Lempeng kelapa..

Salam...

Last week teringin sangat nak makan lempeng kelapa. Ajak en. suami pergi breakfast kat simpang 4 teluk pulai. En. suami taknak pulak.. Yelah.. sape pun malas nak pergikan.. Bukan dekat dari rumah pun dah setengah jam... buat letih badan jekan.

Baiklah godak-godak tepung dalam mangkuk pehtu terus canaikan atas kuali... sama jugak masanyer.. atau tak sampai setengah jam dah boleh makan anak-beranak.. jimat masa dan tenaga.. tapi tenaga en. suami jelah jimat.. tenaga aku tetap banyak gak keluar.. hehe..

Dan terhasillah lempeng kelapa yang garing peberet aku.. yummy..
makan pulak dengan sambal ikan bilis... memang meletuplah...
teringat kat arwah mak... arwah mak memang suka makan lempeng kelapa ni..
lagi garing lagi sedap...
aku kalau buat lempeng kelapa memang sengaja hangitkan sikit.. terasa pahit-pahit gitu.
minum lak dengan kopi panas. Tapi stock kopi dah habis pulak..
blasah jelah dengan teh ais...

Resepi lempeng kelapa
(gedikkan nak bagi resepi lempeng kelapa)
1/2 biji kelapa parut
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 cawan air

cara-caranya
Satukan tepung, garam, air dan gaulkan hingga sebati * air kalau kurang sila tambah
bila semua dah sebati masukkan pula kelapa. adunan dah cantik..
bolehlah dicanaikan diatas kuali leper. agak-agak dah masak.. bolehlah dihidang dan dimakan seisi keluarga.

Sekian resepi lempeng simple dari aku

babai

~ dah berapa kali terlajak type lempeng pisang.. nampak gayanya kene buat lempeng pisang hujung minggu ni..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

BSP

Salam..

Minggu lepas 21/4/14 ada check up kat klinik kesihatan. sekali kene minum air gula sebab ada history pregnant sebelum ni. Jadinya dari malam kene puasa sampailah jam 8 pagi selepas amik darah barullah minum air gula. Sekali bacaan darah sebelum minum air gula tu tinggi dari limit. sepatutnya kene kurang dari 5.5mmol/L tapi masa puasa pun dah 5.9mmol/L. terus down aku dibuatnya.. yelah aku cuma tak sanggup nak berulang ke klinik.. Manalah tau aku tak leh control terlebih makan manis tanpa sedar.. maunya kene heret ke hospital. Lepas tu amik kelas suntik insulin pulak.. Semua tu dah alami masa 2nd pregnant dulu. Kalau boleh yang ke empat ni aku tak nak kene macam tu jugak. 

tengok ni.. tulisan merah lagi 5.9mmol/L tu.. huhu
yang geramnya.. lepas minum air gula... bacaan cantik sikitlah 7.3mmol/L je.
mana tak down dibuatnya...

Terus kene jumpa doctor.. Doctor kata kene buat BSP jugak.. Sekali doctor bagi tarikh hari ni 28/4/14. 

Kali ni aku memang betul-betul kena control diet aku. tak boleh nak buat sambil lewa. Orang kata makan peria atau buat jus peria + epal hijau.. Gigih aku malam tadi buat Jus peria + Epal hijau.. risau punya pasal.. takut bacaan merah lagi.. yang menangis nanti aku jugakkan... Semalam makan nasi memang bersukatlah.. setengah senduk je.. dan lebihkan sayur hijau... sayur yang ada karbo tinggi pun aku dah kurangkan... memang dada tu berdebar2lah... padahal pagi tadi sebelum aku ke klinik aku dah cek sendiri kat rumah... bacaan memang mendukacitakan... kat Accu-Check memang dah keluar 6.0.. masa tu aduhai.. berdoa pada tuhan memang tak henti2lah... moga dalam masa satu jam tu.. akan ada keajaiban...

Bila nurse panggil je untuk amik ujian darah... nafas tu dah laju macam air paip... dup... dap.. dup.. dap.. tak henti2.. kang tak memasal darah tinggi lak... 

Alhamdulillah... 
bila nurse cucuk tangan.. dan amik darah... 
inilah bacaan yang keluar 5.5mmol/L walaupun pada tahap cukup-cukup makan.. sekurang-kurangnya takderlah ditulis dengan pen merah kat situ... 

Disebabkan kene buat BSP 4 kali sehari untuk hari ni... 
dah lama alat ni tersimpan dalam cabinet umah... Hari ni dia kembali berkhidmat untuk aku... 
kenelah jadi nurse untuk diri sendiri jugakkan.. cucuklah diri sendiri sambil tutup mata.. hehehe... 
sikit pun tetap rasa sakit jugak... 

Bacaan untuk jam 10 pagi ni pun masih normal.. alhamdulillah... nak tunggu result untuk jam 2.30 ptg dan 8 malam nanti pulak... Semoga masih cantiklah... makan ni pun kene bersukat.. nak amik nasi memang takut sangat ni.. tapi tak makan lapar pulak.... 

ok... 

sekian

babai.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Jam 4 pagi di McD.

Salam...

Malam tadi punyer cerita.. Si Usyair Darwisy demam sampai mengigil-gigil.. aku dah jaram dengan air dan balut dengan tuala pun masih mengigil.. aku dah risau takut darwisy tetiba kejang je... Dalam jam 2 pagi aku ajak en. suami pergi HTAR.. Alhamdulillah sampai je HTAR tengok tak ramai yang menunggu di tempat rawatan demam. Daftar semua.. Terus doctor bagi ubat sebab panas sangat temperature pun dah 39.7. Padahal jam 8 malam aku dah bagi Usyair makan ubat. Tapi tak kebah-kebah panasnya..

Tunggulah dalam 1 jam nak tengok panas turun atau tak.. Alhamdulillah turun jugak panasnya walaupun tak banyak yang turun. Tapi kira oklah dari 39.7 jadi 38. Doctor bagi ubat dan boleh balik rumah. Tapi tak terus balik pun..

Biasalah kalau dah berjaga malam ni.. Perut mesti lapar je sentiasakan.. En. Suami ajak pergi makan kat mcdonal.. Aku ni tak pernah lak makan mcdonald jam 3-4 pagi.. tapi sebab dah lapar pergi jelah.. Tapi yang paling berselera makan.. adalah budak yang demam sampai mengigil-gigil tu.. Agaknya badan dia dah sedap kot. Tu yang selera makan..

 Sesubuh hari makan hashbrown... 
selera betul... sedaplah kot kat tekak dia..




 Kepelikan ni.. aku rasa henphone aku ni ada antu kot... ntah macam mana boleh tersusun sendiri gambar-gambar ni dalam henphone.. huhuhu... tapi cantik pulak tersusun gambar ni..

 ni pun kepelikan yang tak pernah terjawab.. macam mana lah henphone aku boleh jadi gambar bergerak2 no.. dah macam henphone S4 lak.. hehehe 

Anak mama.. jangan demam mengigil-gigil lagi ye..
risau mama... tengok anak mama makan selera pagi tadi.. tenang sikit hati mama..


Sekian.

Babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

1.10

Salam..

Citer pasal catuan air lagi.. bila kawasan rumah pun terbabit dicatu.. mulalah mengelabah nak mencari tong.. nak beli tong air di kedai hardware sekarang ni dah tak guna dah.. kedai-kedai memang akan amik kesempatan kot.. atau dah memang rege tong air memang macam tu.. 

Sebelum ni aku beli tong air kat satu company ni.. memang murah dapat harga staff RM17 sahaja. 

Nilah tong airnya...masa tu tak terfikir sangat pasal catuan air ni..
memang beli satu untuk stanby.. Bila kawasan catuan ni dah diperluaskan..
terasa macam rugi je hari tu beli satu tong je.. kalau ada dua tong dah cantik dah..
Bila terfikir nak ada tong kedua.. Tanyalah balik kat member yang boleh beli harga ni dengan harga staff.
sekali member pun takut nak bagitau kat aku.
rupanya company tu dah tak bagi staff diorang beli guna harga staff..
sebab ada staff yang ambil kesempatan.. beli banyak dan kaut keuntungan yang banyak..
kesian pada staff lain yang tak terlibat..
bila tanya nak beli harga kilang.. berganda-ganda pulak harga dia.. huhuhu
RM42.80 tu pun hanya dapat diskaun RM6. 
Kalau tak harga asal kilang RM48.60.

memang taklah aku nak belikan.. hehehe...

Tengah buat keje kat opis.
Tetiba ada member bagitau yang bos nak jual drum lama.
cuma kene basuh dengan sabun dan clorox lah..
untuk langkah keselamatan..
tapi drum ni pun gunanya untuk bahan makanan haiwan.
Tanya member..
Sekali dia kata harga hanya RM1.10..
Sebab tu lah aku letak tajuk rm1.10.
memang murah gilalah.. tapi leceh sikitlah kene cuci bagai.. tapi bukan susah pun nak cucikan..

nilah tong yang berharga RM1.10.
Taklah besar macam tong rm17.00 tu..
tapi kalau 3 tong ni dah sama banyak isi airnya dengan tong yang rm17 tu..
Dalam tu sebenarnya bersih je..
cuma luar jelah berhabuk..

Ha... dari beli yang rm42.80 tu..
baiklah aku beli tong ni... tebal pun tebal..
harap boleh simpan lama.. senang nanti nak kenduri kendara..
simpan beras pun cantik gak ni..
macam orang dodulu lak simpan beras tong drum ni..
aku suke je simpan dalam ni... hehehe..

oklah..

sekian..

babai.


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Selera

Salam...

Dua bulan lepas selera memang tak boleh blah.. apa saje yang aku makan mesti keluar balik... Tapi sekarang tidak lagi.. kalau tak boleh masuk pun cuma ayam je.. yang lain-lain alhamdulillah boleh makan dah.. dulu berat memang turun mendadak.. dari 84kg sekarang berat dah jadi 77kg. harap tak naik banyaklah bila selera makan dah ada ni... dah lah memang kene minum air gula.. kang menjadi berganda pulak kene minum air gula.. huhuhu... tapi dalam takut berganda tu... kalau keluar makan ngan en. suami dan anak-anak.. bila mengoder kemain sampai lupa diri..

Ni sabtu lepas.. order Cendol special kat Pak Lee Kopitiam Giant port klang.
Sedap.. cuma tak suka ada anggur tu.. masam... 

ni lak malam tadi..
tetiba tekak ter Feeling omputeh lak.. mencanai pancake lah aku.
padahal makan dengan butter je pun.. tapi aku suka makan macam tu je..
sedap.. 

Pehtu nak lengkapkan menu omputeh tu..
aku masak daging burger ni dengan cocktail.
baru lah lengkapkan..
orang makan waktu breakfast.. aku lak makan benda ni jam 9 malam tadi...
elok-elok lepas makan... dok dalam 1/2 jam.. mata pun katup.. tido...

Sekian

babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Zone Empat.

Salam...

Hari jumaat lepas bermulalah pula kawasan perumahan tempat aku tinggal mengalami catuan air berselang dua hari. Memang dah prepare awal-awal simpan air dalam tong dan segala bekas yang selama ni simpan dalam cabinet dikeluarkan. Selagi boleh isi.. kita isi..

Jumaat tu masih relaks lagilah.. sebab siang semua orang takder kat rumah dan masing-masing tengah bekerjakan. jadi air paip masih ada stock dan air tangki memang tak terusiklah...

Hari sabtu pula... kitorang keluar.. tapi air tangki memang dah susutlah.. bebudak ni kalau tak dipantau, Memang sesuka hatilah diorang mandi. Walaupun dah pesan jangan mandi lama-lama nanti air takder..

Bila keluar ni.. memang makan kat luarlah... Petang balik keluar tu.. jalankan rutin macam biasalah.. Bermulalah jam 10 malam.. tetiba en. suami cerry berry pulak.. Kesan makan makanan kat luar kot... Dari kesan tu.. Air yang ditadah pun habis digunakan.. Sehingga petang tu aku ada tadah air hujan.. tu pun digunakan.. Penangan cerry berry dan muntah-muntah en. suami.. Kesian.. sampai jam 10 pagi dia masih cerry berry..

Sehingga aku pergi kedai beli air mineral pun kat kedai dah habis. Inisiatif terakhir.. Terpaksa berangkut tong-tong air kerumah kakak aku. Nasib baik jugaklah... kawasan kakak aku tak kene catuan air lagi. Alhamdulillah..

Melepak lah kitorang semalam kat rumah aku sampai jam 4.30 petang. Sebab takut nak balik rumah. risau air masih takder lagi... Balik rumah sampai dalam jam 5 petang.. air paip dah mula ada. tapi tak lah besar mana... Air pun takleh sampai kat tangki... kenalah berangkut air kedalam rumah... Kesian kat en. suamilah.. Sampai jam 2 pagi malam tadi berangkut air untuk minum dan mandi.. Lepas tu sambung pulak basuh kain lagi...

Nanti sok pagi mula balik takder air... Kesian pada orang yang jaga baby, pada orang yang dok rumah tinggi... Yelahkan baby nikan memacam ragam.. Termasuklah kakak aku yang menjaga anak aku sekarang ni.. Harap jangan berpanjanganlah catuan air ni..

Tiga beradik ni... Mana faham mama diorang cakap air tak cukup.. hish... geramnyer...













Sekian..

Babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Merajuk

Salam...

Usyair Darwisy
Dah pandai merajuk sekarang ni... 
aku pujuk dia keras kan je badan dia... 
geram rasanya...


Paling geram bila dia buat bibir mencebek macam tu..
rasa nak tarik je bibir dia...

anak-anak...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Cer teka, buah apa?

Salam...

nak berteka teki lak dengan korangkan...
macamlah dapat hadiahkan..
hehehe..
ni buah kundang.. kakak kat opis ni bagi semalam..
sedap.. masa gigitan pertama feel je makan...
tapi bila nak perhabisan baru terasa masam..
tapi memang sedap..
jarang-jarang dapat buah kundang ni..
aku kalau nak beli memang taklah...
sebab takder geng nak makan kat rumah..
kat opis tak per.. ada ramai geng makan..
ada tukang kupas, tukang sapu jemlah
dan segalanya.. hehe..
aku tukang makan je..

ko mampu lempar macam tu je kat atas meja... 
tapi masa nak makan basuhlah dulukan.. hehehe..
walaupun kakak tu dah basuhkan siap2..
ater dah lempar macam ni.. haruslah kene basuh lagi sekali..

sekian cerita buah kundang.. hahaha

babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

USA

Salam..

Lunch semalam..
teringin nak makan nasi goreng USA.
Ikut member pergi beli kat RNR Pulau Indah.
Sampai je terus order dua bungkus nasi goreng USA.
Tak sampai seminit..
tetiba abang kedai tu cakap dah siap..
rupanya ada orang dah order awal2 tapi tak sampai lagi.
dia bagi order tu kat aku dulu..
Alhamdulillah.. tak yah nak menunggu lama...
terus balik opis untuk membedal..

Rupa dalam nya.. 

Close up sikit...
aku dah transfer kat dalam pinggan...
see... Udang, Sotong dan Ayam...
USA..
hehehe..

Sedap.. 
Harga RM7
Berbaloilah... banyak kehidupan dalam tukan..
nak murah masak sendiri.. hehehe..

Sekian 

Babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...