Mengebu.

Salam...

Pagi ni angin rajin datang... Aku memang jarang buat breakfast hari bekerja ni... Selalu pengasuh aka kakak aku dah sesiap buat breakfast kat rumah dia.. aku tukang makan sarapan terus je kat rumah dia.. baguskan... bukan asuh anak aku je.. mama pun dia asuh jugak.. untung dapat pengasuh pakej untuk mamanya sekali ni.. kekadang aku balik keje petang amik anak-anak aku kat rumah dia.. kakak aku siap tanya lagi, nak lauk ke? aku apa lagi macam orang mengantuk disorong bantalkan.. laju aku je menganguk. Sape taknak kan.. ater dah letih balik keje.. orang dah hulur makanan.. kite bedal jelah.

Tapi pagi ni aku buat breakfast.. sebab malam tadi kakak aku call suruh buat apam beras.. tapi aku cakap tepung beras dah habis. nak pergi kedai dah malam sangat. sebab tak sampai hati aku buatkan donut jelah... Bahan-bahan untuk donut memang sentiasa ada kat rumah... Sebab tu paberet anak-anak aku. Anak-anak aku ni kalau boleh hari-hari nak donut. Aku pun buat jelah selagi dorang tak jemu.. nanti dorang dah jemu aku tukar buat lain lak.. tapi takderlah hari-hari aku mendonut kang bukan anak aku yang mengebu.. aku yang mengebu macam donut tu.. huhuhu..

Hari ni pulak.. aku bagi resepi donut mengebu pulak ye..

Bahan-bahan :-
3 cawan tepung gandum (kalau rasa lembik sangat pepandailah tambah sendiri)
1 sudu mauripan (sepeket 11 grams tu aku bahagi dua je)
2 sudu besar gula
2 sudu besar planta (aku guna pelangi)
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan air suam (aku guna cawan macam kat bawah ni ye ~ dapatlah 24± ketul donut) 

Gula castor untuk digaul bersama donut.

Cara-caranya
~ bancuh mauripan bersama gula dan air suam tunggu sehingga mauripan kembang dalam 15 minit.
~ dalam mangkuk masukkan planta, telur dan susu. kacau hingga sebati.
~ tuangkan mauripan yang dah kembang tadi kedalam bancuhan tadi dan gaul rata
~ masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga dapat doh yang dikehendaki.. melekit ditangan sikit pun tak per.. dan rehatkan dalam 10-15 minit.
~ bila dah kembang tumbuk-tumbuk sikit buang angin. Dan bolehlah dibentuk menjadi donut.
~ Bila donut dah kembang bolehlah digoreng dalam minyak api sederhana dah masak gaul bersama gula castor dan bolehlah dihidang...

Selamat mencuba... mih... mih.. mih..

 Mauripan yang dah dibancuh bersama gula dan air suam.
harus kembang macam ni ye.. untuk dapatkan donut yang mengebu macam tuannyer.. eh..

Tetiba dah siap bentuk donutkan..jauh step buat donut ni pergikan...
abaikan bentuk yang senget-benget ni ye.. tak penting pun.. yang penting bila dah kene minyak bentuk tu semulajadi akan cantik.. tak payah bersusah payah nak beli acuan donut bagai... 


Nampakkan... semulajadi cantik donut tu...
senget-senget sikit tu biasalahkan... takkan nak perfect je semua...
kita pun kekadang ada senget jugak.. 
tapi haruslah cepat tersedar supaya boleh perbaiki apa yang tersenget tukan..
eh.. tetiba ada tazkirah jumaat lak..

oklah... 
sampai sini je..

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tang acuan tu memang klako.. hahaha

    ReplyDelete
  3. tang acuan tu memang klako.. hahaha

    ReplyDelete
  4. xcited nk komen kihkih....

    ReplyDelete
  5. memang untung sgt rasa hati bila ada yg offer food kannnnnn....

    i suka donut...
    tapi memang idok ler nak buatnya...
    malas...
    so beli je dgn alasan...
    nak makan seketui dua je tak berbaloi nak buat muahahahaha...

    ReplyDelete
  6. Ini kalau celup coklat letak warna-warni dah sama dekat Dunkin Donut ke Apple Sya..

    Tapi kakak tetap suka versi macam ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...