Rezeki

Salam....

Alhamdulillah... murah rezeki betul minggu lepas... harap hari-hari mendatang pun akan murah rezekilah hendaknya.. hehehe... Kepada yang pemurah hati memberi macam-macam kat aku minggu lepas semoga rezeki korang bertambah makin meriah.

Minggu lepas anak buah aku pergi melaka.. Jadinya aku secara paksaan suruh dia belikan pisang salai.. memang paksaan pun.. tak memasal anak buah aku bertanya kat setiap kedai yang dia singgah.. Nasib jugak rezeki aku ada dapatlah merasa pisang salai yang sedap kebabo ni.. hehe... Bersungguh anak buah aku carikan pisang salai ni...

Ucu sayang kamulah... 

Ada sesetengah orang.. makan macam tu je pisang salai ni.. tapi aku lebih suka goreng dengan tepung... rasa lebih nikmat gitu... Sebab arwah mak aku pun suka makan yang jenis bergoreng ni... Sedap sangat.. manis+masin+ranggup... pergh.. minum lak dengan kopi pekat.. Terlupa terus kene buat BSP kat klinik ibu hamil... Tapi waktu aku mengoreng pisang salai ni.. memang tak der appointment dengan Klinik.. jadinya boleh blasah sesuka hati.. hari ni mula balik control diet.. sehari culas takper..

Isnin baru ni sampai lak parcel dari sabah.. Kawan en. suami bagi macam-macam kat anak-anak aku... Alhamdulillah.. rezeki anak-anak jugak... ada 2 biji bag legoland, 2 helai baju hujan, 3 helai baju legoland, keychain legoland siap ada ukiran nama Uzrei & Uzair dan juga 2 buah buku cerita. Murah hati betul kawan en. suami.. Semoga dimurahkan rezeki untuknya juga.

Walaupun tak pernah sampai ke Legoland.. merasa jugak anak-anak aku barang-barang dari legoland... Insya Allah ada rezeki lebih nanti akan sampai juga kami anak beranak ke Legoland... hehehe


Semoga rezeki mereka semakin bertambah...

Oklah.

Sekian 

Babai.







Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

7 comments:

  1. e'eh kak pes time tgk pisang salai goreng tepung....mcm menarik lah...

    ReplyDelete
  2. seronoknya..salam kenal dari saya

    http://teacherbasariah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sama la 1st time nengok pisang salai digoreng tepung. macam tempura nampaknya. alhamdulillah murah rezeki awak ye..

    ReplyDelete
  4. cuba buat buah kurma goreng... pon sodap

    ReplyDelete
  5. Sedappppnya lah pisang salaiii..susah betul nak jumpa..kat melake jer ke ader Kebaya..susah sgttt nak cari..

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan pisang salai
    ikan keli salai selalu hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...