ni seingat aku anak bujang akulah request nak makan nasi ayam. Jadinya gigihlah aku memasak nasi ayam untuk dia. Sempoi2 je nasi ayam yang aku buat. Yang penting kena dengan selera Uzrei. Uzrei ni kekadang makan nasi pun memilih.. Kalau aku masak tak sedap.. Terus terang je dia kata dia hanya nak kicap je.. Padahal lauk melambak. Tu tandanya tak sedaplah kat tekak dia. hehehe..Tapi kat tekak aku sedap je.

 Nasi ayam kuning.. hehehe.. ikut mata memasinglahkan.. kalau nak letak warna sikit.. bagi meriahkan.
\
Ayam goreng madu... 

Sambal cili nasi ayam.. aku ikut resepi kak ina do do cheng

kuah kicap... sup + kicap cair @ kicap cap kipas udang.

Sup ayam..

 lengkap.. khas untuk anak bujang aku.. tapi tetap satu family yang makankan.. hehe

ok.. dah habis..

Esok akan bermula cuti empat hari sempena Tahun Baru Cina. Selamat bercuti ya kawan-kawan... Kemana korang cuti panjang ni.. Mesti berholiday sakan dengan familykan.


32 tahun sudah usia mu

Salam... 

Dah berhari2 takder cerita menarik nak diceritakan.. Entahlah mungkin masih berada dalam mimpi-mimpi 2011.. heheh.. 

Hari ni aku nak wish selamat hari lahir yang ke 32 tahun kepada suami kesayanganku (mesti muntah kalau suami aku baca ayat macam ni.. maklumlah aku ni bukannya jiwang pun.. hehehe). Semoga suamiku diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki buat aku dan anak2 dan bakal anak yang akan tiba tahun ni.. (mencari rezeki tu haruskan.. hehehe). Semoga rezeki untuk suamiku bertambah murah dan mendapat keredhaan darinya.. Dan semoga hubungan kasih sayang kita akan bertambah erat lagi.. wahahaha... erk... macam dah terlebih jiwang lak.. ke aku sorang je yang rasa jiwang...

Ni gambar tahun 2008 tak silap aku.. gambar terbaru takder pulak dalam simpanan.. dalam henpon pun takder... nampak sangat kan... Balik karang baru nak amik gambar yang terbarulah...

Buat en. suami, Walau apa pun jua dugaan yang kita perolehi, diharap kita dapat menghadapi dengan ikhlas supaya kehidupan kita akan mendapat lebih lagi keredhaan dari Allah s.w.t. amin...

WW

Salam...


 Sarapan semalam.. heh..

Campur Aduk sekali...

Salam... 

Lamanya tak bersiaran.. herm.. macam mana nak bersiaran kan. Badan aku dah lembik macam lempeng dah. melepek je kat rumah.. Pergh.. Awal tahun je aku dah dapat 2 hari mc.. tengok dari record mc ni aku rasa tahun ni mesti aku terlebih mc rasanya. hadoi... tak leh jadi betullah. Awal tahun ni memacam penyakit datang. Rumah aku je satu family kena virus batuk-batuk + selsema + demam melampau. Nasib baiklah aku sorang je tak kena batuk-batuk tu. Cuma dapat selsema + demam melampau je. Kalaulah dapat penyakit batuk-batuk sekali maulah aku pitam.. Sakit pingang ooo.. asyik menahan batuk je. adoi.

Tengok ada dua mc.. Satu dari panel satu dari HTAR.. Sebab apa dapat lagi satu MC dari HTAR. Malam tu aku rasa perut aku mengeras dan aku asyiklah munta-muntah2.. Sebab tak boleh tahan malam tu jugak dalam jam 11.30 mlm aku pergi HTAR. malam tu jugak doc masukkan air, suntik antibiotic dan makan ubat gastric.
 Masa ni kat wad kecemasan.. doc suruh baring sambil tunggu air tu habis... habis je cecepat aku pergi balik bilik doctor..

 Sekali kat rumah si uzair pulak tak sihat.. adoi.. cabaran betullah.. nasib doc tak tahan aku masuk wad. Atas sebab2 tertentu.. sebab tu nanti lain kalilah citer ye.. hehehe..

 Dalam masa yang sama.. uzrei pun tak sihat jugak.. esoknya bergegas pulak bawa dua badik ni pergi clinic.. mula2 aku ingat si uzrei ni semput.. sebab bila dia bernafas macam ada bunyi je. Tapi doc cakap tu sebab hidung dia sumbat je..

Bila tekak dah kembali beransur sihat.. kebetulan ada tutti-frutti baru buka kat bukit tinggi.. berhadapan dengan Jusco.. Dah bosan memerap kat rumah.. Petang semalam ajaklak anak buah aku dan adik aku g makan tutti frutti.. buat penyegar tekak.. hehehe.. alasan... bukan buat penambah sakit ke...

Psst : Januari yang betul2 mencabarlah.


Ko ingat aku dtg nak melawat ke?

Salam. Sekarang kat klinik. Badan x sihat. Tapi sampai je kat kaunter boleh lak budak ni cakap kat aku doc masuk jam 10. Tu aku tak kesahlahkan. Bila aku kata aku tungu jelah. Budak tu macam tak bagi pulak. Dia suruh aku pergi jalan2 dulu. Ape dia ingat aku nak datang melawat ke kat klinik ni... Adoi... X fahamlah.. Hanya luahan aku je...

orang dah tak heran.. tapi aku baru nak merasa..

Salam.. 

Musim tak sihat sekarang ni.. Ramai yang kena selsema dan batuk bagai.. Harus kena jaga kesihatan.. Musim denggi pun ada jugak.. Adik beradik aku je dah tiga orang kena dalam bulan ni. Hish.. risau.. Mana tak risau tetiap pagi kena amik darah kat klinik kesihatan yang berdekatan. Kalau tak turun kena lagi pergi klinik.

Ni citer pasal orang dah tak heran ni.. Sebenarnya pasal limau je. Maklumlah raya cinakan banyaklah pemberian dari tokei2 cina bagi kat customer diorang kan.. Huhuhu.. aku ni nama je keje kat purchasing tapi payahnya nak dapat limau ni.. huk.. huk.. tak semestinya purchasing tapi tokei2 tu kenalkan.. diorang kenal dengan orang yang deal dengan diorang je.. 

Tapi hari ni adalah jugak rejeki nak dapat limau. Tupun bos kakinadodocheng yang bagi.. tapi kira bos aku jugaklahkan.. ater satu tempat keje.. hehehe..

Dapatlah limau dua biji.. Aku dengar limau ni sebagai lambang kekayaan.. hehehe.. betul ker?

ni lak citer hari isnin.. adik aku teringin makan nasi arab.. Sekali bila pergi aku dah salah tempat dah.. tak jumpa pulak restoran nasi arab kat sana. tapi bila on the way nak balik rumah baru perasan restoran nasi arab tu.. herm.. geram... sebabnya aku pun tak dapat nak makan nasi arab tu. tapi adik aku kata sabtu ni tetap nak terjah jugak.. aku pun peliklah.. patutnya aku yang mengidam.. tapi ni adik aku pulak lebih dari aku.. haish....
Sebab tak jumpa nasi arab kitorang layan nasi bariani JM Bariani House.. Nasib sedap..

Minuman malam tu.. air limau ais, milo ais dan guava ais.. hehehe.. 
Gambar adalah kelabu asap sebab nak dapatkan kesan mistik kat situ.. mistiklah sangatkan...

 Nasi beriani.. makan macam tu je pun sedap.. tu akulah.. tak lalu nak makan yang berkuah ni.. hadoi.. tekak dalam mood ngengada... kekadang malas nak layan..

Dalam menu tulis ayam masak merah.. Tapi yang sampai ayam kari.. Herm.. bedal jelah malas nak tanya bagai kat waiters tu.. Ke memang gini rupa ayam masak merah kat sini.. Tapi nasib baik isi ayam tu sedap dah lembut... 

Ok tu je.. citer hari ni.. Esok2 tak tau lagilah.. Maklumlah mood tengah swing je.. tak tahu nak gapai yang mana satu.. yang rajin ke atau yang malas.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...