Salam..
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Minggu lepas 21/4/14 ada check up kat klinik kesihatan. sekali kene minum air gula sebab ada history pregnant sebelum ni. Jadinya dari malam kene puasa sampailah jam 8 pagi selepas amik darah barullah minum air gula. Sekali bacaan darah sebelum minum air gula tu tinggi dari limit. sepatutnya kene kurang dari 5.5mmol/L tapi masa puasa pun dah 5.9mmol/L. terus down aku dibuatnya.. yelah aku cuma tak sanggup nak berulang ke klinik.. Manalah tau aku tak leh control terlebih makan manis tanpa sedar.. maunya kene heret ke hospital. Lepas tu amik kelas suntik insulin pulak.. Semua tu dah alami masa 2nd pregnant dulu. Kalau boleh yang ke empat ni aku tak nak kene macam tu jugak.
tengok ni.. tulisan merah lagi 5.9mmol/L tu.. huhu
yang geramnya.. lepas minum air gula... bacaan cantik sikitlah 7.3mmol/L je.
mana tak down dibuatnya...
Terus kene jumpa doctor.. Doctor kata kene buat BSP jugak.. Sekali doctor bagi tarikh hari ni 28/4/14.
Kali ni aku memang betul-betul kena control diet aku. tak boleh nak buat sambil lewa. Orang kata makan peria atau buat jus peria + epal hijau.. Gigih aku malam tadi buat Jus peria + Epal hijau.. risau punya pasal.. takut bacaan merah lagi.. yang menangis nanti aku jugakkan... Semalam makan nasi memang bersukatlah.. setengah senduk je.. dan lebihkan sayur hijau... sayur yang ada karbo tinggi pun aku dah kurangkan... memang dada tu berdebar2lah... padahal pagi tadi sebelum aku ke klinik aku dah cek sendiri kat rumah... bacaan memang mendukacitakan... kat Accu-Check memang dah keluar 6.0.. masa tu aduhai.. berdoa pada tuhan memang tak henti2lah... moga dalam masa satu jam tu.. akan ada keajaiban...
Bila nurse panggil je untuk amik ujian darah... nafas tu dah laju macam air paip... dup... dap.. dup.. dap.. tak henti2.. kang tak memasal darah tinggi lak...
Alhamdulillah...
bila nurse cucuk tangan.. dan amik darah...
inilah bacaan yang keluar 5.5mmol/L walaupun pada tahap cukup-cukup makan.. sekurang-kurangnya takderlah ditulis dengan pen merah kat situ...
Disebabkan kene buat BSP 4 kali sehari untuk hari ni...
dah lama alat ni tersimpan dalam cabinet umah... Hari ni dia kembali berkhidmat untuk aku...
kenelah jadi nurse untuk diri sendiri jugakkan.. cucuklah diri sendiri sambil tutup mata.. hehehe...
sikit pun tetap rasa sakit jugak...
Bacaan untuk jam 10 pagi ni pun masih normal.. alhamdulillah... nak tunggu result untuk jam 2.30 ptg dan 8 malam nanti pulak... Semoga masih cantiklah... makan ni pun kene bersukat.. nak amik nasi memang takut sangat ni.. tapi tak makan lapar pulak....
ok...
sekian
babai.
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Saya pun masa cek up 2 bulan lepas kena minum air gula. Dapat result nurse kata dah hampir border utk kencing manis... Memang makan kena sukat.. Dah le memang suka benda manis2 ni waktu peknen...
ReplyDeleteSya mula sekarang cuba makan guna brown rice. Kawan cina kakak dia macam Sya setiap kali pregnant mesti kena diabetic. Tapi dpt solution dia makan brown-rice betul dpt kurang. Maklumlah makin besar baby kat perut lagilah kerap lapar...
ReplyDeleteHarap Sya dpt bertahan dan jgn sampai mudharat...
take care kak
ReplyDeleteHati2 pemakanan..tp tu lah kan..time2 preggy ni..tekak ni sumbat jer lah apa..telannn jer...
ReplyDelete