ada pasang surutnya..

Salam... 

Macam tak kena je title post aku dengan entry aku kali ni..Mungkin ni namanya otak dah beku sebab semalaman tak tido. 

Macam mana nak tido si Uzair petang semalam dah kebah dari demam tapi bila tiba tengah malam tadi badan dia panas balik. Kenalah sentiasa pantau keadaan si Uzair. Awal pagi tadi aku terus bawa Uzair ke klinik. Walaupun sebelum ni aku dah bawak Uzair ke klinik tapi disebabkan demam dia kejap kebah kejap panas balik tu yang aku bawa ke klinik balik semula. 

Muka budak demam.. asyiklah nak ngan en. Suami je.. 

Uzrei dengan aksi Ultraman dia.. TAk peduli dengan orang sekeliling.

aku suruh posing elok-elok... Tapi tetap nak buat aksi tunjuk langit.. sudahnya macam nilah jadi mutu gambar dia.

Tak reti duduk diam.. tetap nak usik segala benda kat dalam klinik ni. macam-macam yang ditanya kat aku. kekadang penat aku nak jawab.

Dah selesai.. Doctor bagi ubat vontot, antibiotic dan ubat demam. Tapi kalau tak kebah lagi hari ni doctor suruh aku terus bawah ke Hospital. 

Harap Uzair cepat kebahlah petang ni.

Hatiku ke Kecewa.. huhuhu

Salam...

Last week aku ada buat jamuan makan-makan untuk sedara mara dan rakan terdekat. Tapi yang sedihnya gambar sekitar hari makan-makan tu sekeping gambar pun aku tak amik. adui... bz sangat kot melayan tetamu sampai sekeping gambar pun nan ado. Kecewa betul hati aku. 

Ni pun cuma gambar hari sebelumnya saja yang sempat aku amik.. 

 hari sebelumnya.. sibuk mengoreng ayam dan masak nasi impit. 
Ayam yang sedang digoreng.. abaikan kaki-kaki itu ye. 

Nasi impit, tempe yang menanti untuk digoreng, dan ayam goreng. 

Masa ni tengah masak daging masak hitam.. dan sambal untuk ayam masak merah. 

daging masak merah diambil dari jarak yang dekat.. wah ayat sekolah dah keluar pulak. 

Masa tengah masak siang tu.. terdengar ada bunyi letupan pulak.. pehtu aku pergi tinjau kat blakang rumah aku nampak asap besar menghitam. ingatkan rumah jiran kat blakang rumah aku terbakar rupanya kilang kecil deretan kedai terbakar.. tapi bila tgk asap tu memang aku ingatkan rumah jiran aku yang terbakar. 

ni pulak dari betira utama tv3 malam tu.. memang menjulang tinggi api masa tu.. tong2 minyak meletup berterbangan.. nasib takder kemalangan jiwa. 

Dari kisah makan-makan dah lari ke kisah kebakaran pulakkan.. maklumlah hatiku kecewa sebab satu gambar pun aku tak amik.. tak ke sedih.. huhuhuhu.. takder satu kenangan pun untuk aku tatap.. sedey betullah.

Open House pertama

Salam.. 

Minggu lepas sempena hari terakhir anak buah aku pergi kelas tuisyen untuk pelajar UPSR. Pusat tuisyen ada menjemput para ibubapa dan jiran-jiran terdekat datang untuk majlis rumah terbuka disamping diadakan dipanjatkan doa kepada Allah s.w.t semoga pelajar UPSR ni dapat menjawab kertas soalan dengan tenang.. Pening aku nak buat ayat skema ni.. 

Balik pada realitilah ye.. susah pulak nak buat ayat skema ni.  Kebetulan malam tu kitorang ada buat gerak gempur ke rumah jiran-jiran sekali harunglah kitorang pergi pusat tuisyen tu sambil bawak dua tiga jenis kuih-muih. Sebabnya setiap ibubapa kena bawa kuih-muih untuk disantap.. 

Nasib kakak aku anak dia pun tahun ni nak amik UPSR jadinya aku kira wakil ibu jugaklah untuk anak buah aku tu.. herm.. apa aku nak citer lagi ye.. takder kot.. korang tengok jelah gambar ni.. 

Sebelum majlis bermula... para ibubapa dan pelajar..
Tema adalah menghirup angin malam ye.. tu yang takder canopy. doklah kat bawah embun malam ni.. sunguh nyaman...
Cikgu dan Personal photo kot..
Makanan adalah macam jenis kuih ada. nasi impit, KFC khas untuk Pelajar UPSR je. Ibubapa hanya pandang-pandang dan jeling-jeling je ye.. cubit sikit kat anak tu kalau tak nak kempunan.

Sesi bacaan doa.. kusyuk adik ni baca doa.. ke bilang jari...

sesi santap sudah bermula.. pilih je apa yang nak dimakan.. sampai tak termakan pun ada...

 aku yang malam tu feeling2 hana tajiman.. adoi.... tapi muka dah macam muka zed zaidi pulak.. 
ni sajalah yang aku makan malam tu.. memam sedap coklat ni.. rasa macam ferrero roche lak..

nilah budak yang kena amik UPSR minggu ni.. Harap dapat result yang membanggakan ye.


Psst : tadi nampak ada sorang member bakery bakar pizza.. tolong bagi satu slice pizza kat aku boleh.. hehehe...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...