AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah
dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita
kalau meninggalkan
solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati
dia (nazar),
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam."
Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan
melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun
runsinglah. Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang
turun untuk umat
Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang
haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau
zaman Nabi Musa,
barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan
nazar tu. Lalu,
si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu
dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi
ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum
air kencing anjing
hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh
dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum
air tu Lelaki itu
pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat,
sampai dikatakan air
yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air
kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan
ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana
kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan;
nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan
yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air
tangan orang
tinggalkan solat. Tak gamak 'kan?
*
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak!
Teh tarik satu,
roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak
solat. Kita pun
makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu
liat nak buat
kerja-kerja yang baik. ** *
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni
hatta Allah
syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali
(dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat
aimanukum". Maknanya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan
peliharalah orang-orang yang
lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita
pelihara solat dari
segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan
yang mula-mula akan
ditimbang di neraca Mizan kelak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...