Otak kata nak buat lain, Tapi tangan membentukkan lain...

Salam...

Dua hari dok melepak kat rumah je.. Sabtu macam biasalah mengemas apa yang patut setelah seminggu rumah tu dibiarkan macam kapal karam.. Tapi takderlah karam sangatkan.. tapi setakat kain baju 2 bakul tu biasalahkan... Basuh je rajin.. tapi tak melipat memang kene tunggu hari minggulah.. Nak hadap waktu lepas bekerja memang tak sangguplah aku.. Lipat kain ni kene tahap ketekunan yang tinggi.. hehehe..

Sabtu bagi anak-anak sarapan roti canai je.. mamanya tak sempat nak masak pagi tu.. bekejar nak mencuci segala bagai.. sebab risau hari ada takder air. Maklumlah 6 kawasan lagi akan di catu air, Dalam 6 kawasan tu termasuklah area rumah aku. Tapi semalam elok lak ada air.. Rupanya kawasan yang berhampiran dengan industri air ada je macam biasa.. Alhamdulillah..

Tetap jugak menadah air...
langkah awal.. manalah tau, tetiba kene catu jugak...

Semalam sarapan aku konon nak buat cekodok gula dan pizza bodoh je untuk anak-anak.. Sekali dalam tengah berfikir-fikir nak buat sarapan anak.. niat nak buat pizza tu jadi ke kuih cakoi lak... Gara-gara aku malas nak defrostkan bahan frozen dalam esbok... haha... tulah kalau otak banyak sangat berfikir yang macam-macam.. Fikiran tak selari dengan apa yang dilakukan..

Cakoi aku..
kecik besar panjang pendek dah rupanya...
takper yang penting masuk perut anak-anak dan diorang kenyang...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

3 comments:

  1. hahaa... saya pun selalu basuh baju je weekdays weekend baru lipat...kekeee...

    ReplyDelete
  2. tadah jangan tak tadah
    kita yang kat melaka ni pon tadah jugak
    sebab tok ketua menteri dah kata kalat still keramau sampai end of this march, air akan di catu jugak
    herkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. sama la saya pun.. takot gak di buatnya takde air.. saya tadah semua bekas2 yang boleh tadah.. hehehe.. :) prepare kan.. :)

    sedapnya cakoiii.. :) pandai buat yer..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...