Bersama Abah.

Salam

Minggu lepas balik kampung.. Kampung kat tanjong karang je.. hehehe... nak kemas apa yang patut kat rumah tu. Dah dekat sebulan lebih rumah kat kampung tu tinggal kosong. Sebab bawa abah gilir-gilir tinggal kat rumah adik beradik. Sebab kesian tengok abah macam bosan je.. tu yang hantar sekejap kat kat kampung.. Bagi abah buat regangan otot dulu kat kampung.. Nanti baru amik balik. Tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan abah kat kampung, Tapi nasib baik ada kakak aku kat sebelah rumah abah tu.. bolehlah tengok2 dan hantar makanan kat abah nanti.

Hari ahad sebelum kitorang balik ke klang, Bawa abah pergi sarapan pagi kat luar.. Tak tahu kemana akhirnya ke sekinchan. Singgahlah kitorang kat Restoran Rasane Bistro, Sekinchan.

Makanan memang meriah.. memacam pilihan lauk ada... 

Abah dan kakak ku yang sulong...

Menanti hidangan sampai.. memacam ragam.

Ada yang dah sampai atas meja.. hahaha

Hidangan dah sampai... semua muka ceria je..

kenapa dah dengan bebudak ni.. eksaited sangat...

Abah dengan cucunya... yang baju purple tu bukanlah cucu.. tu menantu.. hehehe..

Makanan yang ada memang tak mengecewakanlah.. lelagi roti canai.. memang sedap..
tak rugi makan kat sini.. Harga pun berpatutan..
Dengan kami yang lebih dari 10 orang ni. semalam total bayaran hanya RM50.30
memang berpatutanlah...

Restoren Rasane Bistro Sekinchan ni bebetul depan jalan besar.

sekian

 Babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Opsie bread...

Salam...

Aku hari tu ada tertengok menu kat satu blog ni.. Dia buat opsie bread.. sebenarnya opsie bread ni untuk ahli-ahli yang tengah berdiet.. aku pun tak nak ketingalan merasa jugaklah opsie bread nikan..

 ni yang dah siap di bancuh

Bahan - bahan dia mudah je..
2 biji telur
4 sudu cream cheese
1 sudu cream of tartar

caranya
~ asingkan kuning dan putih telur
~ putar putih telur hinga bila ditelangkup tak jatuh
~ campurkan kuning telur dan cream cheese putar hingga sebati
~ gaul kaup putih telur dan campuran cream cheese.
~ akhir sekali masukkan cream of tartar.

 Rupa selepas siap dimasak.

 Ada lebihan bebola ayam yang aku buat sebelum ni.. aku masak dalam magic pan.

Potong salad hijau sikit..
letak mayo n sos kat tepi..
bolehlah dimakan..

nyum... lembut je opsie bread ni.. rasa dia lemak2 sikit.. sedap..
kalau sejuk lagi sedap.. hehehe..

sekian

babai..



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Masih ada yang murah..

Salam..

Semalam dengan tak dijangka dalam jam 5.30 petang kakak aku call ajak bakar-bakar ayam. Benda kalau tak plan memang menjadilah.. cuba kalau plan.. postpone esoklah.. lusalah.. minggu depanlah... sudahnya tak buat langsung.. Memang selalu yang terjadi bergitulahkan.

Berdedai lah aku dengan kakak aku ke giant port klang nak beli bahan-bahan untuk BBQ... Sampai umah pun dah dekat jam 7.00 petang... buat apa yang patut then terus prepare bahan-bahan BBQ tadi... Tak ada semua adik badik pun.. dah nama tak dirancangkan.. adik badik terdekat jelah dapat ajak.. yang jejauh.. nanti next time kalau buat baru ajaklah ye...

Tapi kalau ada yang lelain lagi meriahlah.. mesti memacam ragam yang ada.

Tak masak guna bara-bara pun..
masak atas dapur gas je.. senang.. kang nak hidup api berejam je.

Separuh lagi masak kat meja makan...
jadinya cepatlah proses memasa tu.. sekejap je dah boleh makan..
maklumlah bebudak ni eksaited nak makan kan..

See... berkerumun bebudak kat meja makan ni...
semua dah tak sabar nampaknyer...

Ipar duai ku.. yang nampak hidung tu... my en. Suamilah.. 
masa ni dah siap.. apalagi serbulah makan..


 Yummy... 
ni yang aku makan..

memang sedap air tangan kakak ku..

Pastu masa nak bayar kat kaunter.. nampak minyak ni berlongok kat tempat-tempat yang nak jual murah..
sok... sek.. sok.. sek.. ngan kakak aku.. murah ke minyak tu.. Sekali tengok memang murah.. RM5 je minyak ni.. yang berat 2.5 kg.. apa lagi.. kitorang sauk 6. 2 untuk aku dan lagi 4 untuk adik dan kakak aku..

oklah tu je kisahnyer

sekian

babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Bebola ayam tapi leper..

Salam..

Hari ni breakfast dan lunch makan ni je.. hehehe...

Nugget ayam..
sebab terliur dengan Bebola KFC cheewy cheese KFC.
Pagi tadi aku buat breakfast ni untuk bawa ke Office.
Tapi aku takderlah letak Bread crump tu.. takdo pun kat umah..

Ni aku nak share resepi dengan korang... sesikit nak sharekan..

Bahan A
1 Peket daging ayam kisar Ramly. (aku malas nak kisar ayam sendiri, segera sudah)
1 biji telur
1/2 sudu kecil Italian herb
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan B
3 keping cheddar cheese (untuk inti dalam bebola ni)

Cara
Gaulkan kesemua Bahan A hingga sebati. Lepas dah sebati.. bentukkan bulat dan lubangkan di tengah untuk masukkan cheddar cheese. buat sehingga siap. Dah siap bolehlah di goreng dalam minyak yang panas atau pun atas dalam magic pan dengan minyak yang sedikit..

4 Ketul bebola ayam leper yang dibawa ke opis. 1 ketul aku makan masa breakfast.. tapi sebab dah rasa kenyang. Yang balance 3 ketul tu aku makan masa lunch.. tapi pergi kat kantin beli telur dadar.. hehehe..

Oklah.. korang selamat mencuba ye..

Sekian 

babai.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Bun Sosej

Salam..

Korang layan jelah.. aku tengah malas nak mengarang ni.. hehe 

Malam tadi kebosanan..
aku teruslah menguli tepung
buatkan Bun sosej untuk serapan bebudak pagi ni..


 Tak sekata pulak kekuningan tu..
ada gangguan dari budak kecik..

 Sosej tak cukup..
aku buat bun kosong je..
dapatlah 8 biji..

sekian

babai.




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Sejuk perut mak...

Salam..

Usyair Darwisy tengah azan.
Video yang dirakam oleh anak buah aku..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Sudah terhantuk baru terngadah

Salam..

Kekadang tak faham dengan masyarakat sekarang... Bila diberitahu pun salah, Tak beritahu pun salah.. Minggu ni sahaje dah diberitahu kat kawasan sekitar selangor dan kuala lumpur akan mengalami gangguan bekalan air. Sebab proses pembersihan loji air untuk keselesaan dan kegunaan kita.. tu yang aku fahamlah...

Berita ni pun dah diberitahu dalam paper, dalam berita, lelagi mana yang suka berfacebook dah terang-terang ada member yang share artikel tentang gangguan bekalan air ni. Bila dah diberitahu.. tindakan yang perlu kita amik mestilah simpan air sebanyak mana yang boleh. Mana yang boleh dibasuh sebelum air takder kita basuh dulu. Supaya takderlah banyak keje kita nanti bila air dah dibekalkan semula.

Ni tidak membisinglah dalam facebook kata air dah takder nak basuh itu ini, Dah tahu awalkan air takder untuk minggu ni.. stoplah dulu sesi membasuh yang jenis major ni.. simpan air untuk keperluan basuh pinggan, memasak dan sebagainyalah.. Tak perlulah nak bising-bising init tak boleh basuh..itu tak boleh basuh... ke nak simpati.

Memanglah gangguan bekalan air tu katanya berlaku dari jam 8 pagi hingga 8 malam macam tu kot. Tapi dah nama proses pembersihan manalah kita tahu malam pun takder air jugak. Sebab tu berita tu kata kemungkinan sampai hari ahad ni. Jadinya kita sebagai pengunalah yang kene bersedia awal. Kalau ada air tu cecepat tadah. Boleh simpan esok lusa pulak. Bersedia itu lebih baik.

Herm... kekadang aku tak faham.. dah tahu tapi tetap nak bising-bising kat laman sesawang.. Sudahnya terpalit kan diri sendiri jugak.. bising-bising untuk apakah itu?... Ada saja yang tak puas hati kat hati memasing. Susah satu pihak nak puaskan hati untuk semua orang.

Lagi semalam dengar berita dari pihak syabas.. yang diorang menerima beberapa aduan tentang masalah gangguan air.. aku dah macam.. erk.. erk... bukan dah diberitahu awal ke.. kenapa masih ada aduan.. huhuhu.... erm.. positif maybe dia takder tv, surat kabo dan lain-lainlah... herm... entahlah.....

Jangan menjadi bak kata pepatah..

Sudah terhantuk baru terngadah (*mendonggak)


satu perumpamaan mengenai kejadian. yang membawa maksud apabila sesuatu perkara buruk telah terjadi barulah keputusan nak dibuat mengenai terjadinya perkara buruk tersebut. atau dengan kata lain baru hendak melaksanakan tindakan bagi menangani masalah tersebut

Psst ~ aku Mohon maaflah ye atas pandangan aku ni... Rasa terpanggil nak menulis.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Joget

Salam..



dak Usyair Darwisy ni..
dah memacam..
apa aksi kat dalam tivi semua dia nak buat..
geram je aku tengok dia...
gigit kang




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Cheesetart..

Salam...

Dah lama aku tak membaking cheesetart ni.. Kebetulan lak last week anak buah aku bertunang. Tak tahu nak bagi apa kat kakak aku sebagai buah tangan.. (dah macam makcik2 kan).. Sekali dapat idea nak bagi cistat. Cuti Sultan Selangor tu aku dah mula buat shell tart tu dulu. supaya tak terkejar-kejar dalam satu masa nak buat dua keje.

Dah siap uli..

dan dah masukkan dalam acuan..
keje nak tepek-tepek dalam acuan ni yang leceh..
menguji kesabaran betullah..

Dah siap bakar 
simpan dalam bekas kedap udara..
jumaat baru nak masukkan filing cheese n blueberry..

 
Buat dua 
satu strawbeery dan satu lagi blueberry..

dah siap isi cheese..
kalau tangan tu dah keras..
memang buruklah rupa deko tu..
asal tak kosongkan..

Amik 4 ketul untuk makan anak beranak..
terus ko naik sekilo minggu ni berat aku..
huhuhu..

Bagi sikit untuk buat hantaran..
main belasah je aku deko ni..
asal ado je..

Rupa selepas selesai dihias..
dah selamat sampai pun kat belah perempuan.. hehehe

korang kalau nak resepi ni.
boleh masuk kat link bawah ni

oklah.

sekian

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...