Wordless Wednesday ~ Tumpang

Salam..

Ulfah delisha bersama anak susuan ku Elmira Safiyya
Tumpang tido sebelah ye kakak.. 

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Ihtifal

Salam..


23/11/14 Tadika Uzair Danish ada meraikan Majlis Ihtifal untuk murid-murid 5 dan 6 tahun di Dewan Masjid Puncak Alam, Selangor. Walaupun Uzair Danish aku dah mula cutikan dari october 2014 tetap dapat invitation dari sekolah dia. Aku cutikan dia sebab masa dalam pantang dia ingat aku cuti dia pun cuti.. Jadinya setiap pagi bila aku siapkan dia untuk kesekolah mesti ada drama airmata.. sampaikan aku dah tak tau nak buat macam mana... Akhirnya aku pergi sekolah dan terpaksa cutikan awal dari sekolah.. 

 Suasana masa baru sampai ke dewan Masjid Puncak Alam.

 Budak yang ceria je pada hari tu.. Yelah dah lama tak jumpa kawan-kawan. Bila dia jumpa kawan-kawan kemain lagi happy.

Nyanyi lagu nasyid masa ni..  
Tetiba buat persembahan untuk hari tu.. aku pun macam pelik je.. ingat nak datang sesaje je. Tak sangka Uzair Danish yang pemalu.. Bila orang tanya yang sepatah ayat susah sangat nak kuar dari mulut boleh buat persembahan kat stage dewan ni. memang aku terkejut jugaklah.. tak sangka bila bersama-sama kawan pemalu dia hilang.

 Ni pulak persembahan macam musang dan ayam lah.. aku pun tak ingat sangat..  Bila aku tanya cikgu macam mana uzair danish boleh buat persembahan waktu ni. Rupanya diorang dah practice dari awal tahun lagi. Patutlah anak aku tak kekok.. 

 Yang depan sekali ni Uzair Danish... Pakai topeng ayam...

 Happy je dia..
NI nak amik hadiah saguhati dari sekolah. 

 Pengetua kot.. En. Marzuki tak silap nama dia..

Sepatutnya peace tu pandanglah camera mama dia.. dok sibok pandang camera pihak sekolah.. yelah mama dia dok pakai camera henpon je... pihak sekolah pakai camera godang.. mana nak bestkan.. huhuhu...

 Gambar yang diambil dekat sekolah..

Handsome mama..
hahaha... puji anak sendiri kan

Tahun depan dah masuk pra-sekolah pulak.. Alhamdulillah dapat jugak pra-sekolah. Harap kat pra-sekolah nanti Uzair Danish akan lebih maju lagi.. Insya Allah.

Ok.

Sekian

Babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Mengebu.

Salam...

Pagi ni angin rajin datang... Aku memang jarang buat breakfast hari bekerja ni... Selalu pengasuh aka kakak aku dah sesiap buat breakfast kat rumah dia.. aku tukang makan sarapan terus je kat rumah dia.. baguskan... bukan asuh anak aku je.. mama pun dia asuh jugak.. untung dapat pengasuh pakej untuk mamanya sekali ni.. kekadang aku balik keje petang amik anak-anak aku kat rumah dia.. kakak aku siap tanya lagi, nak lauk ke? aku apa lagi macam orang mengantuk disorong bantalkan.. laju aku je menganguk. Sape taknak kan.. ater dah letih balik keje.. orang dah hulur makanan.. kite bedal jelah.

Tapi pagi ni aku buat breakfast.. sebab malam tadi kakak aku call suruh buat apam beras.. tapi aku cakap tepung beras dah habis. nak pergi kedai dah malam sangat. sebab tak sampai hati aku buatkan donut jelah... Bahan-bahan untuk donut memang sentiasa ada kat rumah... Sebab tu paberet anak-anak aku. Anak-anak aku ni kalau boleh hari-hari nak donut. Aku pun buat jelah selagi dorang tak jemu.. nanti dorang dah jemu aku tukar buat lain lak.. tapi takderlah hari-hari aku mendonut kang bukan anak aku yang mengebu.. aku yang mengebu macam donut tu.. huhuhu..

Hari ni pulak.. aku bagi resepi donut mengebu pulak ye..

Bahan-bahan :-
3 cawan tepung gandum (kalau rasa lembik sangat pepandailah tambah sendiri)
1 sudu mauripan (sepeket 11 grams tu aku bahagi dua je)
2 sudu besar gula
2 sudu besar planta (aku guna pelangi)
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan air suam (aku guna cawan macam kat bawah ni ye ~ dapatlah 24± ketul donut) 

Gula castor untuk digaul bersama donut.

Cara-caranya
~ bancuh mauripan bersama gula dan air suam tunggu sehingga mauripan kembang dalam 15 minit.
~ dalam mangkuk masukkan planta, telur dan susu. kacau hingga sebati.
~ tuangkan mauripan yang dah kembang tadi kedalam bancuhan tadi dan gaul rata
~ masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga dapat doh yang dikehendaki.. melekit ditangan sikit pun tak per.. dan rehatkan dalam 10-15 minit.
~ bila dah kembang tumbuk-tumbuk sikit buang angin. Dan bolehlah dibentuk menjadi donut.
~ Bila donut dah kembang bolehlah digoreng dalam minyak api sederhana dah masak gaul bersama gula castor dan bolehlah dihidang...

Selamat mencuba... mih... mih.. mih..

 Mauripan yang dah dibancuh bersama gula dan air suam.
harus kembang macam ni ye.. untuk dapatkan donut yang mengebu macam tuannyer.. eh..

Tetiba dah siap bentuk donutkan..jauh step buat donut ni pergikan...
abaikan bentuk yang senget-benget ni ye.. tak penting pun.. yang penting bila dah kene minyak bentuk tu semulajadi akan cantik.. tak payah bersusah payah nak beli acuan donut bagai... 


Nampakkan... semulajadi cantik donut tu...
senget-senget sikit tu biasalahkan... takkan nak perfect je semua...
kita pun kekadang ada senget jugak.. 
tapi haruslah cepat tersedar supaya boleh perbaiki apa yang tersenget tukan..
eh.. tetiba ada tazkirah jumaat lak..

oklah... 
sampai sini je..

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Lempeng Jagung

Salam..

Minggu bila ntah aku lepak kat rumah kakak aku.. erk.. tapi rasanya setiap minggu kot lepak rumah dia... huhuhu.... nampak tak pemalas kat situ.. sebab nak lepak-lepak rumah kakak aku kengkonon tak yah masaklah.. sudahnya kene masak jugak.. habis memacam tekak ni nak makan.. bagi idea je kan.. ko nak makan.. ko pegi masak sendiri.. hehehe..

Memacam idea keluar kat kepala apa nak makan untuk minum petang.. nak buat donutlah.. lempenglah.. cekodoklah.. macam-macamlah.. akhirnya terhasillah lempeng jagung.. haaa... senang sekali harung je... 

Korang nak resepi lempeng ni. korang tak minta pun aku bagi sesiap..

Bahan-bahan.
1~ 500 gram tepung gandum
2~ 1 tin jagung (kalau ada jagung fresh lagi bagus) ~ dikisar/blend
3~ 1 biji kelapa parut
4~ Garam secukup rasa
5~ 1 biji telur
6 ~ Air mengikut kepekatan bancuhan. ~ korang agak-agaklah kan... macam tak biasa buat lempeng ni.

Cara-caranya..
~ Sediakan mangkuk yang sesuai. masukkan tepung, jagung, kelapa parut dan air kacau hingga sebati.
~ masukkan telur dan garam kedalam bancuhan tadi dan kacau hingga sebati.. 
~ panaskan kuali dan lengserkan bancuhan tadi.. 
~ bila agak garing dan masak bolehlah diangkat dan dihidangkan...


 Bancuhan yang dah sediakan untuk dimasak.

 Beginilah hasilnya bila hampir nak masak...

Cicah pula bersama sambal ikan bilis..
memang terangkatlah...

bila perut dah kenyang mata pun mulalah nak lip lap... ZzzzzZZ

oklah...

Sekian

Babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Apam beras

Salam..

Dah lama tak berkongsi resepi kat blog aku ni.. hari ni aku nak kongsi resepi Apam beras ngan korang.. Walaupun korang memang dah pro buat apam ni.. sebab senang gile buat apam ni.. Masa aku tak reti buat dulu.. aku ingatkan macam susah sangatlah nak buat apam beras ni.. rupanya senang sangat nak rupanya... chewah.... tapi masa buat berdoa sangat supaya apam tu menjadi.. dahlah peberet aku ni.. 

Terus kepada resepilah ye..


Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
2 1/2 cawan gula pasir
2 sudu kecil yis kering (mauripan)
Pewarna makanan
kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam

Cara-cara
1 ~ belendkan nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur campurkan brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

2~ Dalam bekas lain satukan tepung gandum, tepung beras dan yis dan gaulkan sehingga sebati.

3 ~ masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas tepung dan kacau sehingga sebati.

4 ~ perap selama 3 jam

5 ~ didihkan air dalam pengukus dan balut penututp dengan kain bersih

6 ~ sapukan sedikit minyak pada acuan kecil

7 ~ ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil, masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.

8 ~ masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.

9 ~ hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.

 Adunan yang siap diperap.. kalau lagi lama lagi mengembang..
pehtu badan pun kembang jugak.. hahaha...


 Masuk dalam bekas comel macam ni ye..
gatal nak dua kaler.. hehehe..
barulah ceria anak-anak nak makan..

Dah siap dikukus... 
sedap.. makan dengan kelapa.. tak sedar dah tinggal separuh dalam bekas..
ater dah masak untuk dimakan kan.. haruslah makan..
takkan nak simpan pulakkan..

oklah korang..
selamat mencuba resepi ni ye...
senang sangat semudah ABC..
hehehe

Sekian

Babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

33 tahun

 Salam..

Adoi... bila jarang-jarang update blog ni.. nak mulakan ayat untuk bercerita pun payah.. sampai amik masa 15 minit nak cari ayat untuk permulaan.. kalau dulu hari-hari update blog.. bila bercerita sampai tak boleh nak berhenti menaip pulak.. sekarang ni dah tersekat-sekat.. 

Nak update selalu macam dulu pun payah dah... tak cukup masa satu hal... kekadang bahan nak update pun lupa nak rakam.. takkan nak cerita kosong jekan.. nanti korang yang baca pun bosan jugak... 

Last week 10/11/2014 genap umur aku 33 tahun... dah tiga tahun bernafas dalam usia 30an ni.. alhamdulillah.. diberikan Allah s.w.t kepadaku kehidupan yang indah bersama keluarga.. walaupun ada terselit sedikit kisah duka, sedih dan sebagainya.. aku berdoa semoga aku diberikan kekuatan untuk menempuh segalanya... 

Dalam usia 33 tahun ni jugak aku dikurniakan dengan kelahiran anak perempuan ku pada 28/8/2014.. alhamdulillah... walaupun dah pernah cerita sebelum ni kat blog.. tapi tu adalah saat terindah aku.. semoga anak-anak aku membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. 

Terima kasih en. suami

Supprise yang kengkonon dari en. suami.. hehehe.. padahal aku yang minta kek pepagi hari masa en. suami hantar aku ke opis. 

birthday mama.. 
anak-anak yang dapat habuan.. hehehe
rezeki anak-anak kan...

umur 33 tahun baru dapat sarungkan dress kat anak perempuan..
kalau tak sarung t'shirt, kemeja dan jeans je kan..

Walaupun dah pakai dress cecantik..
tetap kene bedung bila masuk buai..
mana tak kene bedung..
dok kat tilam tak sampai 5 minit dah merengek..

oklah...
kalau dah mula bercerita payah pulak nak berenti..

sekian 

babai..



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Header

Salam..


Header baru.. simple je.. hehehe.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Kisah..

Salam..

x tau nak letak tajuk apa... asal ada jelah..

Semalam aku cuti bawa Ulfah Delisha ke Hospital Klang untuk cek telinga dia.. Maybe prosedur baru kot bersalin paksa ni kene cek telinga baby. Masa Ulfah lahir telinga kiri dia kurang bagi respon tu yang semalam kene test lagi sekali untuk telinga kiri dia. Alhamdulillah telinga kiri dia ok dah.. Doctor pun kata dah takder masalah dan takyah nak buat follow up lagi kat HTAR. Aku pun suke tak yah buat follow up lagi.


Budak banyak ragam semalam.. 
1 jam melalak sebab marah doctor masukkan alat kat dalam telinga dia..
dahlah payah nak pujuk.. sampai tersedu-sedan menangis..
aku pun dah sampai tak tahu nak pujuk macam mana semalam..
glove pun tinggal sebelah tangan je pakai..
yang satu lagi tercabut terus aku sumbat masuk dalam bag.

Kisah pagi ni..
Aku letak Ulfah kat atas tilam ni..
sementara tu aku pun bersiap untuk ke kerja..
bila aku dah siap konon nak amil ulfah untuk susukan dia..
sekali aku tengok Uzrei tengah pangku adik dia..
huhuhu.. aku tak pernah bagi dia pegang..
seriau gak aku.. nasib dia pangku macam tu..
kalau dia dirikan.. takut gak aku dibuatnya..


ok.. tu jelah buat masa ni..

sekian..

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...