Perangai..

Salam...

Sembang kosong je..

Jarang kan orang nak guna ayat Perangai ni... Ni aku nak citer pasal diri akulah.. Aku nikan ada satu perangai pelik sikit.. bagi aku peliklah kot.. kotlah orang lain pun ada berperangai macam aku jugak. En, suami pun pelik dengan perangai aku ni.. Manalah dia tak pelik.. Pagi dia tengok susunan perabot rumah lain.. Bila petang lak dia tengok dah lain.. Kekadang sampai mengeleng en. suami dibuatnya dengan perangai aku ni..

Ni bila aku dah tak lama lagi nak bersalin.. ikut hitung-hitung dalam 3 bulan ke 2 bulan lebih je lagi. Kekadang en. suami tengok aku macam termenung memikirkan sesuatu.. Pehtu terus en. suami cakap. "Apa pulak lah bini aku nak ubah ni.."  aku senyum jelah.. sebab aku ni ada perangai yelah kekadang masa dalam pantang ni ramai sanak sedara datang bertandang.. walaupun diorang faham orang dalam pantang mana boleh buat keje rumah sangat.. tapi kalau anak dah empat takkan tak boleh buatkan.. setakat sapu sampah ringan2 tu boleh buat lagilah... 

Tapi walaupun dorang takderlah nak kata apa-apa.. Tapi aku tetap nak bagi keselesaan kat dorang nanti bila dorang datang rumah aku... Aku ni suka sedara mara datang.. rumah aku ni kalau tak masa raya masa dalam pantang lah sedara mara datang ramai.. hehehe... Takkan tak bagi dorang selesa kot kan.. Sesekali tengok dorang happy aku pun happy sama..

Sampai satu tahap en. suami cakap kat aku.. lepas ni cabinet tv meja makan ni semua kita gantung kat syiling je.. senang sikit... tak yah susah-susah nak ubah sana-sini... Agaknya en. suami pun pening kot dengan perangai aku ni... lambat lagi nak bersalinnyer.. macamlah ubah hari ni kekemasan tu boleh bertahan sampai aku bersalinkan.. Tapi kalau tak buat sikit-sikit.. takkan nak dekat bersalin baru nak buat.. masa tu dah tak larat dah kot... 

Tapi ada bagus jugakkan.. dari aku melepak je nonton tv.. baik gerak-gerakkan sikit badan bagi sihat.. mudah-mudahan bersalin nanti senanglah... 

Psst ~ pada yang bertanya apa gender kandungan aku ni.. hehehe.. aku pun tak tahu lagi... seprais lah konon2nya... sebab bila scan je baby tak nak tunjuk... i dah give up nak scan lagi.. huhuhu... tunggu jelah saatnya nanti... yang penting baby sihat tubuh badan...

sekian..

babai..

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

2 comments:

  1. eh akak due bulan berapa? mcm lebih kurang je kita.. saya due bulan 9..

    husband saya pun pening saya tak reti duk diam.. tapi anak dah tiga kak.. duk kejap bersepah.. kang mak mertua buat lawatan mengejut maunya pengsan orang tua tengok rumah huru hara.. haishh..

    ReplyDelete
  2. kelakar Rai cakap ttg lawatan mengejut tu.. hahaha. Akak selalu kena, macam charlie chaplin dibuatnya

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...