can malican.. hai ketipung payung...

Salam....

Hari jumaat yang penuh dengan keceriaan hari ni.. Mana tak ceria pepagi lagi aku buat header untuk blog aku.. Yelah dah lama blog aku ni tak berheader. Walupun header simple je.. tapi sedap jugak mata aku memandang.. Takderlah kosong jekan.. Sekurang-kurangnya orang tahu ni blog akulah.. hehehe.. Itu pun aku nak citer kat. 

Korang yang rehat lama hari jumaat bestlahkan.. leh lah g soping disamping menambah barang-barang keperluan anak2.. aku takdernyer rehat lama hari jumaat.. Tetap macam biasa jugak. Tapi aku bukan nak buat persediaan besar pun.. Uzrei pun baru nak masuk tadika untuk 5 tahun. Kira lagi 2 tahun baru buat persiapan besar.. Tapi aku tetap teruja jugaklahkan.. Beli pencil box, beli kasut, beli stokin, baju baru dua tiga helai sementara tunggu baju tadika dia siap.. hehehe.. yang paling teruja aku nak beli bag sekolah Agry bird untuk uzrei.. Bukan uzrei yang teruja tau.. hahahaha... mama dia yang overkan. maklumlah 1st time anak sekolah.. kekeke.. orang lain dah tak heran punkan. aku je yang lelebih.

tu jelah cerita keterujaan aku menjelang anak nak sekolah nanti..

Ni citer malam tadi. Dah lama tak makan sardin. Sekali singgah kedai beli sampai 2 tin sardin. Sampai rumah rehat lebih kurang. Teruslah teruja jugak nak masak sardin.. Tetap jugak 2 tin sardin tu aku masak.. Lepas tu tamak tumis pulak sayur kacang pancang dengan telur dadar tiga biji.. Tulah kalau dah tamak memang macam tu.. Agaknya dalam pale fikir yang lauk tu tak cukup je.. Nasib baik tetap jugak tak membazir boleh gak bawa bekal untuk makan lunch tengahari nanti.

Sambal sardin semangkuk besar... letak sikit kentang yang dah separuh digoreng... herm.. punyalah lama tak makan sardin.. Jadinya penyakit teruja tu telah menguasai diri... tak bagus betullah.

 kacang panjang tumis bodo.... sebab tamak sangat kengkon nak ada sayurlah.. Sekali adik aku sound aku. "kak, kan dah ada kentang dalam sardin ni.. yang ko masak sayur buat apa? membazir je" aku "erk... terkedulah" sebab tau kesalahan sendiri..


Telur dadar berlava.. sebabnya kalau pecahkan tengah2 telur tu akan keluar telur yang separuh masak.. paberet aku tu... nasib baik telur dadar ni habis dibedal...

Psst : tengahari nanti nak kene ulang balik makan sardin malam tadi.. hohoho

7 comments:

  1. sardin tu makan dgn roti pon sodap yo !

    ReplyDelete
  2. wow! sedapnya lauk sardin!
    iols suka gak lauk sardin ni...
    dedulu my kids tak makan lauk sardin
    kena paksa ngan iols - la ni makan lah jugak...
    tapi - tetap kena paksa makan
    keh keh keh

    ReplyDelete
  3. kakratu..kekadang makan simple camni la yg buat lin tambah 3 kali..hahaha...

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa lauk cik ratu... telan air liur jer la...hehe

    ReplyDelete
  5. nyum2...agak lama jugakla yat xmakan sardin ni....agak2 pe la rasanya skang ye..hehe

    ReplyDelete
  6. menu camni mmg best layan sesekali..tmbh2 dgn nasi panas,,terangkat..mau bertambah2 ni..hee~

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...