Aku tak faham

Salam...



Just nak tanya koranglah.... Kalau korang ada credit cardlah kan.. lepas tu berdentum dentam dekat 10 agent insurance call, nak memperkenalkan diorang punya insurang... ini baguslah.. itu baguslah... sampai satu tahap TV pun nak diinsurancekan.. kononnya bila tv tu rosak nanti makanya adalah insurance untuk cover.. hailah... korang boleh terima ke sampai idea TV pun nak diinsurancekan.

Aku pun taknaklah TV aku rosakkan.. Ni kau tahu orang ni ada credit card.. dan.. dan.. memacam insurance ko nak promotekan.. Kalau satu credit card hard limit baru rm 4K.. Kalau dah satu insurance potong rm 100.++.. Bila dah dikalikan dengan 10 insurance tu.. berapa baki pulak yang tinggal... pehtu tiap-tiap bulan nak menghadap membayar ansurance insurance yang dipotong setiap bulan pulak ye..

Ntah bila masa pulak nak guna untuk keperluan lain pulak.. silap-silap nak guna untuk bershopping pun takder.. Asyiklah nak bayar ansuran bulanan insurance tu nanti... Dah ada satu insurance nyawa tu oklah.. takkan satu orang nak dekat 10 insurance pulakkan...

Aku kekadang fedup dengan agent insurance ni.. Ada je idea diorang nak promote insurance ni.. Dari insurance nyawa (Takperlah perlu setiap orang tu ada) Sampailah ke insurance yang ntah apa-apa ntah.. silap2 insurance underwear koyak pun akan ada nanti... Macam manalah boleh muncul idea-idea macam tu ye.. Agaknya orang dah bosan nak amik insurance dengan diorang.. tu yang muncul idea macam ni...

Kalau dapat orang yang jenis yes... yes.. yes.. dapatlah ko deduct dari credit card orang tu.. Kalau tak dapat orang yang jenis yes.. yes.. yes.. ni ko nak melenting pulakkan.. Agent ni ingat diorang ke yang berkerah tenaga cari duit tetiap bulan tu.. ingat orang nak bayar insurance je ke kejenyer.. benda lain tak yah fikir.. kang bayar benda2 macam tu.. silap-silap duit nak makan pun takder... ada fikir... diorang seronok dapat komisyen... tuan punya credit card tu yang kayap asyik nak bayar ansuran bulanannya nanti... 

Yang aku bengang tu.. bila aku kata tak setuju.. boleh dia nak tinggikan suara kat aku.. pehtu dengan nada tak puas hatinya.. sebab suami aku dah setuju.. hellow... aku ni isterinya tau.. ada hak nak tolak kalau perkara tu tak leh diterima logik akal... takkan aku nak buta-buta ikut setuju jugak... apa guna isteri di sisi suami.. kenalah si isteri tu berfikir untuk kali kedua untuk sisuami.. dah aku rasa tak leh nak terima logik akal lagi kau nak bengang ye... 

Aku ni bukan nak queen control ke apa.. nasib kebetulan credit card tu aku yang pegang.. kalau tak.. maulah buta-buta je insurance tu potong kat kredit card bila dah dapat no kredit card tu.. pehtu bulan-bulan kitorang suami isteri yang sakit nak membayarnya.. Dah pakai benda yang memudaratkan ni.. kenalah fikir banyak kali nak terima tawaran.. kena guna dengan bijaknya.. jangan nak main tarah je.. nanti tak memasal makan nasi dengan garam je..

Oklah.. sampai sini saje aku membebel pasal kredit kad ni... ni untuk pengajaran bersamalah.. memang ada baik buruknya kredit kad ni.. kita sebagai penguna kena fikirkan dulu sebelum membuat sesuatu yang boleh menjerat diri kita..

babai.

WW

Salam

 Click untuk tumbesaran ye..

ok... babai..

kepenatan....

Salam... 

Aduhai.. baru balik ari kenduri kahwen sepupu kat bistari jaya (batang berjuntai).. penatnya rasa badan ni.. padahal tak buat keje mana pun.. banyak sumbat makanan je kat dalam mulut rasanya.. tapi tetap rasa penat...

Dua hari berkampung kat rumah sepupu... Alhamdulillah majlis berjalan dengar lancar.. Cuaca pun sangatlah baik.. Tapi walaupun dua hari berkampung sekeping gambar pun aku tak amik.. hehehe.. malas nak pegang camera atau camera phone.. yang rajin pegang segala jenis makanan je.. hehehe

Ok.. Esok cuti berblog dan bercuti kerja.. nak pegi jumpa doctor pakar pulak.. aku pun tak faham kenapa nak jumpa pakar.. sebab doctor kata berat aku semasa pregnant ni asyiklah menurun je.. naik 1.6 kg.. pehtu turun balik 1.6 kg.. padahal mulut ni bukannya reti nak berhenti makan.. ada je benda yang nak makan.. tapi ntah macam mana berat tu tetap turun jugak.. bayangkan dari berat 87 kg.. sekarang berat aku dah 80kg... nak kata ada masalah.. bila scan baby semua ok.. alhamdulillah baby, doctor kata sihat.

Korang mana yang pernah alami masalah macam aku ni masa pregnant.. meh share sesama dengan aku.. kot2lah korang ada idea untuk naikkan berat badan aku ni... 

marilah sesama kita berkongsi ye..

Babai..

tak tahu sape yang mengidam...

Salam... 

Macam mana nak mula ye... ni perihalnya pasal buah sukun.. last week en. suami aku kata kat sepanjang jalan dari kuala selangor nak ke klang ada orang jual buah sukun. Pehtu dia kata tak sempat nak singgah.. Aku orang dah cerita macam tu.. memacam soalanlah aku bagi. nape tak beli, nape tak singgah, kalau goreng sedap tu dan macam-macam lagilah..

Sebenarnya aku kalau tak dapat pun takderlah kesah sangat pun.. bukannya mengidam pun.. Tapi yang peliknya nampak sangat macam en. suami aku yang mengidam pulak.. Sampai sanggup suruh kawan dia bawa dari rumah. Sebab masa dia ukur tanah kat satu tempat tu.. tuan tanah ada bagi 2 biji buah sukun. Tapi en. suami lupa nak amik.. Nasib baik kawan en. suami ni nampak dia pun bawaklah balik.. Pehtu dia beritahu en. suami memang dia ada bawa balik.. Nasib baik ada jugak rezeki untuk en. suami.. 

Tapi yang bestnya.. dia kata kat kawan dia aku yang mengidam nak makan sukun tu.. aku pun pelik aku mengidam ke nak makan suku.. Kalau dia tak bercerita aku takderlah terasa nak makan pun.. aku rasalahkan.. en. suami aku yang mengidam kot.. hehehehe.. tapi dia tak perasan.. aku iyekan jelah.. kang bangkang nanti jadi perselisihan faham lak.. baiklah kata yes jekan...

 Sukun yang dah siap digaul dengan tepung.. gambar sebelum tak der.. sebab aku sediakan malam.. ni subuh sapie barulah aku nak mengoreng.. yelah en. suami pergi keje jam 5.00 pagi.. bila masanya dia nak makankan.. kalau aku goreng lewat.. aternyer.. demi en. suami sesubuh sapielah aku mengoreng sukun tu.. harap jadi isteri mithalilah.. hehehe.. poyokan...
 Sesi mengaringkan sukun.. goreng dalam minyak yang panas ye... barulah masa makan tu krup.. krap.. je sukun tu dalam mulut.. aku suka potong nipis-nipis... sedap.. kalau tebal tu tak best sangat... lelagi kalau sukun tu dah ada lembik2 sikit.. pergh.. sedap.. terasa manisnya.. erk... aku mengidam.. nasib ada lagi dalam peti ais.. balik ni harus gorenglah...

Tada... dah siap goreng.. memacam bentuk adakan... ada panjang.. tiga segi. keciklah, besarlah.. asal ada jelah ye.. yang penting nanti masuk perut hancur jugakkan.. 

Tapikan aku pelik jugak ni.. aku rasalah dah nak masuk tiga orang anak aku.. rasanya tak pernah pulak aku mengidam lagi... tapi tak tahulah kalau aku berbual ngan en. suami tanpa diluar sedar aku ada nyatakan apa yang aku teringin makan kot... tapi aku sendiri yang tak perasan... Sebab kalau aku nak makan sesuatu tu.. biasanya aku cari sendiri je.. kalau payah sangat aku buat donno je.. hehehe.. itu akulah.. malas nak susah-susahkan en. suami.. kang tak memasal jam 3 pagi nak makan mcD.. kalau ada depan rumah takperlah.. ni nak kena redah jalan sampai 20 minit semata-mata nak memenuhi tekak aku.. baiklah layan mata tido lagi baguskan...

Oklah.. time sambung buat keje.. nanti-nanti aku cerita lagi ye.. kalau rasa nak ceritalah..

ok.. babai..


Sekadar berkongsi

Salam...

Maksud lafaz doa diantara dua sujud...
Ya.. Allah besarnya makna doa ni..

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (
sayangi aku)
Wajburnii (
Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (
Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (
Berilah aku rezeki)
Wahdinii (
Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (
Sihatkan aku)
Wa’fuannii (
Maafkan aku)

idea yang konon best sangatkan... erk.. ada kaitan ke

Salam.. 

hoyee... eh.. tetiba nak hoyee... hoyee..  pulakkan... Padahal dah seminggu ke dekat dua minggu dah blog ni menyepi... Bukan menyepi sebab tak sihat ke apa.. tapi menyepi sebab tak tahu nak update apa dah... sejak dua menjak ni.. dah malas nak amik gambar sana.. sini... tapi malas nak update blog sendiri je tau.. Blogwalking wajib aku buat lagi.. hehehe.. pada yang rajin check feedjit tu taulah kot aku ada datang melawat blog diorang tu.. mana yang aku rajin tinggal komen tu adalah... tapi tak bermakna aku tak tinggal komen tu aku tak blogwalking ye.. cuma idea nak tinggalkan komen tu merundum jatuh ke lantai.. Kalau aku tinggalkan komen nanti.. tak kena dengan citer korang lain pulak jadinya.. cukuplah aku jadi silent reader kat blog korangkan.. kurang-kurang tambah jugak unik visitor kat nuffnang korangkan.. hehehe... 

Oklah.. just nak tunjuk breakfast aku sabtu lepas.. ni punca sebab nanti aku bersalin awal syawal.. kengkonon persediaan awallahkan.. dari aku tak merasa makan kuah kacang campur ayam masa dalam pantang nanti.. haruslah kita makan sebelum bersalin ye... kurang-kurang nanti masa raya tu aku tak heran sangatlah.. walaupun masa tu hati tetap memberontak nak jugakkan.. tapi takderlah sampai nak merempan-rempan nak makan jugakkan.. hehehe.. imaginasi melampaukan...


 nasi impit dan kuah kacang + ayam sedap.. tapi bukan aku yang masak tau... aku suruh kakak aku masak.. Kuah kacang ni aku belum excellent lagi.. dari aku masak tak jadi... baiklah serahkan kepada yang pakar ye.. hehehe.. tu takut masak tak jadi ke sebenarnya aku malas nak masak.. salah satulah tu ye.. hehehe

 Pehtu petangnya pulak.. perut bernyanyi-nyanyi riang mintak diisi lagi... nak makan nasi tekak eksyen pulak... tak nak konon makan nasi.. nak jugak makan benda lain.. kebetulan pulak biras aku nak datang rumah... terkeluarlah idea cekodok jagung + daun kucai + udang (macamlah best sangat idea kau tukan.. cekodok je pun) ... aku tak letak bawang besar dah... sebab dah kira kategori meriah dah cekodok tu... bawang tu boleh guna masak benda lain.. hehehe.. dasar kedekutkan..

 Tada.... cekodok ku yang sudah siap... nampak tu udang seketul-seketul.. puas makankan.. akulah.. korang pandang je.. hehehe... letak dalam pinggan cantik sikit.. yang benonya petang tu abg ipar dan biras aku datang... tak tahu nak jamu apakan... nak masak berat2 dah petang pulak.. tu yang keluar idea cekodok ni.. alhamdulillah.. ada jugak rezeki untuk diorang.. dari aku hidang air bujang jekan.. ada gak benda nak makan sambil berborak-borak kosong.. ni dah lah borang kosong.. hidang pulak air kosong.. tak baik tau.. orang kata tetamu ni bawa rezeki untuk kita.. tak kita... orang yang ada dalam rumah kita.. mana tau untuk anak-anak dan suami kita.. kita tumpang sekakilah ye..  dah.. merepek lebih aku ni..

Pehtu hidang pulak dengan kuah kacang.. pergh.. memang kenalahkan.. sedap hingga menjilat jari... Aduhai.. pandang kuah kacang ni.. terasa lapar pulak perut ni.. cekodok ni pun sama jugaklah.. memanggil-mangil je.. petang ni nak buat lagilah.. 

Ok.. tu je citer setelah lama menyepi..baiklah aku berhenti dari aku terus merepek.. kang ntah apa-apa aku merepekkan...

babai..


nak Adventure sangatkan...

Salam...

Nak letak gambar uzair je.. yang konon nak adventure sangat.. macam-macam aksi dia buat dah.. ni imaginasi terbaru yang dia dapat...


 Uzair ni kan dia ada macam-macam idea tau.. ni salah satu yang dia baru dapat..

 Tengok kengkonon merempitlah sangat... sanggup amik kerusi basuh kain aku tu untuk jongketkan seat permainan ni..

 TAk bagi aku amik gambar dia lah tu...

 Santai jekan tgk tv... 
(abaikan keadaan rumah ye)

 Macam-macam style kan...

Ok.. tu je update untuk hari ni.. 

babai..


seafood terdampar.....

Salam... 

Erk... tajuk takder kaintan.. yang ada kaitan tu.. lauk pauk semuanya seafood

Rindu aku tak.. chewah.. apa yang nak dirindukan sangat pun kan.. hehehe.. bukan sesiapa pun.. Macamlah lama sangat tak update blog.. eh.. eh.. tapi semalam ada update blog.. terlupa pulak.. 

Sebenarnya dah lama aku tak tepek gambar makan-makan masak sendiri akukan.. Mood memasak tu ada.. Tapi nak mengupdate tu yang malas... nak update pasal masak.. tapi update pasal benda lain pulak.. 

Takper-takper.. memandangkan lagi beberapa jam je lagi nak lunch kan.. jomlah kita cuci mata dengan makanan dulu ye.. Macamlah masak-masak yang hebat sangatkan sampai nak tunjuk kat korang.. padahal benda senang je... sap.. sap... soi.. je korang buat..

 Sotong goreng kunyit...

 Ikan senangin masak kicap.. ni namanya masak orang malas.. korang tengoklah boleh aku masukkan karet kat masak kicap ni.. sebab aku malas dah nak masak sayur lain.. kira 2 dalam 1 lah kan.. senang.. tu pun potong karet godang-godang.. ok.. abaikan

 Set lunch masak sendiri ye..

 Ni ketam masak cili... tapi ni aku masak 2 minggu lepas tak silap.. kira sekali harung masuk dalam entry nilah ye..

ni untuk breakfast pagi sabtu lepas.. Sebab terliur tengok roti john lieyalatiff.. pagi tu terus aku teruja jugak nak buat.. pergh.. memang sedap.. untuk tekak akulah.. sebab aku sendiri yang masak.. hehehe.. haruslah pujikan.. 

(malam tadi mimpi mengerikan pasal anak aku.. aduhai... sampai sekarang aku terbayang-bayang keadaan mimpi tu.. satu malam aku dah tak leh tido lepas mimpi tu... aduhai.. harap hanya mainan tido jelah) 

ok.. sampai sini je ye.. nanti kita citer lagi..

Babai.

Keperluan yang diberikan...

Salam...

 Abaikan kabinet yang bersepah tu ye.. belum ada masa nak kemaskan..

Ni nak beritahu korang.. kat tempat aku dah sediakan kerusi untuk bergosip.. hehehe.. syuh... jangan heboh-heboh tau.. biar kita-kita je tau..
Korang kalau nak datang bergosip mehlah singgah kat tempat aku.. layanan istimewa punyer.. siap ada kerusi untuk duduk.. takkan patah pinggangnyer.. hehehe

ok.. update untuk hari ni..

babai...

Aku dah dapat... Gembira rasa hati...

Salam...

Gedikkan... mestilah gedik.. ni 1st time anak bersekolahkan.. Pastu 1st time jugak dapat kad macam ni dari Uzrei.. Rasa terharu sangat.. bila aku balik je dari keje dia pun terus keluarkan kad ni dari bag sekolah dia.. Tapi yang kelakarnya, dia bukan ucap selamat hari ibu.. yang dia ucap " Selamat hari jadi mama " Mula2 aku tak layan pun bila dia cakap macam tu.. Tapi bila aku toleh je, aku terus terpandang kad kat tangan dia.. Buka dalam ada tulis selamat hari ibu...

hehehe.. kelakarkan.. yelah yang uzrei tahu hanya hari jadi.. Tak pulak aku dedahkan ke hari ibu..

Mehlah layan gambar kat bawah...

 Nilah kad dia.. Gambar ni uzrei yang tampal.. tu katanyalahkan..

 Gedik tau budak dua orang ni.. aku suruh kebawahkan kad tu.. boleh pulak taknak.. dorang kata taknak bagi tunjuk muka.. malu sebab tak mandi lagi.. kata doranglah...

 Tulisan dalam ni bukanlah uzrei yang tulis.. tapi ustazah dia yang tuliskan...
Terima kasih ustazah.. ajar anak saya...

 Last... Tetap tak nak tunjukkan muka dia jugak.. mengada-ngada tau...

Tapi pagi ni dah kena marah dengan aku.. Sebab dia tamak nak air kotak sampai dua x nak bagi adik dia satu.. Dan lepas tu jugak.. aku sedih masa dia g masuk kat pintu sekolah dia.. tulahkan mak.. lepas marah kaw.. kaw... pastu sedih pulak.. mak mana yang sampai hatikan.. 

Ok.. taknak emo banyak-banyak.. sebab asyik teringat dia pulak... 

babai.

tak tahu dah nak letak apa.. asal ada jelah ye..

Salam..

 jom bersilat

 Ucu jom tengok uzair bersenam

 Aduh penatlah...

 kat sini ada jual kucing..

 eh.. apa kat sana tu.. sakit kepala dibuatnya

 uzair.. tu mama kat sana...

 Dan jom kita pulang... sudah puas rasanya bermain satu hari disini.. 


ok.. babai..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...