Kebun kecil..

Salam...

Hari isnin macam ni.. rasa lemau je nak buat apa punkan... kengkonon feeling monday blues lah... 

Sebenarnya nak citer kebun comel aku ni... Sebelum ni memang tanam macam-macam kat tanah sekangkang kera ni.. dengan bayamlah, cililah.. tapi tak menjadi.. huk.. huk... huk... kali ini.. en. suami cuba pulak tanam nenas.. Alhamdulillah menjadi.. sebenarnya tanam nenas ni dah lama pun dari bulan 12 lagi rasanya... aku pun dah lupa bila mula tanam nenas ni.. tapi ikut kiraan en. suami maybe bulan 5/6 nanti baru dapat hasilnya.. Pokok serai sebelah tu jiran aku punyer... jadinya dia separuh tanah.. aku separuh tanah... jadilahkan.. dapat gak tanam apa yang patut..

Selain nenas tu ada gak bayam sepokok... sepatutnya bayam tu takder.. maybe tu benih lama kot.. tetiba baru bercambah.. sebelum ni memang takder pun... ni hujan 2/3 hari ni tetiba terselit lak bayam tu... mungkin masa tak menjadi tu.. masa tu cuaca panas sangat kot.. walaupun dah bersiram air pagi petang.

Lepas tu ada jugak tersilit daun lidah buaya.... akan datang bolehlah merapikan rambut dengan daun lidah buaya tu nanti. cheewah.... 


Ada lah 5 pokok nenas kat kebun kecil ni...
nampak tak bayam terselit diantara nenas dan pokok lidah buaya...

Kat sebelah rumah aku ni ada rumah kosong yang tak berpenghuni...
kat tanah rumah sebelah ni pun en. suami tanam nenas jugak...
nanti ada masa aku amik gambar.. aku citer kat blog ye..
ingat nak tanam labulah kat tanah rumah sebelah tu nanti... 
dari terbiar rumput meninggi kat sebelah tu.. baiklah aku tanam apa yang patut..
lagi pun rumah tu memang takkan ada orang nak duduk pun
rumah pun dah azab sangat dah.. 

oklah. 
tu je citer kebun kecil ku...

sekian kisah berbudi pada tanah..

tunggu citer hasil nenas nanti ye..

babai...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

HATI

Salam..

Jumaat yang indah, Semoga segalanya dipermudahkan untuk kite mencari rezeki.. amin...

Tiga perkara yang mengeraskan "HATI"
Iaitu
Banyak Makan,
Banyak Tidur, &
Banyak Bicara
[Fudail bin Iyadl r.h.m]


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Iras

Salam...

Rindu dengan arwah emak.. Al-fatihah untuk emak.


Minggu lepas rasanyer kejadian ni... pergi hospital bawa Usyair Darwisy sebab demam tak kebah-kebah dekat lima hari. badannyer panas dalam 39-40celcius dalam lima hari tu... Risau taku denggi pulakkan.. maklumlah cuaca macam sekarang ni... banyak benda tak boleh diramal.. dengan nyamuk aedes banyaknyer... Malam kalau tak spray dulu sebelum tido... memang tak boleh nak tido lena pun.. nanti... kejap.. kejap bangun garu badan sebab kene nyamuk..

Masa kat spital tu... sementara menunggu nombor dipanggil.. duduklah kat satu sudut ni... sambil melayan Usyair Darwisy yang banyak ragam tu.. Terpandang satu wajah ni... Terus teringat kat arwah emak aku... Aduhai... raut wajah memang lebih kurang... yelah raut wajah orang tua ni memang lebih kurang je samanyerkan... Huh... masa terpandang tu rasa macam nak peluk je.... Kalau takder orang ramai masa tu.. memang aku peluklah... biar terubat rindu ni.. tapi tulah... Hati ni lebih banyak segannyer.... Nilah wajah makcik yang ada iras-iras arwah mak... 

Mak... terubat sikit rindu kat mak... Moga mak tenang kat sana...

 Maaf makcik... saya curi amik gambar makcik...
sebab saya rasa bila amik gambar makcik ni... rasa terubat rindu kat arwah mak saya..


saya amik dua keping gambar makcik..
harap makcik tak marahlah ye..

tapi ada cerita disebaliknya...
lagi satu aku respek giler dengan cucu makcik ni...
mungkin emak dan ayah dorang keje masa ni... atau tempat keje dorang jauh dari rumah..
Cucu makcik ni bawa adik dia yang usia lebih kurang 8/9 bulan ke hospital maybe sebab demam kot..
dalam masa yang sama jugak adik dia kene masuk ward... memang aku respeklah tengok macam mana dia layan adik dia yang masa tu tak sihat...
aku berdoa semoga nanti anak-anak aku pun akan layan adik-adik dia macam cucu makcik ni.


babai..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

WW-Happy

Salam...

Kurang bicara hari ni... 


Muka happy sebab ada orang antarkan keje...
Kejadian semalam... Hari ni pegi keje sendirian.. huhuhu



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Brownies mudah

Salam..

Minggu lepas teringin nak makan brownies ni... Lagipun nak lepak kat rumah kakak aku.. Kalau melepak mestilah ada makan-makan kan... hehe.. tu jelah kejenyer... macam mana badan tu tak macam dipam-pam... melebar dah... hahaha... takper... minggu depan boleh diet balik.. tu pun kalau rajinlah.

 Sedang dalam pembakaran..

dah siap terbakar..
tu ada kesan potong..
sebab tahap kesabaran dah tak der..
tak sabar nak makan panas-panas.. tu yg cecepat potong
sudahnya.. merasalah melecur lidah..

Korang nak resepi...
ni resepi main blasah je...
asal tenggok jugak resepi kengkawan kat dalam blog..
tapi bila brownies yang pertama aku bakar...
meleper je.. rupanya tu untuk lorang kecik..
loyang aku ni besar.. tak ingat lak size ape.. hehehe
jadinya semuanya aku doublekan je resepinyer.

ni resepinyer ye... Kalau korang nak cuba bolehlah ikut..
1 cawan tepung gamdum/naik sendiri
1/2 cawan gula halus/castor
1sdk serbuk penaik
75 gram butter
3 biji telur
120 gram coklat masakan
20 gram serbuk koko
1sdk vanilla
kacang badam utk hiasan

cara-caranya.
cairkan coklat masakan bersama dengan butter, dah cair biarkan sejuk sebentar.
Pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan vanilla, tepung, serbuk koko dan serbuk penaik dan gaul hingga sebati. Bila semua adunan dah sebati bolehlah dibakar pada suhu 150-180celcius selama 20-30 minit.

Selamat mencuba.


Babai...


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Riben di kepala..

Salam...

Meh layan gambar anak dara aku ni.. hehehe...






Babai...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Persediaan untuk korang

Salam..

Preparation untuk korang menjelang untuk menghadapi GST.. Aku tolong sebarkan je.. Kalau salah info ni.. salahlah aku... kalau betul harap berguna untuk korang.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, GST yang akan dikenakan kepada transaksi ATM jika wang dikeluarkan melalui MEPS ialah enam peratus daripada kadar caj yang dikenakan MEPS, dan bukan berdasarkan jumlah pengeluaran wang. "Perkhidmatan yang mengenakan fi atau yuran memang tertakluk kepada GST, contohnya seperti perkhidmatan MEPS. "Tetapi, kalau pengeluaran wang di ATM bank sendiri tiada apa-apa caj GST," katanya kepada Sinar Harian. Kadar caj yang dikenakan MEPS kini adalah RM1 bagi setiap transaksi ATM antara bank-bank tempatan. MEPS dalam laman webnya memaklumkan bermula 1 April 2015, pemegang kad bank tempatan akan dikenakan caj RM1.06, termasuk enam peratus GST bagi setiap transaksi. Caj berbeza yang dikenakan kepada bank luar negara turut akan dikenakan GST. Kalau tuan pakai kad maybank... Keluarkan duit kat atm maybank, takdenya dicaj 6%... Kalau guna kad maybank cucuk kat cimb... Di situ terdapat caj MEPS RM1 bagi setiap pengeluaran... & di sini datangnya CAJ GST... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6%. Jika keluarkan duit RM1000. So kat statement akan keluar Rm1001.06. Bukannya RM1000+6%=Rm1060. Semoga penjelasan ini dapat tambah pengetahuan kita tentang GST. Ada baik... Ada buruknya... Ops.... Ada ayat tergantung... .... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6% dari jumlah pengeluaran kita..... [11/03 2:02 PM] ‪+60 19-447 8102‬: INFO GST: Info ini bertujuan untuk rakan2 lebih bersedia dan membeli barangan keperluan penting sebelum pelaksanaan GST. BERIKUT ADALAH SENARAI BARANGAN YANG DI JANGKA AKAN NAIK HARGA, TURUN DAN TIDAK BERUBAH SELEPAS PELAKSANAAN GST PADA 1 APRIL 2015 - Sumber dari Jabatan Kastam (petikan dari Star). (A). BARANGAN YANG DIJANGKA NAIK HARGA: 1.Talipon bimbit 2.Komputer 3.Ipad dan tablet. 4.Mesin fotokopi. 5.Percetakan foto digital. 6.Pengangkutan barangan (kos hantar barang). 7.Air minuman (mineral) 8.Majallah2. 9.Bebola ikan (fish ball) 10.Sardin tin dan tuna. 11.Lipstik. 12.Pewarna kuku. 13.Motosikal 100cc 14.Jam tangan. 15.Aiskrim. 16.Cheese. 17.Gandum dan makanan cereal. 18.Sos cili,sos tiram dll. (B).BARANGAN DI JANGKA TURUN HARGA: 1.TV 2.Peti sejuk. 3.Penghawa dingin. 4.Spark plug, pad brek dll (alat ganti motosikal). 5.Bateri kereta. 6.Sistem Home Theater. 6.Pengering rambut. 7.Kipas angin dan pembakar roti. 8.Dapur gas 2 penunu. 9.Seterika letrik. 10.Tuala mandi . 11.Pensil warna. 12.Berus gigi dan ubat gigi 13.Dettol dan ubatan anti septik. 14.Kerusi meja 6 orang (meja makan). 15.Pampers pakai buang. 16.Kereta 850cc 17.Minuman ringan. 18.Tikar plastik. 19.Buah2an yang di import (epal,oren,anggur dll). (C).BARANGAN YANG MANA HARGA NYA TIDAK BERUBAH: 1.Roti dan makanan lain. 2.Minyak masak (minyak kelapa,sawit dll). 3.Daging (lembu,kambing,ayam,khinzir dll). 4.Buah2an tempatan. 5.Minyak Petrol RON95 & diesel. 6.Beras dan sayuran segar. 7.Ikan dan udang segar. 8.Susu tepung segera. 9.Telur ayam dan itik. 10.Tambang kenderaan bas dan teksi. 11.Minyak motor dan enjin. 12.Kadar X-ray di klinik swasta. 13.Kadar tol. PERINGATAN : 1.Jika anda berkenan dan merancang mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (A) maka sila berbuat demikian sekarang sebelum harga barangan2 ini naik pada 1 April nanti. 2.Jika anda mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (B) yang di jangka akan turun maka jangan beli sekarang dan tunggu selepas 1 April untuk mendapatkan harga lebih rendah. 3.Akan ada peniaga tamak yang akan cuba ambil kesempatan dari mereka2 yang tidak tahu atau tidak faham dengan GST untuk menaikkan harga barangan yang mana tiada dalam senarai barangan yang di kenakan GST dan di harap info di atas dapat membantu semua..sebarkan



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

GST & Lampin pakai buang

Salam...

Jom beli lampin pakai buang sebelum GST... hahaha... macam minyak naik lakkan... sibuklah beratur kat petrol pump konon nak minyak murah sebelum minyak naik esoknyer.. hehe.. kekadang aku macam tu jugaklah.. tapi bila tengok beratur panjang malas aku nak join beratur tu... lalu jelah sebelah petrol pump tu...

Macam tu jugak pasal lampin pakai buang ni.. sebenarnya tujuan utama beli awal lampin pakai buang ni bukan sebab GST sangat pun.. Tapi sebab stock kat rumah memang dah tinggal sikit.. memang kene belilahkan.. Sebelum GST ke Selepas GST ke tetap jugak kene belikan..

Lepas tu aku ni suka masuk group-group yang ada kat facebook ni.. Group barang baby murahlah.. Group wanita hamil dan menyusulah.. memacam lagilah... Pehtu bila dah rajin baca newsfeed kat group tu.. jumpalah satu penjual lampin pakai buang brand Drypers ni.. tengok-tengok harga memang murah dari harga yang ada kat pasaraya. Tapi kene beli satu satu size 3 pack untuk sekotak dan tak boleh campur-campur.. oklahkan.. boleh share beli dengan kawan-kawan.. atau beli simpan stock kat rumah or babysitter lah kan.


Ni yang aku beli last week baru sampai semalam...
aku beli 2 kotak.. sebab Usyair Darwisy masih pakai lagi untuk size L
Ulfah pula size M.
Aku bukan beli under lazada...
tapi aku beli mungkin dari agent Drypers tu sendiri..
cuma lazada yang akan arange penghantaran kot..
Buat masa ni dah 2 kali aku beli online dengan orang yang sama...
Alhamdulillah.. tidak mengecewakankan..
dalam masa 3/4 hari barang pun dah sampai..

Aku beli kat Atie Zainal nilah...
Kalau korang berminat bolehlah contact Atie Zainal..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

lebih kurang empat hari

Salam..

Mata aku dah macam mata panda dah ni... dah empat hari tido malam tak berapa lena... asalnya minggu lepas ke empat-empat orang anak aku tak sihat.. Tapi dari hari sabtu lepas sampai ke hari ni Usyair Darwisy dan Ulfah Delisha tak sihat..

Si Usyair demam panas tak kebah-kebah.. asyiklah 38-40 celcius... risau aku.. bawa pergi hospital check darah semua, doctor kata normal. huish... pening aku dah ni..

Si ulfah pulak asyiklah ceri-beri... sampai badan-badan dia naik ruam macam demam campak tu... doctor pun kata campak jugak.. tapi aku rasa maybe sebab badan panas sangat tu yang sampai naik ruam merah-merah tu...

 Kuyu je mata darwisy... mata pun sampai bengkak sebelah dan bertaik mata.. mungkin jugak sebab panas badan yang melampau...

Ulfah pulak sapu calamine lotion.. sebab badan naik merah-merah..

Moga anak mama cepat sembuh ye... 
jangan buat mama risau..
Mata panda takper.. nanti boleh ganti masa tido lain.. hehehe




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Kaki merajuk

Salam..

Ini kisah Usyair Darwisy. Budak ni sekarang pandai sangat dah merajuk. Tak bagi tengok tv pun dia boleh buat keras je kat tepi sudut atau kat tangga. Pujuk-pujuk pun tak jalan. Tapi selalunya merajuk dia tak lama pun.. tak sampai beberapa minit... nanti dia dah oklah bila dia nak syusyu.. hehehe..



Macam kat atas nilah gaya dia.. kalau merajuk..
tarik muncung bibir tu kang..




Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Maggi Sempoi..

Salam...

malam bila ntah aku memang malas giler nak masak... anak-anak pulak asyik lah merengek nak makan maggi.. aku memang hadkan makan maggi ni.. kekadang 2 bulan sekali baru aku bagi dorang makan.. Lagipun masa ni anak-anak tekak takder selera sangat nak makan nasi... memasing badan tak sihat.. bila bagi makan nasi memasing makan 1/2 suap je... lepas tu terus tak nak dah.

Punca dari malas dan mengenangkan keinginan anak-anak tu.. jadi layan kan jelah.. maggi sup sempi dari aku ni.. hehehe... takder sayur bagai.. mengikut piawaian tekak anak-anak... malas aku nak letak sayur nanti akhirnya ke cik tongsampah lak... huhu


ni je bahan-bahan nyer.. 
isi ayam potong dadu,
bawang sebiji
bawang putih 2 biji
cili 2 biji
4 peket maggi ayam BIG

cara-cara
panaskan minyak, masukkan bawang, bawang putih, cili api
tumis sampai wangi, masukkan isi ayam. masak sampai empuk.
bila ayam dah empuk masukkan perencah kacau sebati. dan masukkan air secukupnya.
bila air dah mendidih masukkan mee maggi dan masak dalam 3/4 minit.
dah masak bolehlah dihidangkan...

 ni aku punyer.... hehehe
special sikit ada telur..
anak-anak aku kurang sikit nak akan telur...
jadinya ni khas untuk aku sorang jelah...

babai...



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Uzrei Danial 8

Salam...

12/03/2015
8 Tahun

Selamat hari lahir anak mama
Uzrei Danial..
Hati tu kene kental sikit..
jangan manja sangat ye...
sikit-sikit nangis..
gaduh ngan adik pun nangis.

Semalam aku nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir
untuk dia pun ciwek...
sok... sek... sok... sek..  kat seat blakang kete...
rupanya dah meleleh airmata..
touching kot aku nyanyikan lagu birthday untuk dia..
hehehe


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Roti lasagna..

Salam...


Hari ni citer makanan lagi ye... Ni semua makanan yang aku sendiri teringin nak makan.. Semuanya memenuhi kehendak diri sendiri.. nampak tak kat situ betapa mementingkan diri sendiri.. hehehe...

taklah.. takkanlah aku macam tu kan.. kekadang je kene macam tu.. tu pun tengok situasi jugaklah.. Ni sebab anak bujang aku suke makan lasagna roti ni... jadi moh buat kesukaan anak bujang ku... 

Sebelum tu, aku bagi korang resepi dulu ye..

Bahan.

Lapisan Roti
12 keping roti
1 cawan susu segar
2 biji telur

Inti
1 keping daging kisar ramli
1 biji bawang Besar
2 ulas bawang putih
1 botol sos prego cendawan.
Keju cedar yang dah diparut
Serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa


Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Masukkan sos prego dan juga serbuk lada hitam gaul sehingga rata. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering dan daging empuk. dan biarkan inti ini sejuk seketika.



Sediakan loyang pembakar dan sapukan dengan butter/Marjerin
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu. Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi. Susun dalam loyang satu lapisan. Kemudian ratakan inti daging di atasnya. Kiter ulang proses yang sama hingga habis roti. Balance susu dan telur tadi tuang dalam loyang. Dan yang terakhir sekali letakkan inti daging dan taburkan dengan parutan keju
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 ~ 180 C selama 40 minit. Keluarkan setelah masak. Bila dah suam sikit bolehlah dipotong.


Takdo mangkuk Pyrex.. jadi guna loyang je lah ye.. untuk makan sendiri je kan... Jadinya kite churah cheese banyak-banyak.. bagi kawan-kawan baru kat lemak yang terkumpul didalam badan.. hehehe... Barulah lemak-lemak dalam badan tu gembira..

 Yeee.... dah siap... dah potong jugak bagi anak bujang makan.. dia tak sabar nak makan dah.. potong sikit untuk dia dulu... 

erm.... dapnyer... dengan cheese yang melimpah ruah.....

Selamat menjamu mata.. hehehe


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 



Chicken wrap..

Salam...


Minggu lepas tetiba tekak ni teringin nak makan chicken wrap yang macam KFC.. Tapi dah lama takder kot kat KFC.. Sebab terlalu sangat teringin aku pun apalagi... perap ayam dan bungkus dalam baking paper.. panggang pulak dalam periuk ajaib ku.. hehehe..

lepaslah teringin nak makan chicken wrap...

Resepi 

1/2 ekor Ayam
Lada hitam
serbuk cili
garam

Gaul semua bahan tu... dan perap dalam 1 - 2 jam.. lepas tu bolehlah panggang.

tu je resepi aku...


Nilah rupa chicken wrap aku.. 
walaupun balutannya taklah secantik macam KFC..
Tapi rasanya boleh tahan jugak.. cuma kurang pedas sikit.. hehehe


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...