Mula datang dah...

Salam..

Sejak dua menjak ni.. dapur rumah aku memang dah lama tak berasap.. dekat sebulan lebih jugaklah tak berasap.. kesian anak-anak dan en. suami. Asyik makan makanan dari airtangan orang lain je. Kalau aku masak pun. hanya masak nasi je. Bukan malas cuma badan tak berapa larat nak merajinkan diri.. eh... bunyi macam malas jugak lah tukan...

Jadinya hari khamis tu aku dah mula datang mood rajin sikit.. mood tu datang pun nak tak nak je.. tapi sebab aku sekarang makan pun sikit je.. tak macam dulu.. boleh hadap sepinggan dua nasi.. Ni nak pandang nasi pun aku tengok lain macam je.. hehe..

Bila mood tu dah mari sikit-sikit. dalam kepala terus dapat idea balik keje nanti nak masak mee udanglah... Tapi tekak tak lalu nak makan mee pulak.. Jadi tukar kepada bihun... yang penting dapat masuk perutkan... Taklah asyik sendawa angin je..... sebab tak makan...

Ha nilah bihun udang.. setelah siap dimasak dengan jiwa yang ikhlas..
sebab lapokan...
tapi yang penting.. anak-anak dan en. suami makan dengan berseleranya...
Alhamdulillah.. harap lepas ni mood rajin ni sentiasa mari jelah...

korang nak resepi mee udang ni.. boleh click kat sini MEE UDANG

ok.. sekian

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Jom mengemas...

Salam..

Jom mengemas halaman rumah.

 Laju je menonong berjalan...

 Aku tak faham kenapa satu gambar ni je yang ada salji. aku rasa aku tak setting pun kat phone.. tetiba aku nak buat entry ni.. ada salji lak.. 

 Bersih tak halaman rumah ni mama... 
ntah apa yang dikautnyer tu... 
sebab aku dah bersihkan sehari sebelum ni...

Poyo je gayanya..
Usyair Darwisy ni kalau aku amik benda ni dari dia..
boleh mengamuk sakan..
kene pujuk leklok.. baru lah dapat simpan...

ok.. moh sambung keroje.

sekian

babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Perjalanan...

Salam...

Perjalanan lah sangat kan... dengan tak berupdate blognyer.. tetiba update nak citer perjalanan.. aku buat masa sekarang ni malas sikit nak update blog.. visitor pun makin merundum dah.. hahaha.. tapi takperlahkan... dah salah sendiri yang malas nak update.. ni sebab terdatang angin rajin nak update pun sebab Nuffnang bagi iklan berbayar Laneige kat atas tu.. Korang kalau rajin clicklah kat iklan tu.. hehehe.. nak tambah pendapatan untuk bersalin nanti.. mih..mih..mih

Ok ni nak citer pasal perjalanan.. Semalam aku cuti sehari sebab nak hantar abah aku pergi umrah. Patutnya abah aku naik flight pukul 7 malam.. tetiba aku tengah service kete adik aku call flight abah aku diawalkan.. kena ada kat sana jam 12.30.. Panas vontot aku kat pusat services semalam sebab takut lambat siap.. Alhamdulillah jam 11.30 dah siap services.. aku call adik aku sebab nak katakan aku terus gerak ke KLIA lah.. malas nak patah balik rumah kakak aku.

Dalam perjalanan menjelang nak ke KLIA kiri kanan tepi jalan highway ada kebakaran.. Sampai bomba dah standby berkampung kat situ. siap pasang khemah bagai. 

Nilah salah kat tepi highway semalam.. ni kat highway Elite.

Dalam perjalanan semalam jugak ni..
si Darwisy masa ni nak tido sangat dah.. sebab dari jam 6 pagi dah bangun sebab nak bawa dia g klinik dulu untuk amik injection setahun setengah. Masa on the way ke KLIA boleh lak sambil tido dia masukkan tangan dalam cawan. bila aku tarik dia sedar pulak.. Punca-punca ada cawan dalam kereta sebab sehari sebelum tu abah aku nak makan ubat. dia malas nak kuar dari kete.. jadinya aku bawa je cawan dan air sekali.. sekali bila dah balik aku lupa nak keluarkan.. hehehe.. hari ni pun cawan tu masih dalam kete.

Dah sampai KLIA.. masa kat ruang menunggu...
aku memang selekeh gilelah.. sebab budget lepas service kete memang nak tukar baju kat rumah kakak aku.. sekali tak sempat jadinya.. mehlah kite jadi ahso je pergi klia.. dengan berseliper jepun.

abah aku ngan cicitnyer...

berfoto gedik ngan abah aku..
anak-anak, menantu dan cucu cicit yang over.. hahahaha..

Lagi sekali ...

Masa ni abah aku dah nak masuk ke balai berlepas..
comel je abah masa ni.. padahal dia bukan nampak kami kat atas tu..
tapi dia main lambai-lambai je...
jap-jap dia lambai... tapi memang terasa sayu sangat... 

Semoga abah menjalani ibadah umrah dengan tenang sepanjang disana nanti.
dan semoga juga abah kuat dan diberi kesihatan yang baik kat sana...

sekian kisah perjalanan..

babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Peace

Salam


Percubaan pak lebai membuat peace..

 Hai..

 Satu...
Berjaya satu jari je..

Kedua..
satu jari jugak peace nyer..
penat mama ajar tau..

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Abah comel

Salam..

Semalam bawa abah comel pergi buat cermin mata baru. Yang lama dah tak leh pakai lagi.. sebabkan abah nak pergi umrah 14/2/2014 nanti.. Kenelah jugak buat cermin mata baru untuk memudahkan kerja abah kat sana nanti.

Abah yang sangat comel..
lelagi pakai bingkai yang jenis macam Kpop sikit..
hehehe..
Tapi x derlah bingkai ni.. kitorang ambil yang besar sikit. sebab bingkai ni macam menganggu pandangan sikit.

"Abah"
Anak-anak abah semua sayangkan abah.
Insya Allah.. Kami akan jaga abah macam mana kami jaga Arwah mak dulu.
Moga hati kami adik beradik sentiasa bersih selalu.
taknak bermasam muka sesama sendiri.
Semoga kasih sayang kami adik beradik takkan pernah berubah.

Sekian

babai.



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

sepanjang january 2014

Salam..

Lama betul aku mencutikan diri dari dunia blog ni.. macam-macam hal yang jadi awal tahun 2014 ni.. takderlah hal yang membebankan... Hanya perkara kehidupan seharian je...

Pertengahan bulan satu aku dapat berita akan bertambah ahli baru dalam keluarga ku.. hehehe... bukan menerima menantu.. tapi si Usyair Darwisy akan dapat adik baru.. tu yang aku lembik je nak mengupdate blog..

Membotol... sambil tangan mengentel.. hehehe... 

bulan satu jugak sibuk uruskan anak-anak nak sekolah.. Si abang (Uzrei Danial) memang senang nak uruskan.. sesekali liat tu ada jugak.. Tapi Si adik (Uzair Danish) sampai ke hari ni 5/2/14 masih liat nak kesekolah.. Kalau senang nak kesekolah pun bila papa dia yang hantar.. masalahnya... papanya jam 4 pagi dah keluar rumah... rasanya aku nak kene clone lagi satulah en. suami .. huhuhu.. hari-hari aku nak kene bersilat dengan dia.. paling susah bab nak mandikan dia... hadoi... dah lah aku dengan lembik ni... tapi gagahkan jugaklah... Dalam bulan satu ni jugak lah kesihatan anak-anak merundum.. kesian anak-anak aku.. dah sorang.. sorang sakit... yang tak tahan bila sampai tak nak makan... lembik je dorang terbaring..

Si uzrei paling lama tak sihat... 

dalam bulan satu jugak dapat call dari anak buah abah aku eksiden... tak teruk sangat.. cuma luka kat tangan..dalam tak teruk tu kene operate jugaklah abah aku... dari ari jumaat (24/1/14) abah aku kene masuk spital sungai buloh dan kene puasa sebab nak operate.. tapi sampai hari selasa tak jugak operate. 12 jam puasa lepas tu kene stop puasa balik.. lepas makan sambung balik puasa.. kesian abah aku.. agaknya ramai sangat kot patient kat dalam ot room tu.. Sampai satu tahap anak buah aku call PPUM kata nak transfer abah aku kesana.. Dan PPUM call Spital sungai buloh tanya ada patient nak transfer ke PPUM sebab tak operate lagi. Dan-danlah hari selasa (28/1/14) spital sg buloh terus buat operate jam 12 tgh hari. Kalau tak buat havoc aku rasa tak operate kot.. huhuhu..

Keadaan tangan abah aku yang cedera... tapi yang realnyer aku tak tengok.. 

Ni belas tapak tangan... memang tembus lukanya.. cuma tak nampaklah berlubang sebab dah bengkak..
3 urat putus.. operate sebab doc kata nak sambung balik urat tu... 

Dalam hari yang sama jumaat (24/1/14) en. suami terima call dari BIL Atuk en. suami dah pergi menghadap ilahi... Semoga Arwah atuk ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh dan beriman. Insya Allah.

Banyak lagi kisah bulan januari ni.. Tapi ni je yang aku boleh kongsi kat sini...

Oklah..

Sekian

Babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...