Bergambar macam-macam..

Salam...

Penat tak habis lagi ni.. Direct seminggu melepak kat rumah kakak aku. Bukan melepak kosong-kosong je.. ni melepak buat keje kenduri.. huh... penatnya diri sendiri jelah yang tau.. hahaha... dengan nak balik mengundi lagi.. tu pasti.. tanggungjawab.. kenduri macam mana sibuk pun.. mengundi tetap balik dan pangkah parti yang aku yakin..

Oklah.. aku takder mood sangat nak citer banyak.. layan jelah gambar yang ada kat bawah ni.. buat2 cuci mata dihari rabu ni. Jangan mata korang juling sudah dengan gambar yang banyak sekali ni.. aku langsamkan je..

1/2/3-5-2013

Sesi mempacking goodie bags.. nak patah pinggang dibuatnya.

Lukis inai ditangan pengantin..
disponsor oleh sepupu aku.
Kalau ada sesiapa nak tempah lukis inai ni. bolehlah email aku.
nanti aku bagi no telipon sepupu aku ni.

Dah siap lukis... keesokkan hari sebenarnya...

Bilik pengantin..
Buat simple je. sebab bilik kecik..
nak letak macam2 takut bertambah semak pulak. 

Pandangan sisi..

Sabtu 4/5/2013

Perantin dengan mak andam..
nilah adik aku... Majlis tetap jugak dijalankan pada 5/5/13

Aku dengan perantin... pucat lesi muka aku... huhuhu..
tu tandanya penat sangatlah...
ni pun curi2 masa amik gambar dengan perantin..

Pengantin tembam...

Berdebar nak menanti akad nikah... muka pun gabra je... 

Perantin dengan mak aku..
Dah selesai nikah.. alhamdulillah dah selamat nikah.. sekali lafaz je
aku tak amik gambar dengan suami dia.. hehehe... tu nanti2 aku buat entry lain ye..

Ahad 5/5/2013

Tibalah hari untuk menentukan pemimpin negara kita.
walaupun penat dengan kenduri.. kewajipan harus ditunaikan.. 
tetap balik ke Tanjong Karang untuk mengundi.
Aku mengundi di sekolah kebangsaan Sg. Sireh, Tanjong Karang. Selangor.
Dun Sg. Burong. Parlimen Tanjong Karang.

Menanti giliran.. Tak ramai sangat sebab awal pagi lagi.. aku antara orang yang ke 15 macam tu lah...
nasib baik kitorang semua satu saluran je. Semua dapat saluran 4.

Perantin muka pucat lesi... sebab pepagi dah bangun.. bayangkan lepas je malam berinai kat klang. dalam jam 11.30 malam kitorang otw balik tanjong karang. jam 5 pagi dah bangun nak siap2 pergi mengundi. punyalah eksaited nak mengundi..

Akhirnya dapatlah calitan biru ni...
tapi jari aku calitan paling hodoh.. huhuhu
pegawai SPR tu terletak banyaklak dakwat. sampai mengalir ke jari aku..

Dah sampai klang balik... untuk majlis persandingan adik aku...
Gambar untuk majlis persandingan nanti aku update ye..
yang tu aku tak sempat nak amik gambarnya..
sibuk dengan anak aku je..
ni pun berposing sambil buai anak.. hahahah...
hilang glamour sekejap..

OKlah... tunggu next entry ye..

Sekian...

Babai... 



Sekiranya korang berminat JOIN Sophie Paris. Hubungi je aku.. aku akan terangkan caranya. Bermula dengan yuran keahlian sebanyak RM15. Dan akan mendapat keuntungan yang tidak dapat dijangkakan.

 Tel : 0196993415 Email : ffmbaishah@yahoo.com

 

10 comments:

  1. kakak perantin banyak kerja buat tu pucat je muka hihi. suka tengok inai merah2 cantik. bila lah daku nak kawen uhuk uhuk uhuk

    ReplyDelete
  2. Mmg letih kak...almaklumlaaa kite sedare tedekat pengantin....mmg byk bende nak buat....comel adik akak...berseri2 seri pengantin tu...suke tgk make up die....sweet jek....

    Kenangan bermakne ni kak tuk adik akak sbb tarikh kawin same dgn pru hehehehe

    ReplyDelete
  3. kak, resepi lasagna tu saya refer sini. http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/12/resepi-lasagna.html

    highly recommended ! memang best

    ReplyDelete
  4. sweetnyer sipengantin baru..memang penat bila ader majlis gini tapi seronokkan...
    kemain lawo lagi inainyer tu...

    ReplyDelete
  5. rosak tak inai perantin kena dakwat kekal tu? :)

    ReplyDelete
  6. Dah macam kat kedai runcit tgk penuh kotak2 barang nak siapkan goodies tu! haha

    ReplyDelete
  7. posing sambil buai anak tu le yg paling cun

    ReplyDelete
  8. Selamat Pengantin Baru buat adik ko Kebaya...bila ko ckp penat tu..mcm akk pulak merasakan kepenatannya..Majlis Kawinnn oooo..bukan sikit dia punya penatttt..fengsannn....

    ReplyDelete
  9. selamat pengantin baru unt adik pn kebaya. Nampak slim je kakak pengantin. shawl pic last tu tantekkk sangat, saya suka.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...