Hari inilah...

Salam... 

Hore... hore... aku teringin nak tengok citer hore.. hore kat astro first ni.. tapi schedule adalah pack setiap hujung minggu.. dengar citer.. citer tu best.. best ke.. mungkin sebab sambil cerita ada selit lagu-lagu Allahyarham sudirman kot.. tu yang bila tengok teringat kisah-kisah lama.. Harap minggu depan aku dapat tengoklah..

Semalam dah buat reminder untuk birthday Uzair Danish.. Jadi dengan tarikh 28/6/2009 aku selamat melahirkan danish jam 6.30 petang di HTAR klang secara paksa.. Sebab masa pregnantkan dia aku kena kencing manis.. dan terpaksa ambik insulin.. nasib baik masa ambik insulin tu kandungan dah berusia 30 minggu.. kalau masa awal-awal kandungan maulah lebam asyik nak kena cucuk badan jekan... 

Alhamdulillah kandungan yang ni aku tak ada kencing manis.. memang control gile masa pengambilan makanan.. malam pun aku hanya makan roti je.. tapi berat badan pulak asyik turun je... tak mau naik-naik.. tapi takper yang penting aku n baby sihat... 

Ok.. berbalik citer Birthday Uzair Danish.. Sebenarnya dah buat awal untuk dia.. Kebetulan pulak masa tu kat rumah kakak aku ada buat majlis akikah dan kenduri untuk kakak aku yang bakal menunaikan umrah pada 30/6/2012 ni. Ingat nak buat lagi awal, tapi majlis tu terpaksa postpone pada 10/6/12.. Pada awalnya dah nak tempah kek dah.. tapi terpaksa cancelledkan.. huhuhu... Dan tiba masa 10/6/12 tu tanpa dirancang anak buah aku sponsor kek untuk Uzair Danish.. rezekikan.. tak sangka ada dimana-mana... 

korang ikutlah gambar kat bawah ni... 

 Inilah rupa kek birthday Uzair Danish yang disponsor anak buah aku...
Memacam gambar diletaknyer...

 Gambar depan... 

 Gambar tepi...
Tak silap aku gambar uzair tengah menangis tu usia dia baru sehari.. masa tu kat ward lagi... 

 Aku yang teruja dapat kek sponsor... heh.. macam kek tu untuk aku pulakkan..

 time nak tiup lilin dan potong kek dah masa ni.. kat bawah je.. maklumlah umah orang kan.. tetamu lak masa tu ramai lagi.. 

 Nampaknya kat sini.. uzrei yang eksited.. sebab dia teruja tengok muka adik dia ada kat kek tu..

 Ok... marilah kita potong kek ye... 

orang sibuk kat kek.. dia sibuk pandang awek kat sebelah pulak... 

 Hasil kenduri akikah hari tu.. sangatlah sedap.. ni 1st time aku makan.. yang 2nd dan 3rd tu takyahlah nak tayangkan... maklumlah time pregnant nilah makan takyah nak control-control sangat.. tapi tetaplah kena jaga jugak pemakanan kan.. kang kena bali kencing manis.. haru....

 Rupa kek yang dah siap dipotong.. Red velvet.. sedap jugak rasanya.. oklahkan.. dah orang sponsor takkan nak banyak komen pulakkan.. dah diberipun syukur nikmat...
Masa ni aku bagi kek ni kat abang aku.. pehtu dia kata.. " tak gamak aku nak makan kek ni, Macam aku makan anak buah aku pulak" hadoi... sampai kesitu dia fikirkan..

Ni pulak kek untuk baby yang baru lahir.. cucu akulah kiranya.. 

Selamat sudah Birthday Uzair Danish..

Aku memohon semoga Uzair menjadi anak yang soleh, berjaya didalam dunia dan akhirat.. Amin... 


Babai.

Esok birthday dia yang ke 3 Tahun

Salam...

Tak banyak kata-kata petang ni...  Sekadar nak buat reminder birthday untuk Uzair Danish esok...

 Gambar adalah gegar ye.. 
ni tengah termenung tengok gelagat orang..

 Perasan manjalah konon-kononnya..

 Aku tak faham tang payung ni... Biasa budak pompuan yang mintak payung.. tapi ni lelaki... 
aduhai... Hari ahad lepas aku pergi GM Klang.. cari barang sikit.. punya banyak benda mainan yang ada kata sana... tapi payung gak yang dia mintak.. anak-anak...

 Muka happykan.. sebab dapat payung.. agaknya baginya.. payung ni begitu berhargalah kot...

 Akhir sekali.. perkara yang tak der kaitan.. ni wadey aku beli masa lunch tadi.. sedap sangat sebab masih panas.. eh... eh.. tapi kalau makan waktu sejuk pun sedap jugak... tu kesan keratan tu aku yang buat.. tak leh nak makan seketul.. sebab perut kenyang lagi.. padahal sebelum tu dah makan seketul.. hehehe.. berlakon je lebih kan..

oklah.. hari ni rajin.. ada dua entry.. kalau malas.. berhari-hari takder entry..

babai.......


Jemput - jemput... bukan cekodok ye...

Salam... 

Jemput-jemput yang takder kaitan dengan cekodok.. hehehe.. tapi ada kaitan dengan nuffnang...  Alhamdulillah dapat rezeki.. dah satu-satu iklan. masuk lagi satu iklan.. Walaupun visitor aku kekadang tak capai pun seratus seharikan.. Yelah.. kekadang ni aku bukannyer nak update selalu pun blog ni.. Tapi Nuffnang tetap bermurah hati nak bagi aku iklan berbayar ni.. Alhamdulillah...

 Alhamdulillah.. rezeki... walaupun hanya dengan kata-kata merepek dari aku.. dapat gak hasilnyakan..
Walaupun tak banyak.. tapi kalau dah dicampur-campur bolehlah buat duit raya nanti.. hehehe..

 Ha... ni memang aku jemput koranglah.. Tapi jemput pandang jelah ye...
Aku tak ingat ntah bila masa aku masak ni.. ntah-ntah sebulan yang lepas kot... masa tu aura rajin memasak mencanak-canak.. jadinya terhasillah semangkuk sambal sotong... erk.. silap sambal udang.... minta maaf... sedap meletups. erk.. puji diri sendiri pulak...

ok.. selamat menjamu mata.. pada yang berpuasa selamat berpuasa ye....

babai.

Kejadian yang tak di ingini.

Salam... 

hari ni aku nak membebel...

Bukan nak citer kejadian apa pun.. Tapi semalam kat kawasan rumah aku tergempar kejadian budak lemas kat sungai yang ada menternak ketam.. (erk.. betul ke menternak) 

Kejadian ni bermula macam ni.. sungai tu berdekatan dengan kawasan sekolah rendah kat area rumah aku. Kebetulan pula semalam lepas waktu sekolah diorang ada kokurikulum sebelah petangnya... Yang nak menjadikan kejadian ni.. Lepas je habis kokurilum tu teruslah balik rumahkan.. atau main kat taman permainan pun makcik tak marah... Ni yang pergi main kat sungai tu kenapa? Banyak lagi tempat bermain, tempat yang bahaya tu jugak yang nak pergi...

Masa diorang ni main dan mandi di sungai tu.. Peronda navy dah pernah tegur diorang jangan main kat sini.. Air deras... Tapi diorang boleh jawab kat navy tu.. "biarlah...." Amboi.. kemain bagus lagi bahasa ye... Aku dedulu kalau orang tua tegur macam tu pun aku terus balik rumah.. Yelah takut.. kang bantai dia beritahu kat mak aku.. tak memasal aku kena pelangkung pulak... Ye.. mak dulu2 akan dengar cakap orang dulu, baru dia selidik perangai anak dia macam mana.. mak dedulu tak adanyer nak melenting tak tentu pasal pada pengadu... kalau dah orang beritahu tu... maknanya betullah anak dia macam tu.. Tu yang tak pasal-pasal kena bantai ngan mak aku.. Takper biar kena bantai masa tu.... Jangan mak aku menangis tak berlagu kemudian hari sudah.. itu kisah aku dululah.. Mak-mak sekarang ni ada macam2 ragam pulak.. terpulang kepada pemikiran masing-masingkan.

Ok.. sambung kisah mandi sungai tu.. Bila diorang ni dah syok-syok main sungai tu.. salah sorang dari diorang ni lemas.. Yang kawan-kawan lain dah panic tak tahu nak buat apa.. semua pakat cabut lari.. Bukan nak minta bantuan kat orang lain.. Kebetulan pulak semalam apek yang punya kolam menternak ketam ni ada kat situ.. Nasiblah dia perasan budak ni lemas... Lepas dia selamatkan budak ni.. Family budak ni pun sampai.. ambulance dan kereta polis pun sampai jugak lepas tu.. Nasib apek ni perasan.. Kalau tak perasan.. herm... aku tak tahulah nasib dia macam mana... 

Sekarang budak ni ada kat Hospital.. Harap takder perkara yang tak elok berlaku.. Dan aku juga berharap perkara ni jadi ikhtibar kat budak-budak kawasan perumahan aku dan lebih-lebih lagi anak2 buah dan anak aku sendiri... Kalau orang tua tu dah tegur tu.. itu tandanya orang tu sayangkan kita.. Orang tua tu taknak perkara yang buruk berlaku kat kita. Jangan nak ikut besar kepala sendiri je.. Jadi Hormatlah orang lain seperti kita Hormat ibubapa kita sendiri...

Ni bila perkara tak di ingini berlaku nanti.. yang dipersalahkan ibubapa jugak.. Walhal apa yang diorang beritahu ibubapa tu lain... tapi dia melencong kat tempat lain... tapi janganlah ibubapa beri 100% kepercayaan kat anak pulak.. Sesekali kena gak selidik kemana, dengan sape dan apa aktiviti yang bebudak ni buat... Supaya diorang sedar yang diorang ni sentiasa dalam pantauan ibubapa. Ni peringatan untuk aku jugak.. Yelah anak2 aku pun semakin membesar... Jaga anak masih bayi pun mencabar.. Masa diorang meningkat dewasa ni lagilah mencabar. Hari-hari hati tu berdebar je memikirkan kegiatan harian anak-anak ni..

Sebab aku teringat masa aku form 3 dulu.. masa tu kan ada aktiviti Kajian Tempatan.. Aku beritahu mak aku.. Yang aku pergi buat Kajian tempatan kat satu kampung ni.. Kena ambil gambar kat kampung tu dan kena jumpa dengan ketua kampung bagailah... Tapi masa tu mak aku salah dengar.. Dia ingat aku cakap aku ada kelas mengaji kat sekolah.. Lepas tu dah lepas waktu petang kebetulan pagi tu abah aku ada Mesyuarat PIBG kat sekolah.. Mak aku pesan kat abah aku suruh tenggokkan aku.. betul ke aku masa tu mengaji kat sekolah... 

Abah aku pun tanyalah kat guru kelas aku.. Sekali guru kelas aku cakap mana ada kelas mengaji kat sekolah hari sabtu.. huhuhuhu.. tak memasal balik dari buat Kajian Tempatan tu.. Dalam keadaan penat aku kena bebel ngan mak aku.. kata aku tipulah.. dan segala macamlahkan.. tahulah kalau orang tua membebel..  Dan hari isninnyer tak memasal aku kena panggil dengan guru kelas.. sebab nak dengar alasan aku.. Nasib aku ada bukti gambar2 yang aku ambil dan nota-nota kajian tempatan yang aku buat hari sabtu tu.. Selamat aku.. kalau tak mesti aku kena masuk kelas kaunseling...  tu memang cara mak aku.. walaupun aku dah beritahu kemana aku pergi.. dia tetap nak siasat betul ke tidak apa yang aku buat tu... Walaupun sebenarnya mak aku yang salah dengar... 

Alhamdulillah dengan cara macam tu.. akhirnya inilah diri aku yang sebenarnya.. sayang mak abah.

ok.. panjang dah aku bebel.. 

babai..

ayam bakar paprika..

Salam... 

Selamat hari WW.. tapi aku taknak WW hari ni.. Sebab aku rasa aku nak bercerita hari ni..Macamlah orang nak baca cerita aku sesangat nikan.. taknak baca pun tak per..

Citer Sabtu lepas... dah tak tahu nak masak apa dah.. Sekali keluar idea nak bakar ayam.. Memang nak buat sesimple bolehlah.. Main campak-campak je.. yang penting masuk tekak boleh telan... Nasib semua bahan dah ada kat rumah.. Asal boleh makan jelah...

Mohlah baca sambil tengok gambar.. baru bestkan.. boleh gak cuci-cuci matakan.... cerita saja pun bohsan jugak..

Eh.. eh... ni bukan ayam paprika.. Bukan jugak anak aku.. aku lambat lagi..
Nama baby ni Qaliff Naufal.. Anak angkat kepada anak buah aku... Usia baby ni pun belum lagi sebulan.. Ambil baby ni dari keluarga yang kurang kemampuan.. Dari tak tahu macam mana kehidupan dia di masa depan.. Baiklah anak buah aku ambil jadikan anak angkat.. Tapi tak diiktiraf anak angkat lagi.. Kena tunggu dua tahun baru diiktiraf anak angkat.. banyak jugak prosedure anak angkat ni.. Bukan boleh suka-suka je nak amik anak angkat.. Tak buat makluman kat JKM pun boleh kena denda dua tahun penjara @ denda rm10,000.00.. jadi haruslah ikut prosedure..

Tapikan semalam aku pergi checkup kat KK.. ada satu ibu muda ni bersalin kat kampungnya di Perak tak silap dengar semalamlah.. Tapi bersalin di rumah... yang sambut kelahiran tu pulak mak dia.. Tapi adalah nurse untuk potong tali pusat tu... Tapi dalam record kelahiran tu takder nama Nurse yang memotong tali pusat tu.. Detail2 kelahiran pun tak diisi kat situ... Usia baby tu pun dah sebulan.. dan sebulan jugaklah dia takder Sijil Kelahiran.. Aduhai.. Aku ingat dah zaman moden ni dah takder kelahiran kat rumah lagi.. Rupanya masih ada ye... Mungkin tak sempat kot nak ke hospital tapi kita sebagai ibubapa mestilah check segala dokuman semasa proses kelahiran tu berlaku.. Sekarang dah susah pulak nak daftarkan sijil kelahiran.. Terpaksa pulak buat report polis, cari Nurse yang potong tali pusat tu.. Silap2 kalau ibu bapa yang sambil lewa.. tu yang ada anak yang takder sijil kelahiran tu... 

Kanak2 yang lahir dari ibubapa bukan warganegara malaysia pun boleh daftar sijil kelahiran.. Tapi ni dua2 ibubapa warganegara malaysia tapi tak boleh buat sijil kelahiran dengan alasan2 macam kat atas tu memang payahlah.. Bukan kesian kat ibubapa tu... Tapi kesian dengan masa depan anak tu nanti.. Teringat baca paper Metro semalam.. Anak dah umur 17 tahun.. tak pernah bersekolah sebab tak der sijil kelahiran. dan bakal berkahwin tak lama lagi.. TApi nak daftar untuk kahwen pun tak boleh.. sebab mesti kena ada dokumen lengkapkan... aduhai.. harap ibu muda semalam cepat-cepatlah cari maklumat untuk daftar sijil kelahiran anak dia.. Sian kat masa depan anak tu nanti...

Oklah... sambung ke citer ayam pulak...

 Ayam paprika sempoi aku... takder warna-warna meriahkan... 
Bahan-bahan pun sempoi je..
bawang merah,
Bawang putih,
Halia,
Italian herbs,
rosemary herb,
serbuk paprika,
garam
serbuk perasa,
gula,
dan minyak zaitun.
tu saje...

 Tengah masak dalam oven.. Sepatutnya dah siap masak dah... tapi aku nak lagi hitam... aku nak ada rasa garing-garing tu... 

 Ha... dah siap masak... berkerakkan.. aku suka kalau bakar ayam.. ayam tu mestilah sedikit rentung.. baru selera sikit nak masak... 

Ok.. dah habis.. banyak bebel benda lain dari bebel pasal ayam paprika nikan.. hehehe... takper.. kalau malas nak layan.. abaikan je... 

Babai..

Typing error...

Salam...

Minggu lepas aku ada beli tudung online.. dan sepatutnya jumaat dah terima tudung tu.. Tapi aku ingatkan barang tu mungkin sampai hari sabtu.. Sabtu pulak off day.. Jadinya hari nilah baru terima tudung tu.. 

Tapi hari sabtu aku terima mesej dari FB tuan punya online shop tu tanya aku dah terima barang ke belum.. Pehtu aku jawablah aku tak terima lagi.. Sebab hari sabtu memang cuti.. Pehtu dia kata Pos Malaysia ada reject delivery dia dan return balik kat dia..

Aku kata takperlah.. Nanti isnin aku check balik kat opis.. (hari nilah).. Pehtu pagi tadi aku check memang takder terima lagi.. terus aku call dengan pos malaysia jugak.. pos malaysia pun kata barang tu kena return balik dengan tuannya... sebab tak ada syarat-syarat yang tak ditepati...

Aku pun lelajulah reply kat FB balik... Tapikan bila aku dah send baru aku perasan aku dah tersalah type.. hailah.. dah send baru perasan.. tu pun dah beberapa minit selepas tu...


 Sebenarnya aku nak type TERIMA.. Tapi dah jadi TERUNA pulak...
adoiii.. malu i tau..

ok.. itu saje citer hari ni..

babai...

syoknya... Tapi kaki lak bermasalah.. huhuhu

Salam... 

aah... bantailah tajuk apa pun.. dah tak tahu nak letak tajuk apa dah... macam2 hari update lakkan sampai tajuk pun dah tak reti nak buat apa dah..

Kejap update kejap takkan... takper abaikan... blog sendiri, sendiri rasa kesepian.. hehehe.. Hari ni adalah sangat happy.. sebabnya kat rumah kakak aku ada baby baru lahir.. Bukan baby aku ye.. aku lambat lagi.. adalah lagi dua bulan... Walaupun hari ni keje.. tapi hati dok teringat kat rumah je.. yelah ada baby comel.. hidung mancung lagi.. Wah.. aku yang overkan...

Sebenarnya.. baby ni anak buah aku yang punya.. dia baru dapat.. bukan baru melahirkan ye.. ada sepasang suami isteri ni bagi kat dia... Sebab ada masalah-masalah yang tak dapat dielakkan... Anak buah aku ni lak dah dekat 10 pasangan nak bagi baby kat dia.. tapi asyiklah tak jadinya.. Ada tu siap dah prepare segalanya tapi takder nampak baby tu.. Tapi kali ni Alhamdulillah dapat jugak baby.. 

Lagipun anak buah aku ni dah 8 tahun berkahwin tapi belum ada rezeki dapat anak lagi.. Selalu memberi kasih sayang kat anak-anak buah and anak-anak aku je.. Ada gak dia minta anak aku.. hehehe.. tapi manalah aku sanggup nak bagi anak akukan.. huhuhu.. mau meroyan lak aku nanti... Manalah tau ada baby ni nanti ada pulak rezeki untuk diakan... Manalah tau.. berdoa jelah pada yang esa...

Sebenarnya.. bukan pasal Baby ni yang bermasalah.. yang bermasalah sekarang ni adalah aku.. Aku pun tak tahulah semenjak pregnant ni berat dah menurun tapi aku ada dapat masalah lain pulak.. Dekat tulang punggung aku sampai ke tulang peha sakit sangat.. Sampai nak bangun pun kena slow-slow.. Kalau aku terus je bangun.. merasalah sengalnya... tu oklah lagilah boleh tahan...

Tapi mulai hari ni.. aku dah mula jalan terengkot-engkot (ada ke istilah ni.. blasah jelah ye) tak leh nak laju macam biasa dah.. Nak kena cari tukang urut jugaklah.. tak sanggup aku nak menahan sengalnya bila berjalan... Aku rasa kura-kura lagi laju jalan dari aku... Jangan sampai aku takleh jalan sudah.. nanti sape nak anta aku g keje.. En. suami dahlah keje awal.. jam 5 pg dah pergi site... takkan aku nak suruh dia antar aku jam 5 pagi kat opis lak ye... huhuhu.. tak sanggup... 

Takpun balik karang aku kena cepat-cepat cari tukang urutlah.. korang ada ke pengalaman sakit macam ni masa pregnant... hazabedah betullah.. kekadang tido pun tak selesa.. Mengereng je sebelah kanan.. dok lama pun tak boleh.. berjalan lagilah.. aku tengah runsing ni.. sebab tak selesalah.. mau berat badan aku makin susut pulak.. sebab stress tak leh tido sebab kaki sakit.. eh.. boleh susut lagi ke... ke makin naik.. hehehe

Oklah.. penat dah merapu.. nak cari nama baby pulaklah..

Korang ada tak nama baby yang menarik dan sedap didengar... mehlah share dengan aku..

ok.. babai

karipap berkuak lentang...

Salam... 

hallo... hallo.. kengkawan.. seminggu aku tak berupdatekan... macam busy benar je.. padahal dok jenjalan kat blog kengkawan je.. tapi nak update takder isi pulak nak di updatekan... hasilnya.. terabailah blog ni selama seminggu... alah seminggu je pun kan.. bukan sebulan, setahun dan selama-lamanya pun.. belum terfikir lagi nak selama-lamanya... hehehe...

Ni nak citer aktiviti minggu lepas... Kakak aku ada buat kenduri umrah dan akikah cucu dia.. Katanya kitorang nanti hari kenduri tak yah susah-susah dah... dia malas nak buat keje renyah-renyah ni.. hasilnya dia ambik catering je.. memang tak buat keje pun semalam.. dok sembang-sembang je dengan sepupu-sepapat sampai lebam... dah penat borak pergi lak kat meja buffet amik makanan.. makanlah ko sampai lebam... tapi tu citer kenduri next-next entry aku citer ye.. 

Ni nak citer, citer sebelum kenduri berlangsung.. maknanya hari sebelumnyalah kan... Ingat tak payah buat keje ke... huhuhu.. harapan... tetap ada jugak tau.... Kakak aku dah suruh kitorang buat kuih pulak.. memasing ada kuih yang harus kena buatlahkan.. kat umah aku kene buat kuih karipap.. kakak aku yang lagi sorang pulak kene buat onde-onde (kuih buah melaka) dengan pulut kuning... Nasib baik dibahagikan.. kalau sensorang buat maulah patah tulang temulang.. ha.. kan statement melampau dah keluar... takkanlah buat kuih boleh patah tulang emulang pulakkan.. Macam pergi membanting tulang empat kerat kat sawah berekar2 pulakkan..

 Mehlah kita melihat gambar-gambar dibawah ni... Tapikan yang sebenarnya aku tak buat pun.. hehehe.. aku dah kerahkan adik dan anak buah aku buat.. sebab aku ada hal yang tak dapat nak dielakkan... Kebetulan pulak sepupu en. suami kahwin pulak hari tu.. so.. terpaksalah kena tinggalkan diorang membanting tulang membuat karipap ni... sian diorang.. dengar citer macam-macam aksi keluar nak siapkan karipap ni.. hehehe...

 Masa gambar ni diambil aku belum pergi lagi.. tengah tunggu en. suami bersiap.... Sampai hero aku pun sempat menculik sedikit tepung karipap tu.. masuk kete dah bergaduh-gaduh pulak... sebab abang kata tepung dia sikit.. adik lak suka no menyakat abang dia.. geram aku 

 Hasil karipap yang dah siap dia diisi intinya... nasib pakai acuan.. kalau klem pakai jari maulah kebas jari-jemari tu nanti..

 Hehehe... aku yang dalam cahaya keimanan.. chewah.. Aku lupa nak off flash pulak.. tu yang bersinar bak bulan purnama..

 Ok.. kali kedua... inilah rupa aku... amacam tembam tak pipi i... tembamkan... herm.. hasil 7 bulan mengandung...lagi dua bulan je.. wah tak sabarnya...

Oklah nak ye.. makcik tinggalkan tepung ni semua nak pergi kenduri kawen sekejap ye.. buat elok2 ye... Dengar citer siap kuak lentang bagai nak menyiapkan karipap ni.. hehehe.. takper yang penting semalam kita relaks kan...

Ok.. tu saja update hari ni.. 

babai..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...