Kalau rezeki kita takkan kemana.. Betul tak?

Salam... 

Alhamdulillah... Masih bernafas lagi di bumi Allah s.w.t ni.. Walaupun semalam dikhabarkan berita yang tak berapa baik yang menyatakan tsunami bakal berlaku. di Acheh dan beberapa pantai yang ada dimalaysia.. statement dah macam pembaca berita pulak..Tapi akhirnya ramalan tu dah ditarik balik sebab katanya gempa tu tak sama dengan keadaan tsunami semasa di Acheh (2004) dan juga dijepun. Apa-apa pun itu semua kuasa Allah s.w.t. Walaupun sekecik mana pun kalau katanya nak juga berlaku tsunami tetap jugak berlaku begitu jugaklah sebaliknya. Hanya dia yang berkuasa menentukannya.

Tapi sebenarnya nak citer pasal kehilangan.. Bukanlah kehilangan yang besar sangat pun, lagipun mungkin  ni dari kecuaian diri sendiri. citer pertama aku keluar pegi carefour Seksyen 23 shah alam, Masa tu aku teruja dengan tudung bawal rose dan tudung bawal crown.. Aku rembatlah sampai dua helai.. Takderlah mahal macam tudung fareeda ni kira tudung mampu miliklah.. hehehehe.. Lepas aku dah bayar.. Aku rasa aku ada simpan duit RM 50 (2 keping) dalam purse. Tapi semalam masa aku lepas bayar duit cuci kereta. Aku check balik sebab nak pergi beli kasut sukan en. suami.. Sesekali selak2 tak jumpa.. Herm.. kat mana aku selitkan pun aku tak tahulah.. Mungkin tercicir kat mana-mana kot.. dah bukan rezeki kitakan.. Bak kata orang tak semuanya tu adalah rezeki kita.. Mungkin untuk orang lain kot... 

Pehtu citer keduanya pulak.. Malam tadi balik dari rumah kakak aku kat taman sentosa. Sampai rumah macam biasalah terus bersiram (cheh ayat macam zaman dulukala lak) tengah-tengah aku bersiram tu adik aku ketuk pintu.. Tak menyempat-nyempat aku selesai bersiram dia nak cakap jugak.. adoi... Rupa-rupanya dia nak beritahu yang cincin tunang n merisik dia hilang. Jadinya satu biliklah kitorang mengeledah. Semua tempat tak jumpa.. Tanya Uzrei ada tak ambik cincin dalam bilik ucu dia.. katanya takder.. check dalam seluar uzrei semua pun takder.. Hati ni dah kata lain macam dah.. kata ada orang masuklah tapi takder pulak tanda2 orang masuk rumah tu.. Lepas tu adik aku pun cakap.. takperlah dah bukan rezeki diakan.. tapi cuma rasa terkilanlah..

Kebetulan pulak pagi tadi.. Lepas hantar adik aku ke tempat kerja dia.. aku terasa nak kedepankan seat keta aku tu kedepan sikit.. Sambil2 tu aku angkat segalan jenis mak nenek kat belakang tulah.. dengan payungnya.. dengan bantal bebudak dua orang tu lagi.. Sekali aku nampak satu cincin tergolek2 kat lantai tu.. Mula tu hati aku dah berdetik.. satu je ke cincinnya mana satu lagi.. Ntah2 semalam masa pergi cuci kereta dorang dah tervacuum sekali kot.. Tapi hati tetap tak puas hati terus selak pulak carpet kereta tu.. Terus jerit Alhamdulillah.. Jumpa jugak cincin tu kat dalam kereta.. Ni mesti kerja si Uzrei atau Uzair.. Diorang ni memang suka selongkar bilik ucu dia.. Kengkonon bilik ucu dia ada macam2 barang yang menarik.

Nasib baiklah bebudak cuci kete tu buat kerja sambil lewa je semalam. Kalau diorang buat bebetul sampai berkilat kete aku tu mesti takdernya nak jumpa balik cincin tu.. Yelah mana tahu dah tersedut masuk dalam bag vacuum tu.. tak ke haru...Walaupun semalam aku bengang jugaklah dengan carwash tu.. sebab cuci kete macam nak tak nak je. Segala jenis sampah pun ada lagi dalam kete aku.. sebab diorang tak vacuum betul2.. Tapi aku tetap nak bersyukur jugaklah.. Kalau tak terjadinya macam tu mesti dah takder rezeki adik aku tu nak jumpa cincin dia.. Dan nasib jugaklah hati aku ni terdetik nak selak seat belakang tu.. Kalau tak dah lunya kena pijak dengan anak-anak aku..

Kesimpulannya.. apa yang terjadi tu ada hikmahnyakan.

Oklah dah panjang aku menceceh ni.. nak sambung buat kejelah.. babai

lemah tak aktif tapi nak melepek je.... hoh

Salam.. 

Sibuk benar gaya aku ni ye.. ke aku je yang poyo-poyo sibukkan diri.. hehehe.. anatara dualah ye... ni pun baru berkesempatan nak bergoyang kaki sambil update blog.. mesti update.. kang terabai pulak blog kesayanganku ini.

Ni kisah si adik yang tak leh berengang ngan en. suami.. Baru seminggu en. suami pergi kursus.. dah demam si adik ni.. Petang semalam merengek-rengek ajak ambik en. suami balik rumah.. Nak ajak macam mana dah berkurusukan.. Terpaksa ditinggal-tinggalkanlah.. huhuhu.. kesian kat aku jugaklah.. kekekeke.. poyokan...

Ni pun aku nak update gambar budak yang asyik nak melepek kat riba aku je... sian dia.. demam + batuk + selsema.. aku peratikan dalam 1 @ 2 bulan mesti dia kena demam + batuk + selsema ni.. antibodi dia tak kuat kot.. berbeza dengan si abang.. mungkin sebab dia menyusu badan tak lama kot.. 3 bulan je.. si abang lama jugaklah dalam 2 1/2 tahun... harap.. cepat sihat ye sayang..

 masa sihat ceria saje...

 Senyum lagi... 

 Dah mula merengek... hingus meleleh.. dah mula rasa tak sihat...

 eh...eh... ada gambar abang dia pulak... sibuk nak baca buku.. sebab tenang tak kena kacau dengan si adik.. Adikkan tak sihat.. Boleh baca buku dengan tenangnya..
 dah puas menangis.. dan dah mengeluarkan segala isi perut kat lengan aku.. terus aku capai ubat demam bagi dia makan. Lepas je makan ubat demam terus melepek baring sambil tengok tv.. Tak larat sangatlah tu.. Kalau sihat dialah hero utama menyakat abang dia.. Abang dia lak selalu kalah dengan dia... herm..

ok.. tu je update hari ni.. 

babai.

stop......

Salam..

nak update tapi asyiklah tergendala.. herm.. sana sini tolong ketepi.. aku nak update.


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...