Percutian keluarga.

Salam....

Lagi sekali citer basi yang dah lembik.. nak kata rupa tapai pun dah takder.. hahaha... melampau betul gelarankan sampai tapai pun masuk sekali dalam citer ni. Ni kisahnya last day 2012. Kitorang sefamily pergi melepak kat Port Dickson secara berjemaah.. wah.. berjemaah ye.

Adalah dalam 5/6 family yang join yang terdiri dari adik-beradik dan anak-anak buah aku. Kitorang sewa rumah kat Glory Beach resort. Nak sewa yang kat sebelah Glory beach Resort tu tak sanggup mak.. Tu nanti cuti-cuti anak-beranak nantilah... 

seperti biasa aku malas nak citer panjang.. tengok jelah gambar yang banyak kat bawah ni ye..



kalau dah sampai tepi pantai dah tentulah aktiviti utaman main pasirkan... 

Biarkan dorang bergembira... 
ni adalah 1st time dorang mandi air masin. sebelum ni hanya sungai dan kolam je..
sampai2 je dorang macam pelik je.. sekejap je celup diri kat air masin ni.
lepas tu dah taknak.. hehehe.. sebab asyik tertelan air masin je..

kena bagi Usyair darwisy ni lena.. sebab aku ada misi yang harus diteruskan.. 
hahaha.. misi konon... poyo jekan...

Inilah misi aku.
dah lama teringin nak naik banana boats.. baru lah berkesempatan.. 
punyalah lama tak melepak kat Port Dickson.. rasanya dah 7 tahun aku tak ke Port Dickson.
Dulu zaman bujang kemain lagi.. pantang ada masa lapang.. berdesup ke Port Dickson... 

Nampak je happy tu.. sebenarnya hati berdebar-debar sebab takut dorang terbalikkan masa kat tengah-tengah air nanti. memang cuaklah.. tapi seronoklah.. dah lah tak reti berenang.. tapi sebab nak merasa naik bendalah ni.. tabahkan jugaklah hati... 

ni en. suami yang amikkan gambar... jauh nun disana pun aku tetap masih melambai... melambai suami yang jauh di tepian pantai.. hehehe... 

Lepas dah berpenat mandi-manda di pantai.. kitorang pun check in di Glory Beach Resort.
Gambar dalam rumah takdo.. tak teringat pun nak amik gambar dalam rumah. 
Petang2 macam ni kitorang melepak kat luar tu. ada macal hall besar disediakan untuk Barbeque.
Sementara nak berbarbeque.. kitorang pun bercerita-ceriti... 
nak join orang mandi pool ramai pulak umatnya.. lelagi ada umat yang mandi pakai seksi meksi..
tak sanggup mata nak memandang.. hehehe... tapi pandang jugaklahkan.

Malam pun menjelang.. mulakan aktiviti barbeque sampai kenyang...
ayam dan kambing perapan yang sedang dibakar..

Ada jugak yang sedang mengoreng nugget juga...
memang macam-macam makanan yang ada... 
sampai tak tahu mana nak makan dululah...

Tukang pemerhati dan menunggu makanan... 
Gambar adalah blur.. guna henpon jekan... macam nilah gayanya..

Antara makanan yang aku amik malam tu..
Kambing.. emmmbekkkkk.....
sampai 4 jenis sos aku bedal..
lepas makan merasalah tintong....

Esoknya masa untuk check out pulak.. memasing dah siap... Usyair Darwisy dah macam gegirl pulak.. hehehe... tu akulah punya hal... nasib sarung stokin askar...

lepas check out kitorang singgah sebenar kat muzium tentera darat...
sekejap je pun singgah...

Anak-anak teruja tengok payung terjun comel-comel tu.. tapi uzair tak teruja pun... 

Adik aku yang poyo... konon nak ikut aksi Agong dalam gambar ni....

gambar candid en. suami..
en. suami memang suka masuk tempat2 macam ni.. konon mengimbas kenangan dia masa wataniah dululah.. 
tapi dah pencen.. hehehe.. sebab dah jadi robocop kan.. dalam badan ada besi.. 


Last  sekali...
Selamat tinggal Port Dickson...
Lain kali datang lagi ye... 

Sekian..

babai..


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

6 comments:

  1. best nya g PD...dah lama x ke sana..

    ReplyDelete
  2. fuuhh best kak..piknik, bbq...mmg syok leeeee...

    kak, seumur lieya tak penah lagi naik banana boat tuuu..takut hahaahahaha...kire respek le sbb akak berani...

    alah akak ni...teliur kite tgk kambing tuu..dah le tu peberet kite!

    ReplyDelete
  3. Memang seronok bercuti beramai2 dengan ahli keluarga. :)

    ReplyDelete
  4. lama giler tak pegi PD

    pehh... siap angkut buaian tu...

    kawe sumpah tak brani sampai skang naik banana boat tu sebab tak tahan nak telan air masin

    ReplyDelete
  5. happy family...lama tak tengok kak ratu n family :)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...