Berbuka puasa


Menunggu waktu berbuka puasa... (sampai kaki pun melunjur keluar)
sungguh kurang sopan hehehe... -sebenarnya sakit kaki tu lama sgt duduk kot

Juadah berbuka puasa.. simple je roti nan, udang tempoyak ikan & ayam bakar, ulam pegaga dan air bandung cincau & kopi panas.. (kopi panas tu untuk aku almaklumlah baru je lepas pantang takut anak kembung pulak klu minum ais)

gelagat anak2 buah aku semasa tunggu waktu berbuka puasa
inilah keadaan bila dah ramai sangat.. mcm2 gelagat...

Hari sabtu lepas adik badik aku datang ke rumah aku untuk berbuka puasa.. dah boring berbuka rumah sendiri jadi kitorang pun bergilir2lah buat berbuka puasa dirumah masing2..
jadi hari sabtu tu sampailah giliran buka puasa kat rumah aku... tapi tak semua yg datang rumah aku 3 keluarga je yg datang.. lagi 3 keluarga tak dapat datang sbb diorang ada hal yg tak dapat dielakkan hehehe... tapi klu sume adik badik aku berkumpul mau tak muat rumah aku ni.. ini pun dah penuh ruang tamu rumah aku.. meriah betul masa ni mcm2 karenah & gelagat ada.. tapi paling tak tahan.. sape yg dok dekat kat air n nasi memang tak boleh makan dengan tenang... kejap2 kena panggil org minta tolong untuk ambil airlah, ambil nasilah.. sape suruh dok dekat kat situkan... mgu depan buka puasa kat rumah kakak aku yg sulung pulak... n mgu yg berikutnya berbuka kat rumah mak mertua aku lak.. hehehe sbb tahun ni aku raya kat rumah mak mertua aku... giliran sana lak...

Instand Hand Sanitizer


Dettol Hand Sanitizer

langkah awal unttuk mencegah H1N1..
Oleh sbb Virus ni semakin menular di Negara kita..
untuk langkah pencegahan awal aku pun belilah Dettol Hand Sanitizer ni..
setiap kali nak amik uzairr aku akan sapu dulu dettol ni kat tapak tanggan aku..
kepada sesiapa nak mencegah H1N1 ni eloklah beli Hand Sanitizer ni.. kita hanya mencegah n bertawakal pada Allah S.W.T semoga dielakkan dari virus H1N1 ni... tapi sekarang nak beli hand sanitizer ni pun susah... mungkin ramai yg beli so susah nak dapat kat kedai..





Selepas Cukur


Gambar Uzair Danial selepas dicukur rambutnya 28 hari yg lepas..


Ni pulak gambar Uzrei Danial selepas cukur rambut 2 thn 5 bulan yg lepas...

Aku letak dua2 gambar ni saje je nak tgk perbezaan muka 2 beradik ni..


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...