Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Penat.. padat semuanyalah...

Salam...

Sabtu dan ahad lepas adalah waktu yang pack sangat bagi aku. Bangun awal pagi kemas rumah... nasib malam tu dah kemas rumah kaw.. kaw.. cuma pagi tu sapu-sapu sikit sampah dan bersihkan pingan kotor kat sink dan lap-lap kotoran di dapur... wah detail pulak penceritaan mengemas rumahkan. hehehe...

Lepas dah siap kemas sikit-sikit segala bagai.. aku pun bersiap dalam jam 10 pagi macam tu. sebab nak pergi kenduri cukur jambul anak kawan kat Felda Bukit Cherakah. Siap jam 11 pagi dah siap touch up.. touch up muka dengan bedak berdesup amik kakak aku dan teruslah ke Felda Bukit Cherakah. Sampai sana dalam jam 11.40 pagi. Orang pun tengah masak-masak lagi tapi kitorang dah sampai. Tuan rumah pun takder.. Katanya omaknyo pergi beli kek birthday anaknya. Kitorang plan nak tunggu tuan rumah. Sekali tunggu dah dekat 12.30 tengah hari pun tak muncul lagi. Tak boleh jadi ada lagi tempat nak pergi. Terus minta izin dengan emak tuan rumah. Hulur apa patut pehtu terus blah.

Tempat kedua pergi ke Sophie Paris PJ. Sebab nak registerkan New Member dan nak tambah-tambah beli barang. Alhamdulillah sejak buat Sophie Paris ni ada gak duit side income. Bolehlah tambah-tambah beli pampers untuk anak-anak. Dari tak buat apakan baiklah aku buat benda ni.. korang aku nak promote jap ye. jangan marah pulak ye.. hehehe... sebab dah dua orang jadi new member sophie paris ni melalui blog kesayangan aku ni.. Alhamdulillah.

ni bonus January dari Sophie Paris. Alhamdulillah dah selamat masuk akaun.

ni bonus untuk Febuary.. Alhamdulillah dah selamat masuk dalam akaun bank jugak. 
Bukan nak menunjuk just nak kongsi dengan tawan-tawan ite... ecewah.. manja pulakkan.

ni lak bonus setakat hari ni... tp sebab sale aku tak lebih dari rm150. tu yang Bonus canceled huhuhu. 
takper ada lagi 29 hari untuk buat sale. 
Tapi Kalau korang nak cuci mata boleh tengok kat link aku bagi ni.. hehehe.. promot lagi tu.. huehuehue...
masuklah ye cuci2 mata.. ihiks....

Korang berminat call/whatsapp/email aku ye.
no tel dan email ada di bawah sekali.

Lepas dah pergi Sophie Paris Pj. Walaupun dah melantak kat rumah kenduri di Felda Bukit Cherakah. Perut tetaplah lapar ya amat. Jadinya ke Empire Subanglah kitorang. Mencari-cari tempat makan yang enak-enak.. wah dah tukar slange pulakkan... Enak-enak saja jadinya singgahlah kitorang ke Ole-Ole Bali di Empire Subang. Masuk je dalam cari tempat yang stragegik untuk makan-makan santai. santailah sangat dengan 3 hero aku ni.. tragis je...

kalau amik gambar makan.. tak sah kalau tak ada trademark tissue kan
Ole-Ole Bali
Selamat Makan..
Memang nak makan pun kan.. hehehe

Sebelum makan.. kita tengok keadaan persekitaran dulu ye.. 
wah.. kemain cantik lagi tempat ni... memang rasa kat balilah.

Adik aku yang tembam... bam.. bam...
jangan mare ye... hehehe..

Kakak ku comel yang mengasuh 3 hero ku

Aku dan hero sulong dan anak buah... santai menanti makanan.

Barli Lime
Dapnyer....
rasa nak lagi... 

Makan kat bali tapi yang ordernyer chicken chop.. huh... 
tapi memang puas hatilah.. kekenyangan aku makan chicken chop ni.
rasa nak minta tapau je. sebab tak larat nak habiskan.

ni aku lupa nama dia. 
pun sedap gak.. 
sengkak perut.
besar betul portion dia. makan dua orang baru boleh habis.

kakak aku makan nasi campur.. tak sempat nak amik gambar. sebab tu yang sampai lambat jadinya haruslah makan-makan dulukan..

Lepas je makan kitorang terus berdesup balik rumah. Ahadnya pulak pagi2 lagi aku dah berdesup balik tanjong karang. sebab nak amik mak dan abah bawak ke klang. Nak uruskan dokumen-dokumen nikah adik aku tak lama lagi.

Oklah tu je citer hari ni

sekian 

babai.


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Matahari tengelam..

Salam 

Ahad (21/4/12) yang lepas aku ikut en. suami pergi Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sebab ada buat cerapan hilal (Tengok anak bulan) untuk pengakhiran Jamadil Awal dan masuknya Jamadil Akhir . Sambil en. suami buat cerapan hilal.. Bolehlah aku bawa dua hero tu jenjalan sambil tengok lotong. 

Layan jelah gambar2 yang ada kat bawah.. tak banyak pun gambarnya.. Gambar banyak dalam facebook je.. Gambar yang dalam ni pun yang ada kat dalam henpon aku je.. Jadilah buat kenangan kan.

 Adik aku yang berposing dengan di depan rumah api.. Sambil minum air.. rasa macam bersantai kat tepi rumah sendiri pulak ye..

 Dah lepak santai-santai.. perut pun dah rasa penuh terisi dengan makanan.. Boleh bawak hero2 tu pusing bukit melawati.. Ni uzrei tengah berusaha nak bagi lontong makan kacang panjang.. Kalau korang nak gi sini.. Baiklah stanby bawa kacang panjang siap2.. Sebab kat sini seikat kacang panjang yang dah siap dipotong2 tak sampai sejengkal harganya seringit.. Jual kacang panjang je kat bukit melawati ni pun dah banyak untung..

 Lotong ni.. mula-mula aku ingatkan tak boleh nak berjalan.. rupanya tu taktik dia je.. dia malas nak gerak jauh-jauh.. Tapi dia buat2 macam dia lumpuh. Jadinya orang tumpu kat dia jelah nak bagi makanan..

 Nampak tak kuatnya kasih sayang.. dialog lotong ni... " Ko ingat ko sorang je nak bergambar.. aku pun nak jugaklah.. Dapat masuk tangan pun jadilah" hehehehe

Yang kuning tu anak dia.. comei jekan..

 Masa ni dah dekat nak gelap.. Tetiba lotong ni datang kat belakang aku.. sambil dia tepuk bahu aku.. klu tepuk bahu tu dia nak minta makananlah.. Tapi kalau kita cakap dah habis... nanti terus dia pergi.. Kiranya ni macam lotong yang bersekolahlah.. dia faham apa kita cakap..
erk... mata aku ngan lotong tu macam sama pulakkan.

 Masa ni matahari dah tengelam pun.. tak sempat amik gambarnya... dapat tengok kemerahan langit pun cantik jugakkan...

Rumah api yang dah bercahaya..

 Kat atas ni diorang tengah setting alat untuk tengok anak bulan..

 ntah apa bacaan diorang.. tak faham aku.. 

 En. suami tengah nak amik gambar anak bulan... tapi tak berjaya..

 Sebenarnya.. masa ni boleh tengok dengan mata kasar anak bulan tu.. tapi kena pandang tepat2 ke sasaran tu.. sebab anak bulan tu dia punya garis adalah sehalus benang.. halus sangat.. 

 Keadaan kat tempat tengok anak bulan masa tu.. masa ni kitorang dah boleh naik tengok.. nilah 1st time aku tengok anak bulan dengan mata sendiri.. selalu tengok gambar.. memang rasa sangat Bersyukur..Disebalik tenangnya jiwa tengok matahari tengelam.. tengok anak bulan pun rasa macam.. wah.. bertuahnya...

Ps : Gambar anak bulan takdo.. camera henpon tak canggih... Malas nak upload dari camera godang...

ok.. babai

bergebang ke morib di pagi hari..

Salam...

Seminggu sebelum jatuhnya sabtu dan ahad. Kat peti surat rumah aku dapat notis dari TNB yang mengatakan dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang 21/4/12 bekalan elektrik terpaksa diberhentikan sementara. Sebab ada keje-keje pemasangan yang berkaitan akan dijalankan..

Dari dok lepak kat rumah.. aku pandang muka ko, ko pandang muka aku. En. Suami pun ajaklah ke morib bawak anak2 jenjalan sekali. Seawal jam 9 pagi dah keluar rumah nak ke morib.. Sampai sana dalam jam seploh pagi.. Takder benda menarik pun kat sana.. Bawa anak-anak main belon yang macam berpistol tu je.. bagi diorang happy sikit.. erk.. aku rasa happy banyak kotkan...

Tenggok jelah gambar kat bawah ni.. Semuanya gambar bebudak ni main belon je.. Sebab tak lama pun lepas sana.. Dalam 1 1/2 jam je.. Tetiba tak lama lepas tu hujan turun dengan lebatnya.. Terpaksa memasing masuk dalam ketekan... lepas tu baru fikir nak kemana...






 Apalah yang en. Suami aku tembak tu...

 Macam-macam aksi
 Uzair Danish yang ceria.. DAn si Uzrei Danial kengkonon macam nak tembak penjenayah.. aku ler tu..


 Masuk kete en. suami ajak pergi Bukit Jugra tempat dia selalu buat cerapan Hilal (tengok anak bulan) Aku ingatkan bukit jugra tu macam bukit melawati, Kuala selangor.. Sekali ko hamik.. Curamnya ya Allah tobatlah aku taknak naik dah.. Boleh aku nak termuntah dah masa tu.. Pehtu boleh aku cakap kat en suami. "kalau dapat buat tengok anak bulan kat sini jangan pergi dah"  pehtu dia jawab " haish... sesuka hati je.. Kalau pihak jabatan dah suruh nak buat camnerkan"

 pehtu masa nak turun bukti tu.. en. suami betul2 berhentikan kereta kat palang besi tu.. masa tu aduhai.. jantung aku rasa nak melompat keluar sebab takut sangat.. entah.. aku ni masih fobia dengan kenangan lama kot... kalau anak aku berdiri lama kat tepi tangga pun aku leh jerit suruh turun cepat.. inikan pulak tempat yang tinggi dan curam..

Tapikan memang scarylah.. bayangkan dah lah tepi lereng tu takder divider pehtu ada jirat cina lak.. sepanjang lereng tu aku boleh tengok curam yang tinggi sampai kat bawah. Tapi pada yang dah biasa tu.. mungkin dah anggap benda ni biasa jekan..

ok.. babai..

Lunch tadi...

Salam... 

Dah petang baru nak updatekan.. petang-petang macam ni barulah dapat membuahkan hasil. Bukan sebab sibuk dengan kerja.. Tapi sibuk dengan mata.. Lagi mengadap computer lagi cepat pulak mata tu nak lip (tido)..  

Ni cerita lunch tadi.. Orang sibuk gi cari makanan. Aku dengan Cik Ina (fasha@memon) dan kak noor sibuk pergi mencari ikan segar untuk dibawa pulang petang nanti. Nanti petang bolehlah masak santapan yang menyelerakan untuk seisi keluarga..

Saksikan aksi panas di sekitar kedai ikan segar pulau indah, Klang.

ikan-ikan segar yang baru naik dari laut... semuanya besar-besar..

Aku bersama sang sotong yang besar.. 

Dan juga bersama sang ketam..

Nak tau citer selanjutnya bolehlah melayari blog cik ina (fasha@memon) ye..tupun kalau dah updatelah.. sebab lebih detail kalau cik ina yang update.. aku ni kira update asal ada je.. hahaha.. dasar pemalaskan..

babai..


cerita - ceriti sabtu lepas

Salam.. 

Sabtu lepas aku balik kampung, sebelum tu singgah kejap kat Tesco Kuala Selangor nak beli barang basah untuk makan tengaharilah. Sebelum makan tengahari aku ngan anak buah aku lepak sarapan dulu kat satu kedai tepi tesco tu. Nama kedai makan tu tak pulak aku ingat.. aterr... dah genap 7 hari baru aku nak citerkan. 

Jom kita sarapan.. walaupun dah masuk lunch baru nak bersiarankan... Dasar malas...

Teh ais dan teh panas..  seiring sejalan..

Kuih bingka tepung, karipap, Cucur badak dan keria.. Sedap semuanya..

Nasi lemak RM 1.20 dengan telur mata.. Sedap nasi lemaknya sesuai pada sesiapa yang sukakan kepedasan.. 

lepas sarapan.. berdesup masuk tesco beli apa yang perlu lepas tu baliklah...
Tapi sebelum balik singgah sebentar beli waffle peanut + kacang.. paberet aku tu.. Tapi takder gambar sebab ada kejadian yang tak dapat dielakkan berlaku masa tu.. tak fikir apa dah.. huhuhuhu

Si uzair tengah melayan biskut munchy dia.. minta seketul pun tak bagi..
Mama yang beli tau...

Sampai rumah.. masak-masak dan masak seperti entry yang lepaslah ye.. ada aktiviti lain pulak..

Asalnya aku nak tampal balik batu-batu kerongsang yang jatuh.. Sekali mak dan adik aku sekali join nak tampal jugak batu-batu diorang disamping nak mengilatkan kerongsang diorang tu...
Alahai aku lupa nak bagitau.. aku kilatkan kerongsang tu pakai quitic(betul ke ejaan aku ni) lebih senang pengilat kukulah.

Oklah tu jelah cerita merepek dari aku ni... 

Selamat bercuti hujung minggu... aku nak makan nasi ayam jap.. bai.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...