Bubur nasi untuk orang sakit ke orang sihat ni?

Salam.. 

Orang sakit tak leh citer panjang-panjang. Layan jelah bubur nasi kat bawah ni untuk orang sakit. Nak resepi nanti aku sediakan ye.. ececeh.. macam sedap je bubur nasi aku tu ye siap nak bagi resepi bagai.. Tapi untuk tekak orang sakit macam aku ni sedaplah jugak.. dan bolehlah jugak nak membangkitkan selera aku..

Kalau korang nak cuba ikut resepi aku nanti ye.. senang je campak-campak je.. alah.. korang pun lagi pandai masak dari akukan.. aku ni masak pun terkial2 lagi. Sedap kat tekak sendiri, tekak orang lain tak taulah..



Ni bukan bubur Tapi sayur sawi yang aku goreng bersama bebola ikan.. Untuk lauk tambahan makan dengan bubur nasi nanti..

Ayam goreng togel.. untuk tambahan jugak dengan bubur nasi nanti... 

Tada... nilah bubur nasi aku yang dimasak bersama isi ayam dan cendawan butang yang segar dari ladang tesco.. 

Kasi dekat sikit.. aku tertarik dengan ayam goreng tu.. hahaha... laparlah perut.. nasib ada bawa untuk makan tengahari nanti... takderlah rasa teringat-ingat nanti.

Kat bawah ni aku bagi resepi ye..
1/2 Cawan beras (Dibasuh bersih.. tak tahulah ada yang tak basuhkan. hehe)
Air secukupnya ye untuk reneh sup 
Dada Ayam - dalam sebelah dada ayam (Potong kecil ye.. agak2 boleh masuk kat dalam tekak kalau malas nak kunyahlah)
1 Kiub ayam (aku guna knorr tupun yang ada kat rumah.. kalau masak lebih sila tambah kiub ayam ye)
10 biji cendawan butang butang (dipotong kecil ye.. Kalau suka sebiji-sebiji pun boleh ikut kepada koranglah)
5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih. (hiris halus)
Garam secukup rasa.

Aku rajin lak.. nak bagi cara-cara masak pulak ye..
  • Lepas dah basuh beras, renehkan dengan air yang cukup dan masukkan sekali garam.
  • Bila nasi dah mengembang masukkan isi ayam tadi
  • Bila ayam dah agak lembut masukkan cendawan.. slowkan api tunggu sampai pekat.
  • Bila dah agak2 bubur tu pekat, aku tumis bawang merah, bawang putih dan kiub ayam sekali lepas tu baru masukkan dalam bubur yang dah pekat tu. (macam tumis daratlahkan)
  • akhir sekali bila semua dah sebati, bolehlah dihidangkan kepada orang sakit.. hehehe.. orang yang tak sakit pun boleh. Kotlah korang nak berdietkan..
Ok.. dah selesai bagi resepi dan bagi korang cuci mata.. Aku nak sambung buat kejelah.. Selamat menjamu mata ye..

Tadaaaaaa..............

kaki orang sakit bersama dengan stokin stoberinya..
Macam citer dongeng kekanak pulak caption atas ni..

Psst : aku slow sikit nak BW blog korang.. Badan tak sihat jadinya fikiran pun ting tong jugak..

Saling melengkapi...

Salam... 

Dah tiga hari ni selsema + batuk huk.. huk.. huk... Musim agaknyakan ramai beno orang sakit.. dalam rumah aku je 2 orang yang dapat penyakit macam aku ni. Anak aku baru je sihat ni dah dapat kat mama diorang pulak. Bersilih ganti pulak penyakit ni datangkan. 

Dua hari berturut-turut aku bagi resepikan. Sebenarnya resepi tu semua adalah hidangan makan tengahari kat rumah mak aku. Hari ni pulak aku nak bagi hidangan lengkap untuk hari kejadian ye. 

Tak larat nak citer panjang-panjang ni.. Hidung pedih je lagi-lagi dok bawah aircond.. kejung hidung dibuatnya.. 

Asam pedas ikan mayong yang masih dalam periuk dan tengah mengelegak kepanasan..
Kalau boleh bersuara agaknya dah lama ikan tu menjerit minta tolong.. tolong.. tolong.. aku kepanasan.. melompat aku dibuatnya kalau dengar ikan tu menjerit...

asam pedas ikan mayong dah siap sedia dalam mangkuk.. tapi rumput je banyak ikannya tak nampak...

Sayur Keluarga Taugeh.. nama sebenarnya aku tak tahulah.. Tapi sedap takderlah kuat sangat rasanya macam taugeh biasa tu.

Ikan goreng berjemaah.. memang tak boleh nak tinggalkan ikan goreng.. Kalau takder nanti masa makan tu macam ada kekurangan je.. tak kick gitu.. ecececeh... ada pulak kick tak kick kan.. hanya orang-orang tertentu je yang tau.

dan juga udang kertak.. (ada panggil udang lipan, Gertak dan macam-macam lagi)

Semalam ada yang tanya apa rasanya udang ni.ok.. aku jawab kat sini ye.. Bagi aku rasa dia lebih sedap dari rasa udang biasa.. Isi dia lembut dan kalau ada musim bertelur, telur udang ni lebih kurang macam telur ketam. Nak tau lebih lanjut isi dia pun rasanya lebih kurang ketam.. Tapi ketam tu susah nak kopek. Kalau udang ni senang sikit nak kopek. Tapi kena ada cara untuk membuang kiri-kanan kulit udang ni.. Pada yang tak pernah rasa udang ni. Korang harus rasa tau.. rugi kalau tak mencuba.

Nilah hidangan namanya lengkap melengkapi.. bukan pasangan sahaje ye.. makanan pun harus..

ok.. dah habis.


Rendang

Salam.. 

Pagi ni dengar HotFM pasal budak 2 tahun dekat cina kena gilis dengan 2 kenderaan. Herm.. sampai patah tulang pipi.. Apalah nasib budak tu nanti kalau dia ditakdirkan panjang umur ye.. 

Oklah.. tak payahlah aku nak rumus panjang-panjang pasal budak 2 tahun tu. Lagipun dah banyak orang yang buat citer tu. Dalam paper dan berita pun dah keluar. Jadi kita rumuskan sendiri dan kita ambik iktibar dari apa yang telah terjadi. Lepas ni jangan nak ambil remeh dengan kejadian yang berlaku disekeliling kita.

Hari ni nak bagi resepi lagi.. hahaha.. giler nak bagi resepi pulakkan. Ni adalah resepi dari mak aku dan pulak aku suka makan masakan mak aku yang ni..  Mak aaku panggil nama masakan ni Rendang Lecah.. aku pun tak tahu kenapa nak panggil rendang lecah. Ataupun dah tak tahu nak bagi nama apa tu yang terlintas nak letak nama Rendang lecah.

Jadi kat bawah ni aku bagi resepi bergambar kat bawah ye.. 

bahan-bahannya untuk dikisar halus..
10 batang serai dihiris halus
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil ketumbar
1sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
20 tangkai cili kering ( yang dalam gambar ni demo je ye)
8 biji cili api. (sape suka pedas meletup sila tambah sendiri ye)

3 sudu rempah kari (ikut banyak mana masakan korang ye)
1 1/2 sudu kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bagus dan sedap ye)
pastikan dibancuh dahulu dengan air ye.. supaya tak kering bersama bahan tumisan.
Abaikan keadaan yang bersememeh tu ye.. aku malas nak bancuh dalam mangkuk jadinya dalam blender pun boleh.. dan juga malas nak cuci pingan mangkuk...

Sekilo udang kertak..
digunting kiri kanan kulit dia ye supaya masa nak makan nanti senang nak kopek.

Tumis semua bahan-bahan kisar tadi dan bila dah naik minyak masukkan rempah kari dan kunyit. bila semua dah naik minyak masukkan udang kertak gaul-gaul agak2 dah sebati masukkan santan (gambar santan aku tak amik pulak)

Bila semua dah sebati tutup api dapur dan bolehlah dihidangkan untuk santapan keluarga ye.

Ginilah rupanya bila dah siap dimasak.. Kalau ada daun limau purut dan daun kunyit lagi sedap aromanya.. tapi aku malas nak pergi petik daun limau purut. Macam ni jelah rupanya.. Nan ado hiasan hijau yang indah Lagi kering lagi sedap tau..

Silalah cuba ye..


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...