Lempeng kelapa..

Salam...

Last week teringin sangat nak makan lempeng kelapa. Ajak en. suami pergi breakfast kat simpang 4 teluk pulai. En. suami taknak pulak.. Yelah.. sape pun malas nak pergikan.. Bukan dekat dari rumah pun dah setengah jam... buat letih badan jekan.

Baiklah godak-godak tepung dalam mangkuk pehtu terus canaikan atas kuali... sama jugak masanyer.. atau tak sampai setengah jam dah boleh makan anak-beranak.. jimat masa dan tenaga.. tapi tenaga en. suami jelah jimat.. tenaga aku tetap banyak gak keluar.. hehe..

Dan terhasillah lempeng kelapa yang garing peberet aku.. yummy..
makan pulak dengan sambal ikan bilis... memang meletuplah...
teringat kat arwah mak... arwah mak memang suka makan lempeng kelapa ni..
lagi garing lagi sedap...
aku kalau buat lempeng kelapa memang sengaja hangitkan sikit.. terasa pahit-pahit gitu.
minum lak dengan kopi panas. Tapi stock kopi dah habis pulak..
blasah jelah dengan teh ais...

Resepi lempeng kelapa
(gedikkan nak bagi resepi lempeng kelapa)
1/2 biji kelapa parut
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 cawan air

cara-caranya
Satukan tepung, garam, air dan gaulkan hingga sebati * air kalau kurang sila tambah
bila semua dah sebati masukkan pula kelapa. adunan dah cantik..
bolehlah dicanaikan diatas kuali leper. agak-agak dah masak.. bolehlah dihidang dan dimakan seisi keluarga.

Sekian resepi lempeng simple dari aku

babai

~ dah berapa kali terlajak type lempeng pisang.. nampak gayanya kene buat lempeng pisang hujung minggu ni..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

8 comments:

  1. Dah dapat lempeng kelapa sebenarnya teringin lempeng pisang pulak tu Sya..

    Lempeng cecah sambal tumis memang sedap. Kakak pun suka:)

    ReplyDelete
  2. fuhhhhhh ini memang terbaik kak !
    tak sedar je 2-3 keping balun hihi

    ReplyDelete
  3. lempeng evergreen.. dah lama lama tak makan memang sedap..

    ReplyDelete
  4. canaikan agak nipis sikit..pas tu dgn garing-garingnya tu..dgn yg hangus2 sikit tu...adoiii lah hai..benda kemain senang nak buat tp malas tu kemain tinggi bertingkek-tingkek...sib baik ko jauh..kalau dekat akk bawak pinggan jer mintak kat umah ko...

    ReplyDelete
  5. manade gedik letak resipi, berguna gak la untuk org tak tau mcm kita hehe. mmg lempeng lawannya sambal ikan bilis, sedap!

    ReplyDelete
  6. bahagia kan tengok anak-beranak kenyang dengan hasil tangan sendiri... terus hilang penat :)

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...