Roti lapis bakar berkeju

Salam..

Alhamdulillah.. masih berada ni ramadhan yang ke sembilan.. Semoga diberi kekuatan untuk hari ni menjalani puasa pada hari ni. Semalam ada beberapa permintaan untuk resepi Roti lapis bakar untuk entry yang INI.
Terima kasih pada yang meminta resepi yang tak seberapa ini. mehlah aku tunaikan permintaan korang.

Roti lapis bakar berkeju..
jangan dagu yang berlapis lepas makan roti bakar ni sudah..
wahaha... mau menangis.. sebab baju raya tak muat.

Bahan untuk inti
4 keping daging burger (dihancurkan) @ daging kisar
8 kuntum cendawan butang segar
2 biji kentang
1 sudu besar rempah kari @ pes tomyam
1 biji bawang besar, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dicincang
1/2 inci halia, dicincang

Bahan penting
10 keping roti
6 biji telur
230 ml susu fresh milk
Serbuk lada hitam secukupnya
1 cawan parutan keji cheddar

Caranya

Inti ~ Panakan minyak, masukkan bawang merah, putih, halia. tumis sampai naik bau. masukkan rempah kari@ pes tomyam. kemudian masukkan daging burger @ daging kisar  tumis hingga naik minyak. masukkan kentang dan cendawan butang. tambah air kalau rasa perlu. dan masak sehingga kering.
Untuk buat lapisan roti ~ Lapiskan roti dalam loyang @ pemangang ajaib. bancuh telur dengan susu fresh milk. kacau hingga sebati. dan curahkan ke atas roti diikuti dengan inti yang siap dimasak. dan tambah parutan keju pada setiap lapis roti dan inti tadi. ulang untuk lapisan berikutnya sehingga selesai.
Jika ada lebihan cheese tadi bolehlah letak diatas sekali. Bakar sehingga keemasan atau mengikut selera anda.. ada suka garing, ada suka lembab-lembab sikit. Terpulang.
Selamat mencuba ya.... sedap dimakan dengan sos dan mayonis. tapi tak leh diamalkan selalu.. bertambah lemak kiri kanan... kang tak muat baju raya lak.

Babai..

Sekian.

Nor Aishah
http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/

 

16 comments:

  1. lain dr yg lain.. masak guna pemangang ajaib ker?? wahh ajaib sungguh resepi ni.. hihihihihi....

    ReplyDelete
  2. Nanti boleh la try nanti buat berbuka best ni..

    ReplyDelete
  3. alahai ...dalam hati rase nak cuba buat ni ..tapi on diet memang tak boley la....takut baju raya ta muattttttttttt ...huhuhu

    ReplyDelete
  4. sedapnyerrrr...
    dah la tengah posa... T__T

    ReplyDelete
  5. Lepas makan ni, kena rajin kunyah chewing gum la...senaman muka...nak elak dagu berlapis! wakakakakaka

    ReplyDelete
  6. uuuu...mengancam ni..kanak2 tentu suka..diaorg x kisah kembang kiri kanan..hihi..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. assalam..
    wow.. berselera nampak roti lapis keju ni.. sedap sangat.. nanti nak try gak lah.. tq..

    ReplyDelete
  8. memang tergoda melihatnya...
    tq share resepi...

    ReplyDelete
  9. Harus nak kena cuba ni tapi kena buat dlm kuantiti keciklah.

    ReplyDelete
  10. boleh CUBA ni....sedap nmpak

    ReplyDelete
  11. Uuuiii sedapnye.... boleh coba.. :-)

    ReplyDelete
  12. kak! menarik betul la kak...pandai ko olah resepi kak....nampak mcm ala2 lagsania kan...

    lieya dah salin resepi...nanti boleh buat buat bekal2 anak2 sekolah ke minum petang ke kan....

    ReplyDelete
  13. nmpk best jer..
    cm sonang plak tgk bahan tu..
    org bujang pn leh wat nie..
    hehe..
    thanx share:)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...