Tersalah minyak...

Salam..

Beberapa hari lepas masa aku tengah tengok-tengok buku sekolah uzrei Danial. En. suami pulak tolong tengok-tengokkan si Usyair Darwisy. Masa tu Usyair Darwisy baru lepas menyusu. Nak jadikan cerita tiba-tiba Usyair Darwisy muntah.. Bukan muntah berialah.. macam mana nak cakap ye. muntah sikit jelah tu pun hujung2 bibir je... owh.. senang citer macam muaklah.. susu tu keluar balik. harap korang faham... hahaha..

Bila Usyair Darwisy muak, En. suami pun cakap " sakit perut ke anak papa ni.... ma, kembung kot perut anak ni " wah... macam orang dulu-dulu lakkan... guna ayat "anak". hehehe... tapi en. suami memang macam orang dulu-dulu sikit sifatnya... 

Aku pulak bila dengar en. suami kata anak kembung perut... tanpa berlengah lagi.. sambil mata pandang Uzrei Danial buat kerja sekolah. tangan pulak pergi capai minyak kat tepi katil. Buka tutup terus sapu kat perut Usyair Darwisy. sebab capai minyak cepat-cepat nak sapu kat perut Usyair Darwisy adalah untuk bagi dia tido nyenyak dan malamnya jugak untuk bagi aku nyenyak.. hahahaha.. overkan maknyer.. sebab nak tido nyenyak punya pasal. capai minyak pun tak pandangkan.

ok... sambung balik citer capai minyak dan sapu ke perut Usyair Darwisy. Bila dah capai aku pun teruslah sapu ke perut Usyair Darwisy. bila sapu apesallah aku rasa melekit je minyak ni. Tuang lagi kat tangan tapi melekit jugak lagi. Apesallah dengan minyak nikan... melekit je.. nape tak licin je sapu kat perut Darwisy ni. Tiba-tiba en. suami bersuara... wah bersuara lah pulakkan... macam kisah kanak-kanak pulak. En. suami kata "ma, apesal minyak ni bau wangi macam gula-gula je, cuba tengok minyak tu, minyak apa yang ma sapu tu" 

Bila aku tengok minyak tu... aduhai.. terus angkat Usyair Darwisy ke toilet basuh balik perut dia. huhuhu... rupanya aku sapu ubat demam kat perut Usyair Darwisy.. alahai.... nasib en. suami perasan.. kalau tak dihurung semutlah perut Usyair Darwisy... 

minyak kembung perut Bebiku 
tapi yang aku sapu ubat Fepril yang disebelah tu..
Sian Usyair Darwisy jadi mangsa keadaan..

oklah.. moh sambung keje.

Sekian 

Babai.


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

12/3/13 Hari lahir Uzrei Danial

Salam...

Semalam hari lahir anak sulong aku, Uzrei Danial Bin Mohd Azhari yang ke 6 tahun. Tak sambut meriah mana pun. Just belikan kek seketul tak tiup apa pun, cuma amik gambar dia je dengan kek tu. Untuk bagi dia happy.

Kek biasa je.
nak beli kek yang gambar kartun Bola kampung.
tanya kedai tu kek tu jenis macam mana.
sekali dia cakap yang jenis biasa je.
tapi tengok harga dah dekat rm70.
mak ai... baiklah beli kek coklat ni dari kek tu. 
harga pun lebih murah dari kek yang ada tampal kartun..sekurang2nya sedap sikit rasanya.

Uzrei DAnial tengah potong kek.
kat penjuru rumah je.
potong kek kat rumah maklong.. hehehe..
tak nyempat2 nak balik rumah. tapi best jugak makan ramai2.

Uzair pun nak gak potong kek. 
bagi canlahkan..

oklah.. nak wish sikit

Uzrei Danial kalau satu hari nanti baca blog mama ni,
Mama harap Uzrei menjadi anak yang soleh,
Abang yang penyayang kepada adik-adik,
Dapat memberikan contoh yang baik kepada adik-adik nanti.
Mama dan Papa sayang sangat kat uzrei,
walaupun mama selalu marah-marah,
Mama bukan marah tak sayang, 
Tapi mama marah sebab nak beritahu apa yang Uzrei buat tu salah.

Oklah tu jelah wishnyer... 

Sekian,

Babai

Psst luahan hati : penatlah nak terangkan kat orang yang penting diri sendiri ni. dah terangkan banyak kali pun tak faham. nak senang dia je. aku ni dia tak fikir ke? rasa nak give up pun ada gak ni. tak pernah nak cari inisiatif sendiri langsung. Main pass macam tu je kat aku. dah ajar caranya berkali-kali tapi tetap ikut kepala sendiri.. Aku pulak yang nak cari2 jalan untuk memudahkan diri. Hadoiii... tolonglah, aku ni jenis tak suka sound orang. kang tersound tak tahan lak telinga tu. mengata lak blakang2 kata aku ni tak nak tolonglah, susahlah, padahal dah banyak aku tolong ni. ko just tunggu jekan. pklah sikit. jangan buat hati kering je.


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

Penat.. padat semuanyalah...

Salam...

Sabtu dan ahad lepas adalah waktu yang pack sangat bagi aku. Bangun awal pagi kemas rumah... nasib malam tu dah kemas rumah kaw.. kaw.. cuma pagi tu sapu-sapu sikit sampah dan bersihkan pingan kotor kat sink dan lap-lap kotoran di dapur... wah detail pulak penceritaan mengemas rumahkan. hehehe...

Lepas dah siap kemas sikit-sikit segala bagai.. aku pun bersiap dalam jam 10 pagi macam tu. sebab nak pergi kenduri cukur jambul anak kawan kat Felda Bukit Cherakah. Siap jam 11 pagi dah siap touch up.. touch up muka dengan bedak berdesup amik kakak aku dan teruslah ke Felda Bukit Cherakah. Sampai sana dalam jam 11.40 pagi. Orang pun tengah masak-masak lagi tapi kitorang dah sampai. Tuan rumah pun takder.. Katanya omaknyo pergi beli kek birthday anaknya. Kitorang plan nak tunggu tuan rumah. Sekali tunggu dah dekat 12.30 tengah hari pun tak muncul lagi. Tak boleh jadi ada lagi tempat nak pergi. Terus minta izin dengan emak tuan rumah. Hulur apa patut pehtu terus blah.

Tempat kedua pergi ke Sophie Paris PJ. Sebab nak registerkan New Member dan nak tambah-tambah beli barang. Alhamdulillah sejak buat Sophie Paris ni ada gak duit side income. Bolehlah tambah-tambah beli pampers untuk anak-anak. Dari tak buat apakan baiklah aku buat benda ni.. korang aku nak promote jap ye. jangan marah pulak ye.. hehehe... sebab dah dua orang jadi new member sophie paris ni melalui blog kesayangan aku ni.. Alhamdulillah.

ni bonus January dari Sophie Paris. Alhamdulillah dah selamat masuk akaun.

ni bonus untuk Febuary.. Alhamdulillah dah selamat masuk dalam akaun bank jugak. 
Bukan nak menunjuk just nak kongsi dengan tawan-tawan ite... ecewah.. manja pulakkan.

ni lak bonus setakat hari ni... tp sebab sale aku tak lebih dari rm150. tu yang Bonus canceled huhuhu. 
takper ada lagi 29 hari untuk buat sale. 
Tapi Kalau korang nak cuci mata boleh tengok kat link aku bagi ni.. hehehe.. promot lagi tu.. huehuehue...
masuklah ye cuci2 mata.. ihiks....

Korang berminat call/whatsapp/email aku ye.
no tel dan email ada di bawah sekali.

Lepas dah pergi Sophie Paris Pj. Walaupun dah melantak kat rumah kenduri di Felda Bukit Cherakah. Perut tetaplah lapar ya amat. Jadinya ke Empire Subanglah kitorang. Mencari-cari tempat makan yang enak-enak.. wah dah tukar slange pulakkan... Enak-enak saja jadinya singgahlah kitorang ke Ole-Ole Bali di Empire Subang. Masuk je dalam cari tempat yang stragegik untuk makan-makan santai. santailah sangat dengan 3 hero aku ni.. tragis je...

kalau amik gambar makan.. tak sah kalau tak ada trademark tissue kan
Ole-Ole Bali
Selamat Makan..
Memang nak makan pun kan.. hehehe

Sebelum makan.. kita tengok keadaan persekitaran dulu ye.. 
wah.. kemain cantik lagi tempat ni... memang rasa kat balilah.

Adik aku yang tembam... bam.. bam...
jangan mare ye... hehehe..

Kakak ku comel yang mengasuh 3 hero ku

Aku dan hero sulong dan anak buah... santai menanti makanan.

Barli Lime
Dapnyer....
rasa nak lagi... 

Makan kat bali tapi yang ordernyer chicken chop.. huh... 
tapi memang puas hatilah.. kekenyangan aku makan chicken chop ni.
rasa nak minta tapau je. sebab tak larat nak habiskan.

ni aku lupa nama dia. 
pun sedap gak.. 
sengkak perut.
besar betul portion dia. makan dua orang baru boleh habis.

kakak aku makan nasi campur.. tak sempat nak amik gambar. sebab tu yang sampai lambat jadinya haruslah makan-makan dulukan..

Lepas je makan kitorang terus berdesup balik rumah. Ahadnya pulak pagi2 lagi aku dah berdesup balik tanjong karang. sebab nak amik mak dan abah bawak ke klang. Nak uruskan dokumen-dokumen nikah adik aku tak lama lagi.

Oklah tu je citer hari ni

sekian 

babai.


Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.
Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com
 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...