Bun sosej..

Salam...


Semalam aura kerajinan aku untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah membuak-buak sangat... Balik keje semalam terus sukat-sukat bahan-bahan untuk menguli dan terus masuk dalam mixer.. sambil tu aku pun masak untuk makan malam.. ha.. bolehkan buat dua keje dalam satu masa... Bila makan malam pun dah siap.. sambil tu bolehlah biarkan doh tu mengembang dalam masa 1 atau 2 jam...

dah settle makan malam dengan keluarga dalam jam 9 malam aku pun mulalah mendeko-deko doh yang dah kembang tu.. kikiki.. deko-deko ye... hasilnya macam gambar kat bawahlah... jangan pandang rupanya.. yang penting rasanya yang enak.. hahaha.. poyolah puji diri sendiri..


Ada dua jenis roti sosej bun..
satu bersos dan bermayonis...
satu jenis lagi kosong.. 
kene ikut selera bebudaklah ye.. ada yang tak suka sos.. ada yang suka kosong je.



dah siap bakar.. hehehe...
teruk betul rupa roti ni... 
takperlah nak makan anak beranak je kan.. tak jamu kat orang pun..
kalau utk jamu kat orang lain nanti buat cecantik sikit..

kat bawah aku bagi resepi roti ni ye...


Roti lembut gebu

Bahan:

500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik
- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 
- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu. susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
- jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam 30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom lar..hihihii ..)
- setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi pizza pulak nanti..keh keh keh..)
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah
- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk menggelakkan bun kita menjadi kering.
- Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat doh.
- jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti gula

#cubalah resepi ni.. memang terbaiklah..


Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Eyeliner....

Salam....

Ni bukan nak bagi tutorial eyeliner ke apa.. Ni nak citer si anak dara aku Ulfah delisha ni.. dah setahun 6 bulan memacam ragam dah.. ater baru ada anak dara sorang.. selama ni ada tiga orang hero.. takderlah nak berdandan ke apa kan...

Si ulfah ni masa aku nak bersiap pepagi sebelum ke opis tu.. selalulah memerhati aku membedak muka... rupanya satu hari tu kat rumah ibu (pengasuh) dia.. dia buat hal.. Habis sebatang eyeliner ditonyoh kemata dia.. pandai pulak tu.. yang eyeliner tu letak kat mata...

Bila si ibu (pengasuh) dia nampak.. ditambah sikit lagi kat hujung mata.. pehtu tunggu sampai aku balik amik dia.. sekali apa lagi.. aku tengok kemain cantik je kat mata.. hehehe...

Nasiblah eyeliner tu tak yah berganti.. memang aku yang bagi eyeliner tu dulu kat ibu (pengasuh) dia.

Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni... gewam je aku ngan dia tau.








Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

krabi

Salam...

Lamanyer bercuti dari dunia blog ni.. sampai kene seru dengan akak sudipVSsenduk.. hahaha..
Kak saya ada je kak.. hehehe... tapi tahap kemalasan nak mengarang blog ni dah sampai kelangit kot.. ni pun tergerak hati nak nengok dashboard blog ni.. sekali terbaca komen akak.. kikiki.. terus ada aura nak memblog. Tapi tak tahulah... sampai bila aura ni ada.. jangan sampai december 2016 pulakkan..

Ni terimalah keteringinan aku nak makan pancake krabi.. asiklah viral pasal pancake ni kat FB.. Jadinya aku ada beli roti canai frozen.. ada nutella kat rumah... datanglah idea nak mempancake kat rumah.. Apa lagi.. seronoklah anak-anak.. bila makan roti canai ngan nutella.. sampai tak cukup-cukup... Dah.. dah.. kang gemuk macam mama.. hahaha.

ada ke rupa pancake krabo.. kiki...
jadilahkan.. lepas kempunan kata orang tua... 

Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...