Rezeki tiba lagi

Dah lunch ke korang semua.. hari ni alhamdulillah.. lunch aku hari ni disponsor oleh seorang kakak kat opis ni.. dia bawak nasi minyak memang sedap.. gambarnya tak sempat pulak aku nak ambik tadi.. terlampau leka dengan makanan.. 

Lepas tu pagi tadi kak ina do do cheng bawak pulak cupcake.. pergh.. kalau kak ina yang masak mana pernah tak sedapkan.. korang cuba tanya bujal.. mesti dia tau.. 

cupcake kak ina ni pun memang terbaiklah.. icing dia pulak tak macam sesetengah orang lain buat.. sedap je.. lemak-lemak berkrim... (ayat bodek ni.. selalu bodek selalulah kak ina bawa rezeki ke opis.. hehehe) sampai aku tak sanggup nak habiskan ke kunyahan terakhir.. fuh.. melampau sedapnyakan...

Ni kat bawah nilah hasil cupcake kak ina.. yang lemak berkrim tu... sampai sekarang aku masih terasa dengan nikmat cupcake ni..

Hiasan simple je.. tapi yang penting tang rasa tu...

Rupa isi dalam cupcake... sangat enak.. manis yang sedang-sedang saja.. sesuai untuk orang yang macam aku ni... 

aksi aku tengah makan cupcake kak ina ni.. 
sungguhlah sedap.. sampai macam ni sekali rupa aku... alahai... macam nak kokak leher orang je.. hish..

Tengah menaip entry ni pun aku terima rezeki lagi.. kali ni pulak dari abang aku.. dia hantar pesanan untuk kakak aku.. sekali tu abang aku bawa kuih ubi ketuk dengan air selasih.. sejuk badan aku lepas minum air selasih ni.. 

Kekadang rezeki yang datang tu tak terjangka walaupun dia datang bukan dalam bentuk wang yang besar.. tapi walaupun setakat makanan pun dah besar nikmatnya.... Alhamdulillah....

Kisah makan minggu lepas

Salam...

Alkisahnyalah kan.. ingat nak diet tapi bila hujung minggu banyak no kenduri nak kena pergi.. lagi2 tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa tapi lagi dua bulanlahkan.. menjelang nak puasa ni mesti ramai yang nak buat majlis doa selamatlah dan macam2 lagilah.. tapi minggu lepas kakak aku yang buat majlis tahlil untuk arwah suami dia.. 

Macam-macam makanan ada.. tu yang tak jadi nak diet ni.. ater hari isnin menjelang ke jumaat berat dah turun 500 gram.. tapi bila masuk sabtu dan ahad berat bertambah lagi 1 kilogram.. herm macam mana nak diet.. makin bertambah dari berat yang kurang.. kene pertingkatkan lagi ni..
Mana tak terpengaruh.. korang tengok jelah menu kat bawah ni.. buat kecur air liur je.. tu aku.. kalau korang aku tak taulah..

Ni masak lemak pisang... aku makan kuah je.. pisang kureng sikit.. tak minat..

Ikan cencaru goreng.. .. 
aiks ada kaki aku lak kat bawah... tak pelasan pulak

Pucuk ubi, jering, sambal belacan dan sambal tempoyak..

Hasil dalam pinggan aku.. adalah sedap.. yang paling sedap adalah pucuk ubi itu... colek pulak dengan sambal tempoyak.. aduhai.. adalah tak memandang kiri kanan dah.. terpaku disitu je..

Ni pulak waktu malam... segala jenis kuih ada.. termasuk cistat order kak ina do do cheng

Roti Canai dan murtabak pun ada.. abang dan kakak ipar aku yang sponsor.. sedap.. heh.. puji sendiri ye..

dan last sekali.. tetamu yang hadir malam tu... boleh tahan ramai..

Habis sudah cerita kenduri kat rumah kakak aku ni... 

Menunaikan janji dengan doctor kanak-kanak...

Salam....

Semalam bercuti.. bawa budak dua beradik tu ke hospital sebabnya ada appointment dengan doctor kanak-kanak...

Sampai ke kat hospital dapat no 1009... happy sebab dalam kategori no terawal.. tapi disebabkan kena amik darah kena jugaklah menunggu dekat dua jam sebab nak tunggu result darah tu keluar. layan dulu budak dua orang ni kat Playground sampai lenguh aku berdiri...

Bila no giliran aku dah pangil je.. terus masuk bilik 41.. terus doctor suruh uzrei baring kat katil nak check perut.. tekan-tekan sikit dan tengok result darah.. doctor kata lepas ni dah tak payah datang.. sebab result darah tu menunjukkan keputusan darah tu dah meningkat.. oklah...

Lepas tu aku tanya result darah si uzair pulak.. sebab doctor yang tengok sebelum ni ada suruh si adik ambik darah untuk appointment yang diberi semalam.. tapi doctor tu macam blur je.. aku suruh dia tengok result tu.. tapi dia buat tak tau je.. kesudahannya lagi 6 bulan aku kena datang balik sebab nak test darah si adik pulak... habis tu result yang ambik tu diorang buat apa.. herm... masalah betullah.. 

Oklah saja nak luah perasaan aku je... sebab dapat doctor yang blur plak semalam.. dok asyiklah berborak dengan doctor lagi satu kat depan dia... herm.... layan jelah gambar gembira anak aku semalam...

Tengah menungu no giliran di pangil..

Uzrei sebelum ambik darah.. semua mainan yang ada kat rumah dia nak bawak..

Gembira dua orang ni... lagi-lagi uzair.. tapi bila amik darah.. menangis macam kena pukul pulak...

Tangan dua beradik selepas amik darah.. 

dapat buku 555 sebab selalu sangat amik darah.. buku ni nurse kata kalau masuk ward atau pergi klinik mana2 kena bawa.. sebab takut ada kaitan dengan darah si uzair... (Doctor sebelum ni kata Anemia, dan lain pulak doctor kata Carrier Talasimia.. konfius aku)

Isi dalam buku.. tu je...



Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...