merisik kabar yang jauh mata..

 Salam..

Dua hari cuti dua hari jugaklah blog berehatkan.. bukan apa hari cuti adalah untuk familykan. Tapi kalau ada terlebih masa tetap jugak mengadap blog ni.. Tapi selalu BW jelah tanpa tinggalkan jejak. huhuhu...

citer seterusnya aku nak tepek Udang masak masam manis.

Udang masak masam manis

400 gm udang (saiz sederhana)
1 inci halia - dititik
4 biji bawang putih - dititik
2 biji cili merah - di belah dua setiap satu
1 biji bawang besar -dihiris bulat
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
2 camb sos tiram
2 inci nenas - di potong dadu (aku guna nenas dalam tin je.
1 batang carrot - dihiris 
1 biji tomato - belah
4 1/2 cawan air garam & gula secukup rasa
@}--- kalau korang nak tambah sayur lain macam kobos bunga, brokoli pun boleh tambah jugak.. suka hati kiterlahkan, kiter yang nak makankan... lagi banyak lagi meriah dan lagilah kenyang perut tu.. ---{@


Cara-cara

Udang dibersihkan dan dibuang belakang. Tumis halia, bawang putih & cili merah hingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau sebentar dengan bahan tumisan & kemudian cepat² masukkan air & carrot. Biarkan hingga carrot empuk & kemudian masukkan udang,bawang, tomato & serbuk lada hitam. sementara menunggu udang masak, perasakan hidangan dengan garam & gula. Sukatan saya x dapat nyatakan disini coz main agak² saje tapi pastikan gula tu x menenggelamkan rase masam n sebaliknya.

 Ikan gerut paberet aku.. digoreng je
Masakan aku ni kalau takder ikan goreng memang taksah, Rasa tak lengkap kalau takder ikan goreng.

OKlah selamat menjamu selera.. nak g masuk seminar Halal untuk satu hari ni.. Malam karang kalau ada kesempatan aku BW blog korang ye.

ok.. dah habis...

Mee Udang

Salam..
ni sebab malam tadi aku masak mee udang.. malas nak tepek lagi, aku keluarkan jelah n3 lama.. huhuhu..

aku selalu dengar mee udang kuala sepetang je
sampai kecur aku tenggok mee udang kuala sepetang tu
jadi kali ni aku nak masak mee udang versi aku lak

nama mee ni.. Mee Udang Esah....
sebab resepi dia aku main belasah je.. hehehe

korang layan gambar pemprosesan mee udang ni ye
antara bahan-bahan yang diperlukan ye..



Cili kering, Bawang putih, Bawang merah dan Udang kering (dikisar)
biasa orang guna belacan, tapi kat rumah aku takder belacan aku ganti udang kering je.. 
lagi pure mee udang tu.. hehehe
Tahu - digoreng dahulu ye (sebagai hiasan je jika suka)

bahan yang aku rasa penting jugak dalam masakan ni..
sos tiram, sos cili dan sos tomato

Udang ikut banyak mana korang sukalah.. lagi banyak lagi best.. puas tekak makan udang nanti..
Fishball saje je aku masukkan nak biar nampak meriah.. klu korang nak lagi meriah
boleh ikut cara aku.. hehehe
ke korang ada lagi idea untuk meriahkan mee udang ni.. bagi tau aku ye..

Mee kunig dan sayur sawi - dicelur ye..
ada orang masukkan je sayur sawi tu dalam kuah mee udang.
tapi aku tak suka.. nanti sayur tu lebam pulak..

kat bawah ni pulak cara2 menumis kuah mee udang ye..

bila minyak dah panas, masukkan semua sekali bahan yang dikisar tadi..
tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak dan bau ye.. 
kira sampai masaklah cili tu..

 bila dah nai minyak masukkan sos cili, sos tiram dan sos tamato
anggaran sos tu semua dalam 2 sudu ye..
kalau rasa kurang pandai2lah korang tambah.. hehehe

 bila dah masukkan semua bahan tadi.. dan baha tu pun dah naik minyak n bau..
bolehlah masukkan air.. air agak2 koranglah ye.. sebab kene ikut jugak kepekatan kuah tu..
tapi kuah mee udang ni tak pekat pun.. 

bila kuah dah mengelegak baru masukkan udang dan fishball tadi..
tunggu dalam 5 minit @ kuah mengelegak semula
baru matikan api dapur... 

bila dah siap kuah.. 
bolehlah dihidangkan kepada tetamu korang..
tapi malam tadi rumah aku memang ada tetamu pun.. 
untuk lebih sedap.. letak bawang goreng dan daun sup..
ok.. sedia untuk dimakan...

itu saje kelas memasak hari ni ye kawan2..
sharing is caring.. betul ke ni ayat dia..
bantailah.. hehehehe

sebab makan mee udang malam tadi.. gini dah jadi rupa aku..
saje nak enterprem satu n3 ni.. hehehe

apa nak letak ni.. ntahlah....

Salam... 

Jom serapan goreng pisang tanduk.. Sape suker pisang tanduk? cer komen kat bawah.. hahaha..  Senangkan tak yah nak angkat tangan bagai. Aku suke pisang tanduk walaupun rasanya ada masam-masam tapi kalau cicah dengan gula pergh.. sedap betul.. macam berlawan je rasanya..

oklah ni aku tepek resepi pisang tanduk kat korang. melampaukan resepi pisang goreng pun nak tepek dalam blog.. Mestilah kene tepek manalah tau nanti nak buat rujukan senangkan. Aku ni kekadang lupa jugak cara nak masak walaupun resepinya senang ya amat..

senang citer tepek dulu gambar ye..

Pisang tanduk yang dah digaul dengan tepung.

sedang digoreng dalam minyak yang panas..

Tada dah siap untuk dimakan... 

Resepi mudah..
3 biji pisang tanduk (dipotong serong dan nipis.. agak-agaklah ye)
2 sudu tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (Ikut keadaan tepung tu, Kalau likat sangat tambahlah lagi)
1 biji telur 
secukup rasa garam
secukup rasa serbuk perasa (kalau korang sukalah, tak letak pun takper)

Cara-cara
Gaulkan semua bahan-bahan di atas
Kemudian masukkan pisang yang dah siap dipotong.
Gorengkan dalam minyak yang panas..
Bila dah kekuningan silalah angkat untuk dihidangkan..
Siap..

Selamat mencuba.. resepi mudah ni.

Hidangan sampingan.. Lempeng hangus bersama daging masak hitam... abaikan keadaan lempeng yang kurang upaya tu ye..

Abaikan juga keadaan yang berselerak kat cabinet tu ye.. almaklumlah dapur.. huhuhuhu.. tak sempat nak kemas lagi..
Uzrei dan Uzair tengah menjamu selera.. diorang masa ni tengah makan lempeng.. sebab pisang goreng belum siap lagi...

Tengok si Uzrei makan.. siap moncong-moncong mulut lagi.. sedap sangat kot.. hahahaha... sedaplah sangat.. padahal makan lempeng je.. Pehtu dah kenyang pisang goreng aku diorang tak layan.. aku jelah layan dengan en. Suami.

Oklah.. Selamat menjamu selera... 

Buat keje dululah ye.. hoyeee... keje dua hari pehtu cuti.. lagi.. best.. best.. best..

Hati sunyi.. Jiwa meronta-ronta...

Salam.. 

Hari ni entry bergambar jelah ye.. sebab banyak no gambarnya..

bukan aku yang meronta-ronta.. tapi si Uzrei ni yang meronta-ronta ajak aku ke Pizza Hut..

Sampai je sana.. macam nilah keadaan diorang.. tak reti duduk diam.. 
masa ni aku tengah order pizza.. Nasib ada adik aku dialah yang tolong tenggok2kan..
aku order set.. menu baru Cheesy pair Deal RM 41.90 Dapatlah Larga Pizza, 1 Jug air, 1 Garlic Bread dan 4 Mushroom soup.

Pizza baru Cheesy Pair Deal... oklah sedap.. tapi macam berlemak sangat.

Garlic Bread...

Meatball bolognise.. Takder dalam set ye.. ni aku yang order.. teringin lak..

Deli chicken wing

 Chocolate Volcano..

air apa ntah aku lupa.. tapi ada rasa chocolate. Untuk si Uzrei..

 Uzrei tengah hirup soup... berselera betul.. bermakna dia memang nak makan pizza..
Biasanya dia layan KFC dgn mcD je.. Sebab kat dua tempat ni ada mainan... Tapi kali ni dia asyiklah nak ke pizza je..

En.. Suami tengah melayan karenah anak-anak..

Dah selesai... tinggal sikit je balance yang ada... 

Total semuanya adalah RM 87.65 sahaja.. Alhamdulillah rezeki anak-anak aku..

Ok.. Dah habis..

Selamat bercuti Deepavali 261011..


Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati

Salam.. 

Indah hari ni.. Cuaca adalah baik harap sampai kepetanglah cuaca ni panas.. Dan berharap sangat kain yang dijemur kering.. tak sanggup nak biarkan kain tu lembab je.. 

hari minggu apa cer.. Ada yang pergi gathering kat rumah kakcik seroja kan.. pergh.. tengok gambar dalam blog kakcik meriah betul.. tu belum tengok kat blogger2 lain lagi.. kejap lagi aku nak BW slow2 kat blogger yang ada citer gathering semalam. Yelah.. dahlah tak dapat pergi sebab keadaan kesihatan.. Dapat tumpang gembira tenggok gambar pun jadilahkan... 

Hari minggu ada jugak dapat jemputan kenduri kawen.. Pergi pun kejap je, tak lama pun menyingah yang penting ada tunjuk muka. Nanti orang chop tak bergaul dengan orang sekeliling pulakkan. Tapi kat rumah mesti kena siap masak2 jugaklah.. Hero aku tu bukannya makan sangat lauk2 kenduri ni.. Yelahkan kang terpedas pulak lauk-pauk tu tak bleh lak diorang nak hadap.. Jadinya sebelum pergi kenduri tu.. Masaklah dulu untuk hero dua orang tu.. karang aku gak yang tension... asyiklah minta syik... syik... (sebut bunyi nasi ye)

Aku masak ayam bakar bermayonis je.. masakan orang malas ni.. sebabnya.. aku tak perap pun ayam tu.. aku cucuk2 je ngan garpu bagi rasa tu masuk dalam isi ayam.. (nak resepi nanti aku bagi diakhir rancangan ye)

Ayam tengah dalam proses pembakaran...

Tadaa... dah siap di bakar.. bolehlah disantap...

Tapi ada jugak sayur untuk memenuhi hidangan ni..
Apa nama masakan ni pun aku tak tahu.. hahaha..
kira namanya sawi masak sos tiram curah kicap.. panjang nyer nama...

Takdernya nak makan cara western ni.. Tetap jugak makan dengan nasi.. kalau takder nasi tu rasa perut tu macam ada ruang kosong je.. tak kenyanglah senang citer..

adik aku dan budak yang asik minta syik.. (nasi).. agaknya baru lepas baik dari muntah+ceriberi dia punya selera dan bangkit kot.. nak topup balik mana2 lemak yang dah hilang.

ok ni resepi ayam bakar bermayonis.
  • 1/2 kilo ayam. (potong sedang.. kalau korang tak nak potong pun boleh)
  • 1 sudu italian herbs.
  • 1 sudu rosemary herbs
  • 1 sudu serbuk lada hitam.
  • 1 sudu serbuk Paprika (kalau takder serbuk cili pun boleh)
  • 4 sudu mayonis (Kalau nak lebih lemak.. tambahlah lagi) 
  • 1 kiub ayam Knoor
  • garam dan ajinomoto secukup rasa

  • Gaulkan semua bahan dan bakar atas permangang.. dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba..


Ok.. dah habis.. hari ni kena slow2 BW..

tata... babai..

cerita - ceriti sabtu lepas

Salam.. 

Sabtu lepas aku balik kampung, sebelum tu singgah kejap kat Tesco Kuala Selangor nak beli barang basah untuk makan tengaharilah. Sebelum makan tengahari aku ngan anak buah aku lepak sarapan dulu kat satu kedai tepi tesco tu. Nama kedai makan tu tak pulak aku ingat.. aterr... dah genap 7 hari baru aku nak citerkan. 

Jom kita sarapan.. walaupun dah masuk lunch baru nak bersiarankan... Dasar malas...

Teh ais dan teh panas..  seiring sejalan..

Kuih bingka tepung, karipap, Cucur badak dan keria.. Sedap semuanya..

Nasi lemak RM 1.20 dengan telur mata.. Sedap nasi lemaknya sesuai pada sesiapa yang sukakan kepedasan.. 

lepas sarapan.. berdesup masuk tesco beli apa yang perlu lepas tu baliklah...
Tapi sebelum balik singgah sebentar beli waffle peanut + kacang.. paberet aku tu.. Tapi takder gambar sebab ada kejadian yang tak dapat dielakkan berlaku masa tu.. tak fikir apa dah.. huhuhuhu

Si uzair tengah melayan biskut munchy dia.. minta seketul pun tak bagi..
Mama yang beli tau...

Sampai rumah.. masak-masak dan masak seperti entry yang lepaslah ye.. ada aktiviti lain pulak..

Asalnya aku nak tampal balik batu-batu kerongsang yang jatuh.. Sekali mak dan adik aku sekali join nak tampal jugak batu-batu diorang disamping nak mengilatkan kerongsang diorang tu...
Alahai aku lupa nak bagitau.. aku kilatkan kerongsang tu pakai quitic(betul ke ejaan aku ni) lebih senang pengilat kukulah.

Oklah tu jelah cerita merepek dari aku ni... 

Selamat bercuti hujung minggu... aku nak makan nasi ayam jap.. bai.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...