Roti manis
Salam..
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Alhamdulillah.. dah tiba hari khamis dan esok jumaat.. hehe.. sabtu cuti.. hoyee.. tu je tau kan bila nak tiba hujung minggukan... mestilah eksaited kan.. hari bersama family.. Insya Allah malam esok nak balik rumah mak mertua kat hutan melintang. Anak-anak dah asyik tanya bila nak balik rumah opah je kan... jadinya malam ni kene packing baju.. bagi anak-anak happy.. selagi tak nampak packing selagi tu bertanya pulak.
Malam tadi asyik berBW ke beberapa blog. Dalam kepala kengkonon nak cari idea untuk buat breakfast pagi ni. Bila bw bacalah beberapa blog yang buat roti manis dan roti manis bercheese lah. Dalam hati kata ada beberapa bahan yang dalam resepi ni ada.. Ok.. jom buat roti.. hahaha.. terus dan.. dan .. jam 10 malam menguli tepung.. dahlah buat roti ni nak kene banyak rehat.. bukan aku yang kene rehat.. tapi roti tu yang kene rehatkan diri.. sambil tu aku pun berehatlah jugakkan..
Disebabkan aku malas nak guna mixer aku uli tangan je... rasalah sasa jugak lengan aku malam tadi.. malam tadi jelah.. pagi ni dah flat pun lengan aku tu...
ni aku bagi resepinya ye.. disebabkan ada bahan yang takder aku tak letaklah.. tapi korang ikutlah resepi ni.. jangan derhaka macam aku pulak... kang ketulahan... bukan ketulahan apa.. manalah tau tak menjadi pulakkan.. tapi alhamdulillah.. walaupun aku menderhaka tapi nasib jugaklah menjadi..
Resepi
*1 biji telur
*2 Sudu besar susu pekat
*1 sudu besar susu tepung
* + Air sejuk peti ais
(Bahan bertanda * diatas ni campurkan semua dan tambah air sejuk sehingga sukatan mencapai 300ml)
2 sudu kecil mauripan
(rendam dalam air suam hingga berbuih)
1 sudu kecil shortening
(aku tak letak, sebab takdo dalam esbok)
500 gram tepung gandum
3/4 cawan gula
2 sudu besar marjerin
Caranya (breadmaker @ uli tangan)
aku pilih uli tangan.. hahaha...
Masukkan bahan yang dicampurkan bersama tepung gandum, gula, marjerin, shortening dan yis yang telah kembang. Uli sehingga menjadi doh. Bila doh tu kelihatan cantik rehatkan doh selama 30-45 minit (aku 30 minit je, mata dah ngantuk). bila dah kembang doh tu tumbuk-tumbuk untuk buangkan angin. Lepas tu bolehlah bulat-bulatkan dalam bentuk yang sama dan susun dalam loyang yang dah digris dengan marjerin tapi rehatkan dahulu dalam 30-45 minit sampai doh tu kembang bercamtum satu sama lain. Bolehlah dibakar dalam oven selama 15-20 minit dalam suhu 180C.
Dah siap uli doh.
rehatkan doh ni dulu ye...
manje ye.. nak rehat-rehat.
Susun-susun dalam loyang..
hehe.. see.. kerastangan kan... tetap herot perot..
terlebih lak doh nyer 5 biji..
masuk dalam loyang kecik sikit.. tapi lopong-loponglah..
dah nampak kekembangan doh ni... tapi lagi kembang lagi bagus...
Berehat dalam oven..
tadi dah rehat lebihkan..
doklah dalam tu.. lepas tu baru masik tekak aku..
Dah siap dibakar...
tu kat atasnya.. aku tabur gula n cheese.
dan sapu kuning telur+susu..
dan hari ni sarapan pagi roti manis airtangan sendiri..
Yummy.. rasanya lebih kurang macam potato bread...
sedap.. manis-manis gitu.
Tuan tanah dah lama tak enterprem..
dah sama mengebu dengan roti tu dah..
hahaha... bila nak kurus tak tau..
dahlah 7/11/2013 ni company dinner..
tema larut malam..
nak cari kebaya macam nabilla huda lah.. hehehe..
oklah..
sekian
babai.
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Labels:
masakanku
Petang hari
Salam...
dah nak kepetang hari baru nak update blogkan... masih meonglah katakan.. pakkal ada iklan tengah berlari-lari anak sekarang ni.. kalau tak seminggulah blog ni mc.. hehehe...
malaslah aku nak merepek macam-macam hari nikan.. Cuma minggu lepas.. aku gigih nak baking kek.. sebab terpengaruh dengan blog cikinadodocheng.. korang layan jelah gambar aku ni ye..
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
dah nak kepetang hari baru nak update blogkan... masih meonglah katakan.. pakkal ada iklan tengah berlari-lari anak sekarang ni.. kalau tak seminggulah blog ni mc.. hehehe...
malaslah aku nak merepek macam-macam hari nikan.. Cuma minggu lepas.. aku gigih nak baking kek.. sebab terpengaruh dengan blog cikinadodocheng.. korang layan jelah gambar aku ni ye..
Tada..
tetiba dah masuk dalam loyang kan.. hehehe..
buruk no rupa kek aku nikan..
main splash... splash je dalam loyang..
sayang tau dengan balance tepi mangkuk tu.. tu yang korek sampai licin..
Dah masuk oven..
rendah je rupa kek aku ni..
hahaha.. sebenarnya aku terguna loyang besar..
malas nak keluarkan loyang yang kecik sikit.
Tinggi ni je rupa kek aku.. huhuhu..
sedey... tapi sedap...
Hasil selepas dipotong..
ni si uzreilah tak sabar2 nak makan kek ni.
panas2 tu jugak dia soh aku potong untuk dia..
korang nak resepi..
aku bagi link kat sini ye
selamat menjamu mata..
sekian.
babai.
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Labels:
masakanku
Bila...
Salam..
Semalam aku terpaksa MC dari hari ahad badan sakit, kepala sakit sebab selsema dan batuk-batuk.. Majlis kahwen adik hantukaklimah pun tak dapat attend.. lemah gile badan.. huhuhu..
Sebabkan mama yang tak sihat.. anak-anak terpaksa makan lauk beli je. tak larat nak memasak dah.. lembik semacam je..
Anak-anak sedang bersantap...
kesian anak mama.. makan lauk tunjuk je..
cuma satu je lauk yang dimasak. kari ayam..
nasib my sister antar ke rumah.. dan nasib juga rumah dekat.. hehehe
terima kasih kak..
oklah..
kepala tengah meong lagi ni..
nak buat keje..
sekian
babai..
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Labels:
uzrei uzair dan usyair
Pau sambal ikan bilis dan kaya
Salam....
Hari ahadkan aku ada masak nasi lemak untuk anak-anak. Jadinya adalah berbalance sambal ikan bilis. aku simpan dalam esbok. Kotlah senang nak buat nasi goreng atau apa-apakan... aku suka nasi goreng dari sambal ikan bilis.. segera gitu... cuma tambah telur 1-2 biji je.. pergh... bagi garing sikit mesti sedap.
Lagipun bila anak-anak cuti sekolah ni. Memang macam-macam kene sediakan dalam esbok tu. senang bila diorang nak.. ada je benda yang boleh kita masak.. Korang pun macam tu jugakkan.. lelagi korang yang bekerja tu. Mesti nak keje yang mudah siap je.. Lainlah hari minggu kan. Masa tu kita boleh prepare masakan yang lebih sikit.
Sebabkan ada balance sambal ikan bilis. Dalam kepala aku terus nak buat Pau goreng sambal ikan bilis.. Hehehehe.. tapi kalau berbunyi kepada sambal tu. mestilah makanan tu lebih kepada selera aku dan en. suami kot.. Tapi untuk anak-anak aku tukar intinya. Aku letakkan kaya, apalagi diorang mestilah sukakan.. benda-benda manis nikan. tapi takper asalkan diorang nak makan. dari hanya dipandang sepi jekan. Tapi janganlah berlebih-lebih bagi diorang makan manis.. Nanti dapat penyakit yang tak dingini pulak.. Dahlah si Uzrei Danial tu boleh tahan semangat badan dia sejak cuti sekolah ni. Selera je makan, Sedap je apa yang aku makan. Tak pernah menolak pun.. Tapi aku suka.. cuma kene pantau je.
Doh pau yang dah siap diuli
dan Sambal ikan bilis.
Dah siap di isi dengan Sambal ikan bilis dan kaya..
ada yang buruk ada yang cantik pau nyer..
herot perot dah rupanya.
dapatlah 12 ketul pau sambal dan 10ketul pau kaya.
Semua ni aku bawa kat rumah pengasuh (kakak aku)
Kalau tak bawa semua.. sape yang nak makan kat rumah ye tak.
mana ada orang. nanti membazir pulak..
sampai kat rumah kakak aku memang tak sampai 15 minitlah.. sekejapan licin...
elok macam tu lagikan daripada terbuang. Amalan syaiton nirojim... tak elok tu..
Sekarang ni mood memasak aku membuak-buak dah.. Sampai cik ina dodocheng pun dah tegur aku. sebab dah boleh tahan badan aku sekarang ni.. dah naik lak berat badan ni sejak mood memasak mari.. huhuhu... kene mula diet balik ni.. nanti-nantilah... cuma control makan je dulu.. hehehe..
dah lah nak dinner ni.. kang tak muat nak sarung kebaya pulak.. bak kata hantukaklimah..
tak kisahlah kan tak dapat sarung kebaya.. yang penting anak-anak gembira.
Psst ~ entry ni tak der resepi.. sebab bahan-bahan sama je macam buat donut.. hehehe..
oklah
sekian
babai.
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Labels:
masakanku
Tiga beradik ni...
Salam...
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Cerita anak-anak je...
Dak ni kalau minum air kotak milo dah tak nak share dengan aku.
nak cucuk straw pun tak bagi... tapi dekat 1/2 jam barulah berjaya mencucuk straw yang akhirnya dengan bantuan aku.. herm... jangan nak tamak ngan mama ye dek...
Semalam..
Usyair Darwisy aku dah mula ajar makan sendiri..
hehehe.. 1st time makan sendiri takder lah bersepah sangat...
Ni si Uzair danish mengacau adik dia makan... hish.. konon nak suap adik.. tapi suap kat mulut dia sekali...
Khusyuk je Uzrei Danial makan...
Lapau sangatlah tu...
ni lagi sorang suka sangatlah belenging..
kalau tido malam dah tak nak pakai baju..
panas katanya.. celah mana panas pun aku tak tau..
sebab aku tido berselimut.. tapi dia kata panas.
herm.. entahlah...
ok.. ada cerita lain.. tapi malas nak type pepanjang...
kotlah kejap lagi aku rajin.. aku buat entrylah ye..
sekian
babai...
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Labels:
uzrei uzair dan usyair
WW- Nasi lemak.
Salam....
wordless lah kononnya... hehehe..
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
wordless lah kononnya... hehehe..
Hidangan bersama nasi lemak...
Si uzrei danial... tangan nak menyuap mulut.. tapi mata memandang tv.. haish...
Si Uzair Danish pulak... makan nasi lemak dengan kicap.. padahal sambal nasi lemak aku tu tak pedas pun.. special untuk dorang.... herm.... kene cuci minda dorang ni..
Usyair darwisy.. yang belasah je semua makana.. tangan mengapai-gapai kat en. suami.. soh cepat-cepat suap nsi kat mulut dia.. anak-anak kan... tapi tiga-tiga anak aku.. Usyair darwisy lah yang paling suka makan. tak kisah apa pun.. yang penting makanan...
Psst ~ abaikan kain baju dalam bakul tu ye.. tapi sekarang dah clean n clear bakul tu.. tunggu kain di ampaian je..
sekian
babai....
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Labels:
uzrei uzair dan usyair
Cream Puff
Salam...
Dah musim cuti sekolahkan yang pastinya anak-anaklah yang paling seronokkan.. tak payah bangun awal sangat. dan boleh luangkan masa yang banyak kat rumah. macam-macam aktiviti boleh buatkan.
Tapi kite yang bekerja ni pun tetap rasa seronok jugak. yelah jalan raya mestii clear. kalau jem pun tak derlah rasa macam terkejar-kejar sangatkan. pagi-pagi pun takderlah rushing nak siapkan anak-anak sekolah. rasa tenang je pagikan.. takderlah dengar suara-suara yang meminta macam-macamkan... nak itulah.. nak inilah.. nak bawa itulah.. nak bawa inilah... memang rasa tenanglah musim cuti sekolah nikan.
Bila anak-anak kat rumah ni.. memacam idea makanan nak buat untuk breakfast diorang.. gigihlah google kat blog masakan.. ada yang remeh ada yang senang... tapi aku amik yang senang jelahkan.. hehehe.. belum rasa nak buat yang remeh.. nak yang bebudak suka makan je.. hehehe...
Hari minggu lepas aku buat cream puff untuk anak-anak.. ni 1st time buat. harap sangat diorang suka.. tapi alhamdulillah.. Uzrei danial tak pernah menolak apa yang aku masak. Cuma si Uzair danish je payah sikit.. dia tu kalau makan nak nasi je... kuih-kuih ni kurang sikit... tapi tetaplah juga dia makan.. hehehe... nak amik hati mama dia kot...
Cream custard..
Gigih aku mengacau ni kat dapur sambil layan Maharajalawak mega.
terkekek-kekek aku gelak sambil mengacau..
kelakar gile.. lelaki bila si os tu buat gaya zizan menari.. over betul.. geli pun ada gak..
Aku takder nozzle...
aku belasah je tuang pakai sudu dalam loyang..
yang penting rasa diakan..
Proses pembakaran sedang dilakukan...
Cream Puff custard
Dan hasilnya macam nilah...
dah sesiap isi dengan cream custard.
Sedap dimakan dengan Tea-O.
Nyaman je masuk kat tekak..
Kat bawah disertakan dengan resepi ye.
Bahan-bahan.
cream puff
1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu baking powder
3 sudu gula
150 gram butter
250 ml air
cara-caranya
Campurkan tepung, gula dan baking powder. Panaskan air dan masukkan butter. Bila air dah mendidih masukkan campuran tepung tadi dan gaulkan sehingga menjadi doh dan tak melekat kat mangkuk. Last sekali masukkan telur satu persatu dan gaul hingga sebati. bila dah sebati barulah diletakkan didalam loyang yang sudah digris dengan butter. Dan bakar didalam oven dengan suhu 200 darjah celsius.
resepi Krim custard aku amik kat blog kak ita.. memang sedap resepi ni.. tak rugi mencuba.
kat bawah ni aku copu paste je ye.
Krim Kastard
Sumber:-Kak Ita Masam Manis
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.
Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
ok.. selamat mencuba..
sekian
babai.
Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~
Labels:
masakanku
Kisahnya.... ke angka 32
Salam...
Tetiba nak buat cerita kisahnya sabtu dan ahad sebenarnya... korang layanlah jelah citer kat bawah ye.
10/11/2013 yang lepas umur aku baru je mendaki ke tangga 32 tahun... Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi Allah s.w.t..
Tapi sebabkan sabtu dan ahad adalah hari sibuk sedunia... sebab Uzrei ada raptai hari sabtu dan ahad pulak uzrei ada konvo kat Auditorium Westport, Pulau indah.. Jadinya aku pun dah lupa pasal hari lahir sendirilahkan.
kita citer kisah di hari sabtu ye.. terus ke Petang Sabtu 9/11/13 tu aku nak melepak kat rumah kakak akulah... Lagipun aku dah janji nak masakkan spagethi untuk dia... dah janji mestilah ditepatikan... hehehe.. bukan dicapati... ops!!! terlebih pulak.... Sebelum pergi ke rumah kakak aku tu.. Aku soh en. Suami join anak buah main badminton. Jadinya nanti jumpa kat rumah kakak aku jelah nanti.
Bila en. suami dah pergi main badminton.. aku bersantai-santai dululah sebelum prepare untuk masak spagethi nanti... dan bolehlah aku masak dengan senang-lenang tanpa gangguan.. sebabnya Uzrei danial kat sekolah.. Uzair Danish aku post sekali dengan papa dia. Hanya aku dengan Usyair darwisy je kat rumah. Tapi sebabkan Usyair Darwisy bangun awal pagi tu.. Jam 10 pagi dia dah mula mengantuk.. apa lagi tidolah dia sampai jam 1.00 petang... lama gak dia tido hari tu.. mengantuk sangat kot.
erk.. terUndo citer pagi sabtu lak ye.. teruskan jelah ye... Tadi kata busykan tapi bolehlak bersantai-santai kat rumah... Memang mula asalnya busy sebab pepagi dah buat sarapan untuk uzrei nak kesekolah untuk raptai konvo.. ibubapa pun wajib datang mengikut yang tertulis dalam surat yang sekolah bagi. Bila aku dan en. suami dah sampai kat sekolah. adalah duduk kat bangku dalam setengah jam. Tetiba cikgu buat announcement soh ibubapa balik.. Alasan cikgu bagi.. segan nak buat raptai depan ibubapa... dah kenapa cikgu... huhuhuhu... sedih mama tau tak dapat tengok uzrei nyanyi lagu kasih cikgu kot tajuknya... hahaha.. lupalah.. Lenkali kalau malu kan cikgu takyahlah bagi surat tu kat ibubapa... boleh ibubapa sambung tido.. mih.. mih.. mih.. hari cuti tu... penat tau keje seminggu..
Ok.. terus ke kisah petang pula ye... Dalam jam 2.00 petang aku tak sampai kat rumah kakak aku lagi. tapi en. suami dah ayik sms bila nak sampai.. bagi alasan anak lapar lah dah tertidolah sebab lapar tunggu aku.. padahal ada nya makanan kat rumah kakak aku tukan.. saja bagi alasan tau.... dalam jam 2.30 petang aku pun sampai kat rumah kakak aku.. sian aku tengok si Uzair danish tido sebab kelaparan tunggu mama.. hehehe.. minta maaf ye nak.. tapi tu cuma alasa en. suami je..
Rupa-rupanya ada seprais dari en. suami untuk aku... tapi masa tu aku tak tau lagi seprais tu.. Aku pun terus kedapur letak spagehti yang aku masak tu. dan teruslah kejutkan si Uzairkan.. yelah dah papanya kata lapar.. aku kejutlah soh makan...
Tapi masa kat dapur tu aku ada perasan kotak kek atas meje.. Ater dah rumah kakak aku.. aku budget mesti anak-anak kakak aku yang beli kot... untuk saje-saje nak makan kekan... takderlah feeling untuk aku pon.. hahaha.. walaupun.... terdetik dalam hati.. ntah.. ntah untuk aku kens.....
Bila aku dah sibuk-sibuk nak hidang spagheti untuk anak-anak dan kakak aku.. tetiba bebudak memandai-mandai nak buka riben kat kotak kek tu.. Tapi aku kan garang.. hahaha... aku marahlah... jangan memandai nak buka hak orangkan... nanti orang tak suke... dalam masa yang sama jugak en. suami ke dapur.. tetiba dia kata buka jelah.. aku pun pelik gak dalam hati kata.. tak pernah2 en. suami soh buka hak orang... dah dia kata soh bukakan.. aku apalagi bila dah en. suami kata soh buka... lelaju jelah tarik riben tu.. sekali buka... tadaa.....
i'm speechless...
tak tahu nak cakap apa.. terus kaku.. teruja...
senyum je aku sepanjang tu... tak tahu aku nak redakan senyuman tu...
hahaha... sebab apa aku tak leh nak redakan senyuman...
sebab ni lah kek pertama sepanjang 8 tahun aku berkahwin dengan en. suami...
memang tak sangka yang en. suami akan beli kek untuk aku..
paling kuat pun kitorang makan-makan jelah..
owh... moment yang indah.. hahaha..
walaupun nada en. suami soh buka kotak kek tu macam keras je... heh...
tapi nada keras en. suami hilang dengan tiba-tiba bila terpandang kek tu...
Terima kasih en. suami Mohd Azhari bin Adnan...
I love you so much.. blushing..... blushing... pipi mama tau...
Psst ~ tapi takderlah adegan suap-suap kek ye... i malulah... kih.. kih...
tapi next year kalau umur panjang bagilah lagi kek ye.. hehehe.. #demand
Spagethi cili api untuk kakak aku...
hamik kau sebekas besar ni aku bawak rumah kakak aku.. memang puas makan...
kenyang.. alhamdulillah...
Dah sudah citer hari sabtu.. ikutkan panjang lagi.. penant aku nak menaip dah...
Dan hari ahad 10/11/2013 aku dapat hadiah dari Uzrei Daniallah...
Walaupun pagi dan pergi konvo Uzrei tu.. dia dah buat drama airmata kat rumah...
biasalah bebudakkan bila badan dah penat.. mestilah meragam....
Hadiah yang aku tak sangka dari Uzrei sebab dia dapat Anugerah pendidikan islam terbaik dalam kelas.. dah citer kat sinikan... boleh baca kat link tu ye.. hehehe..
Tu je citer merepek sempena hari lahir ku yang 32 tahun...
Babai
Sekian.
الفاتح
~ Sariah binti Lanu~
Labels:
Aku
WW - Anak-anak
Salam..
Hari untuk kurangkan ayat.. hehe.. mohlah tengok gambar je..
Untuk Arwah mak
الفاتح
~ Sariah binti Lanu~
Hari untuk kurangkan ayat.. hehe.. mohlah tengok gambar je..
Tiga beradik ni...
macam kapal pecah dah rumah aku...
serata rumah berterabur mainan diorang ni...
sabarkan jelah hati...
Konon-konon naik kereta lah tu.. si uzrei tukang tolak..
pehtu esok paginya..
sejuk sikit hati aku..
si kecik ni.. kengkonon menolong aku susun bantal sofa ni.. hehe..
macam comel.. macam comel je.. tgk cara dia susun..
Asal susunlah ye nak...
ok..
ayat pendek.. tapi macam tak leh pendek gak...
sekian..
babai..
Untuk Arwah mak
الفاتح
~ Sariah binti Lanu~
Labels:
uzrei uzair dan usyair
Subscribe to:
Posts (Atom)