Salam lebaran

Salam...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

Semoga menyambut hari raya dengan gembira bersama ahli keluarga yang tersayang.
Jangan makan berlebihan ye.. kang sendat pulak baju raya korang.. 

Kepada yang pulang kekampung.. 
Semoga kalian selamat pergi dan balik..
berhati-hati dijalan raya nanti ye..
ingat ada yang tersayang yang menanti korang di destinasi yang dituju.

Insya Allah ada umur panjang kita berjumpa lagi lepas raya nanti..

babai.

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Bebola kentang bercheese

Salam..

Just nak bagi resepi bebola kentang bercheese. Malas nak type pepanjang.. tak idea pun..

BAHAN2:
350 gram ubi kentang - saya kukus jadi garam dan gula tambah kemudian( direbus dengan sedikit garam dan gula secukup rasa)
250 gram tpg gandum( saya kukus kentang jadi tak berair sangat...tepung pakai agak2 cukup untuk jadikan doh jer)
2 biji telor( saya tak guna pun)
serbuk lada
1 kiub ayam knorr
250 gram keju cheddar yang dipotong dadu
serbuk roti secukupnya (serbuk roti abis....ganti ngan nestum)
cara2:
1- ubi kentang yang direbus tadi dilenyek sehingga hancur
2-tabur lada,tepung sehingga sebati
3-ambil adunan sebesar bebola leperkan dan masukkan keju ditengah dan bulatkan
4-golekkan dalam serbuk roti
5-golekkan dalam telor yang telah dipukul
6-kemudian golekkan sekali lagi dalam serbuk roti sehingga semua bersalut rata
7- gorengkan dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keperang perangan dengan api yang sederhana sebab serbuk roti cepat hangus nanti
8- angkat dan boleh dimakan dicicah bersama sos cili..

Kentang yang dah siap dilenyek bersama lada hitam dan kiub ayam/tumix

Cheese cheddar yang dipotong kiub.
tapi takderlah kiub sangat.. hahaha

Bebola yang dah siap dibulatkan dan diletak cheese.

Bila dah dibulat-bulatkan bersama cheese.
gaulkan juga dengan telur dan breadcrumd.. aku takder breadcrumb.
jadinya aku blender conflakes sampai halus.. sama je rasanya..

Yang dah siap digoreng...
samakan conflakes ni dengan breadcrumd..
rasanya pun sama je dengan breadcrum.. cuma lagi crunchy jelah..




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

MH17

Salam..

Dinihari tadi dikejutkan dengan berita yang sangat menyentapkan perasaan. Selepas empat bulan kehilangan MH370 hari ni dikhabarkan pula dengan MH17 yang terhempas/ditembak disempadan rusia. Besar sungguh dugaan yang Allah s.w.t berikan kepada ahli keluarga mangsa, kita dan seluruh malaysia. Semoga pemimpin negara kita kuat dalam menghadapi dugaan ini. Dan kepada ahli keluarga krew dan penumpang salam takziah dan Al-fatihah. 


Mereka pergi didalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan mulia. 
Semoga tenang dan damai disana.



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Maggi Goreng

Salam...

Dua tiga hari lepas masuk kat instagram cik ina do do cheng nampak gambar dia bersahur dan berbuka dengan maggi goren. BIla dah tengok terus set dalam kepala nanti balik berbuka nak buat jugak.. tapi awal minggu ni pulak dapat jemputan ke rumah adik-beradik untuk berbuka sesama.. Jadinya semalam barulah dapat menunaikan hajat dihati.. hehehe.. 

Masak maggi goreng jekan.. pejam mata je.. chewah.. padahal siap tanya kak ina tu cara nak masak.. Setakat masak letak perencah tu.. tu tak payah nak tanyalahkan... memang pejam mata je nak buat. Sebabkan teruja tengok maggi goreng kak ina.. jadinya kene ikut resepi kak ina.. tak leh ikut resepi lain..

Lepas dah dapat resepi.. mohlah kita berbuka dengan maggi goreng berencahkan udang..
lepas berbuka.. tangan asik nak mengaru je kat hidung... gatal-gatal sebab alergic dengan udang.. tapi sedap punya pasal.. aku belasah je... hehehe... NI aku masak 5 bungkus terus memang habis semua. Nasi pun aku masak sikit je.. Hanya Uzair danish je yang makan nasi.. dia tu macam mana pun tetap nak nasi.. 

Aku goreng lak drummete ayamas..
memang semua dalam rumah tu tak pandang lauk lainlah... 
ni je yang dorang blasah.. tau semalam tak yah masak lauk lain.. huhuhu..

Aku masak lauk ni semalam... tumis cili sotong dengan terung...
aku sorang je yang makan pun.. nasib aku masak sebiji terung je..
kalau masak banyak jenuh lak aku nak makan sensorang...

Terajin pulak buat agar-agar milo...
aku dengan Uzrei danial je yang makan ni...
Kejap-kejap aku buka peti ais.. amik sepotong dua lepas berbuka semalam..
nyaman je masuk tekak..

Tengah aku masak semalam..
tetiba ada rezeki datang.. bagi roti bom ni.. Sukalah si Uzrei danial.. memang faberet dia ni..
 semalam aku memang tak pergi bazar..
malas aku nak pergi.. nanti terjebak beli memacam.. bukan habis makan pun..
kang habis ke tong sampah je...

Malas betul sekrang ni nak update blog... sekali sekala pun best jugakkan..

Oklah..

Sekian

Babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~


 

Nasi minyak..

Salam..

Bulan puasa ni kan.. takder lain mesti nak citer pasal menu buka untuk buka puasa. Orang kata jangan dok fikirkan awal-awal menu buka puasa ni. Kalau tak fikirkan macam mana nak rancang untuk masak petang nanti kan. Ni pun sebelum aku keluar dari rumah nak ke opis dah turunkan daging dari peti beku ke bawah. Harapnya balik nanti takderlah keras sangat bila nak masak petang nanti.

Dah jadi mak-mak ni memang kena nak berfikir panjang je... Seharian nak memikirkan apa nak dimasak untuk bagi selera anak-anak makan. Kalau masak ikut selera kita je nanti.. maulah bebudak tu melepek je.. Makan pun dengan muka terpaksa je... dah rasa bersalah pulak...  Jadinya mesti tetap mencari idea untuk diorang supaya dorang makan dengan berselera.. barulah seronok diorang nak berpuasa... chewah... 

Semalam petang.. fikir punya fikir nak masak apa.. Akhirnya aku dapat idea nak masak nasi minyak.. Sebab anak-anak aku memang suka makan nasi minyak.. Jadi mohlah kita bersenseng lengan demi anak-anak..

Ayam masak merah.. termasin pulak.. huhuhu.. tapi masih boleh makan lagilah... 

Jelatah... 

Dua ni je aku masak... dah tak sempat nak masak lauk lain pun.. 
jadilahkan... hehehe

Setengah periuk nasi minyak..
Belum tabur bawang goreng dan kismis..
dah amik gambar baru teringat...
belasahlah nasi minyak kosong ni ye.. dah rupa nasi ayam lak.. hahaha

Pehtu beli kuih ni untuk uzrei..
faberet dia ni.. 5 ketul ni dia boleh makan sorang...

Dan kuih ni faberet aku...
kalau putih tu lagi cair lagi aku suka... sedap lemak-lemak masin...

Ramadhan yang ke empat ni baru aku kesempatan nak masak untuk anak.. yang pertama aku berbuka kat rumah kakak aku, yang kedua aku tak sempat masak sebab sibuk dengan urusan ke klinik.. jadi beli je kat kedai. yang ke 3 lak.. en. suami kata tak yah masak sebab alang-alang ke pasar malam. beli je kat bazar berhampiran.. yang ke 4 aku memang dah nekad nak masak.. tu yang jadinya nasi minyak.. Anak-anak pun berselera je makan. Siap si Uzair Danish cakap kat aku "Mama, Nasi ni rasa macam kat kedai je" Aku pun pelik ntah bila pula makan nasi minyak kat kedai.. padahal kalau makan kat kenduri kawen tu logic gaklah.. hehehe.. blasahlah nak asal korang makan dengan berselera pun dah buat aku gembira.

Oklah..

sekian

Babai..




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

   

2013

Salam...

Tetiba tajuk 2013 lakkan... masa buka google+ tetiba ada video ni.. saja nak share dengan korang.. hik.. hik.. hik..



Kenangan 2013
banyak perkara yang terjadi masa tahun 2013.
ni diantaranyalah... 


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...