sarapan Lempeng sagu

Salam..

Lamanya aku tak update blog.. seminggu jugaklahkan.. erm.. mood nak update bukan takder tapi kesihatan yang tak mengizinkan..

ni aku nak citer pasal lempeng sagu.. 1st time aku makan lempeng sagu ni.. biasa lempeng kelapa, pisang, atau kosong je.. kali ni ada kelainan sikit lempeng sagu.. mungkin ada yang dah biasa makan lempeng sagu ni. tapi bagi aku ni memang 1st time aku makanlah..

Kebetulan minggu lepas boleh katakan semua adik-beradik berkumpul kat rumah mak & abah aku.. kat kampunglahkan.. bila dah berkumpul macam2 idea nak masak keluar.. jadinya kakak aku suggest masak lempeng sagu.. kitorang yang tak pernah makan ni pun setuju jelah.. yelah mesti nak tau macam mana rasannyakan..

Rasa lempeng sagu tu sedap jugaklah.. kenyal2 sikit bila kita kunyah.. tapi sedap kalau makan dengan sambal ikan bilis, ikan masin ataupun gula merah.. memang sedaplah..

jom skodeng gambar lempeng sagu pulak..

Sagu yang dibancuh bersama tepung gandum sedikit.. 

Lempeng dalam kuali.. sibuk kakak aku nak terbalikkan.. aku pun sibuk nak snap gambar lempeng ni.. pelik dia sebab aku sibuk nak snap2 gambar.. sebab dia tak tau aku ada blog..

ni lempeng sagu yang kat dalam pinggan aku.. makan dengan gula merah.. 
masa tengah makan tu pulak aku terhidu bau ikan masin.. terus tolak gula merah.. makan dengan ikan masin.. fuh sedap sungguh..

Keadaan sekitar serapan pagi hari tu.. berebut-rebut.. tapi makan berebut-rebut ni memang meriahlah.. kalau tak berebut mesti makanan tu semua tak habis.. hahaha.. si baru sebahagian.. sebahagian lagi aku tak snap pun pic.. 

Masih ada lagi cerita di kampung last week.. nak aku slow2 update ye..

Psst : minggu lepas memang meriah rumah mak & abah aku.. aku tengok abah aku tersenyum je tengok gelagat anak2 dan cucu2 dia.. mesti dia seronoknya...

Penamak tegar......

Salam

Suka-suka aku je bagi istilah penamak ni.. ntah ada ke tidak dalam kamus.. tapi yang pasti memang takderlah kan. bahasa kasar.. suka-suka kita je nak rekakan.. 

Penamak ni aku istilah kat diri aku sendirilah.. Kejadian adalah semalam.. dekat nak lunch semalam terasa nak makan Pizza Ring of Fortune.. terus berpakat-pakat dengan rakan sejawat.. jadi mereka semua bersetujulah nak makan pizza.. tapi order online je sampai pizza nanti terus ambik dan pecut balik keOffice.. 

Lepas je settle order online aku dan Anoy je pergi ambik pizza.. sampai je sana Anoy keluar dari kereta terus masuk ke pizza dan aku tergapai-gapai nak mencari parking.. tak sempat aku nak parking aku toleh kiri tengok anoy dah ada kat luar kereta aku... jadinya tak payah susah-susah nak parking. 

Tapikan sebelah Pizza ada restoran KFC pulak..ting.. ting.. ting.. terus keluar bintang kat kepala tetiba pulak nak rasa KFC Donut Fish.. terus cari parking dan masuk KFC untuk beli Donut fish... tapi bukan donut fish je aku beli.. huhuhu.. siap dengan cheesy Wedges.. faberet tu.. x leh x beli.. 

Meh saksikan kejadian itew..

Anoy dengan bungkusan Pizza dan KFC..

Dah sampai Office.. isi dalam plastic tadi.. sekotak Regular Pizza dan garlic bread..
jom tengok isi dalam pulak

isi dalam kotak Pizza Ring of Fortune.. memang sedap.. tapi bijian yang kat tepi tu rasa macam menganggu concentrate nak makanlah.. letih ngunyah rasa ada liat2 sikit.. mungkin dah sejuk kot..

Soup of the day mesti amik ni kalau makan pizza

dah habis citer Pizza.. bawah ni pulak KFC

Ni yang terbaharu di KFC.. Fish Donut.. erm.. sedap dimakan bila masa panas.. sejuk tak sedap sangatlah.. itu tekak akulah kan.. tekak mengada2..

Cheesy Wedges mesti beli.. ntahlah.. dah kena mandrem kot dengan cheesy wedges ni..

Tengok aku.. tersenget2 bibir, terkembang2 hidung makan pizza ni.. wahaha.. buroks..... sanggat.. tapi nak buat macam mana.. nak interprem jugak.. bukan selalukan..

Psst : macam mana badan membuak-buak mengembang.. tak leh jadi ni.. mula minggu depan kene puasa direct semingu.. sabtu & ahad je break..

Mandi manda di Kalumpang

Salam..

Akhirnya sampai jugak ke hari khamis.. dan hari khamislah baru aku ada mood nak citer mandi manda di kalumpang masa cuti CNY lepas..

Layan jelah ye..

 Dah sampai ke simpang bernam jaya..

Jalan nak ke Kalumpang.. tapi ni tempat yang tak berbayar.. tapi padatnya hanya tuhan je yang tau... takder parking langsung.. Akhirnya kitorang turun balik kebawah.. pergi ke Kalumpang Resort Training Centre.

Dah sampai ke Kalumpang.. tengok air ni cantikkan.. tenang je..

Ok... moh susun2 makanan kat sini.. senang sambil makan sambil perhati budak2 main air.. aku pun tak sabar nak turun kat air tu.. heh.. mengalahkan budakkan..

ni kakak ipar dan suaminya.. belakang adik ipar(bujang lagi tu) dan anak2 buah.. yang beserkup tu aku tak kenal.. hehehe.. lupa nak interbiu masa tu..

masa ni aku dah terjun bersama Uzair.. tapi spoil betullah Uzair ni.. takut betul dengan air.. menjerit2.. kalau Uzrei tak mau naik dah bila turun kat air.. Tapi si Uzair ni jejak air pun susah.. sekejap jelah aku dapat join mandi air ni..

Tapikan masa mandi ni aku mengalami kegatalan yang melampau tau.. tiba-tiba badan aku naik macam bintat2 besar... terus en. suami aku suruh naik dan bersihkan badan.. huhuhu.. alahan apalah pulak yang aku alami.. mungkin air tu sejuk sangat kot.. buat darah aku beku.. 

Habis sudah citer di Kalumpang... Maybe bulan enam nanti pergi kalumpang lagi.. sebab reunion En. suami..

Psst : korang pernah tak kalau pegang ais sekejap je.. lepas tu tanggan korang akan bengkak macam orang kena gangren (betul kot istilah ni).. tapi itulah yang aku alami.. nampak gaya aku takleh nak ke jepun.. tak tahan sejuk.. huhuhu

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...